DIAM TAK DIAM rupanya dah genap setahun usia
Matahati-Kamariah.blogspot.com
Rasanya terlalu cepat masa berlalu.. Masih terbayang2 lagi, pada 4 November 2009, ketika kesibukan ma menguruskan keberangkatan untuk ke Tanah Suci, anak ma SD menghulurkan PC pada ma.
Mak tulislah…. Maya dah bukakan blog untuk mak. Mak kata nak menulis balik….!
Dengan tak banyak kira ma pun duduk seketika, berfikir apa mukadimahnya untuk tatapan pertama pembaca….
Nampak mudah, tapi mencabar jugak rupanya…Lebih2 tercabar lagi bila membaca entri anak2 muda … ceritanya cerita orang2 mudalah... tentang keluarga… anak2… holiday… makan2… kawin… merajuk dengan suami… dah tentu banyak tarikannya..!
Mak tak payah tulis yang gitu2, pesan SD yang juga punya blognya sendiri Sw33tdarling.com
Iyelah tuuu… nanti hasil mak dengan anak tak ada beza pulak kaaan? Ma kenalah guna pakai pesanannya tuu…
Untuk setengah tahun pertama, ma agak kegawatan masa, rasa malas dan macam nak tutup aje blog…. Lebih2 lagi tengok kolum di ‘gerbang silaturahim’ ada berapa kerat aje followers ma ….. Mungkin orang tak minat pada cara penulisan orang2 veteren macam ma ni kot….?!
Tapi alhamdulillah, kekuatan ma kerana ma minat menulis. Dan ma tau walaupun yang tertera di ‘gerbang silaturahim’ tak begitu memberangsangkan, tapi ma tetap ada juga silent readers….!
~ Ma sendiripun banyak juga membaca entry blog2 lain secara senyap. Kadang2 jadi tak tau dan tak pandai nak komen atau membalas balik. Tapi ma tetap membaca sebenarnya..!
Yang paling ma terharu sekali apabila anak blogger ma DEE…. Dengan taat dan tekunnya … boleh dikatakan hampir kesemua entry ma dia membaca dan memberi komen.
Kadang2 bila terdapat 1 sumbang-sumbing mutiara, dan ma pun klik aje disitu, ~dalam hati dah agak dah, kalau ada cuma 1 komen, ini mesti Dee~ maka tekaan takkan meleset …., akan nampaklah gambarnya yang sedang menompang dagu….
Didalam hati terasa mesra dan teringin nak jumpa….
Kami pernah berjumpa untuk mengeratkan silaturahim sebanyak 2 kali di Kuala Lumpur. Yang terakhirnya ma berkunjung ke rumahnya pada hariraya yang baru lalu ini…..
Terima kasih yee Dee…. Ma rasa sangat dihargai!
4 comments:
assalamualaikum ucu... kita semua sangat menyukai dan terhibur dgn blog ucu ni... tak sabar nak baca kalau ada blog terbaru.. sekarang ucu umumkan kat facebook jika ada entry baru, bagus idea tu.. moga moga ucu di kurniakan kesihatan yg baik untuk menulis blog ini... sampai jumpa lagi bulan depan di KT... dari Man, Emilia sekeluarga di woodlands..
ma slow and steady buat entri2 nie ma..
walopun ada masa cam dah give up...
tapi rasa sayang tu adakan...
nak nak bila ada pengomen tegar cam dee nie :)
Tk, rasp.... Mane dee nii ek? Hihihi....
Man.. emilia... ucu tertunggu2 kedatangan kalian... Dalam hati rasa tak sabar. Jangan tak jadi tau!
Ma..bloglist dee problah..kdg2 kalo ada entri baru ma..dia x kuar..xpe..ma jgn riso..dee dah komen hampir semua entry2 yg dee tinggal...maaf ye ma..
Post a Comment