BAGI sesiapa antara kalian yang pernah ziarah ke Terengganu dimanakah tempatnya yang kalian rasa ingiiiiiiiiiiiiiin sangat nak kunjungi disini?
Mestilah Mesjid Kristal kaaan?
Terletak di Pulau Wan Man. Pulau diair yang sudah didaratkan. Canggih Teganu kita!
Ma tau… sebab kalau ada waghih waghrah (sedara mara) atau sahabat handai dari jauh yang datang, selalunya ma akan jadi pemandu pelancung tak resmi untuk mereka kesana…
Paling tidak.. kalau melalui Jambatan Sultan Mahmud pun ma akan dengan relahati memperkenalkan mesjid kebanggaan Negeri Terengganu tu….… Tak kesahlah kalau orang tak tanya pun ….. saja2 kita nak ramah2! Takkan tak boleh… Hehehe…
Walhasil kalau ma memandu sendirian pun, tak dapat tidak, macam disuruh2 leher ma otomatik akan berpaling padanya.
Memang betul…! Kerana Mesjid Kristal ada tarikannya…
Untuk makluman kepada orang yang belum tau, kalau menghala ke KB, dipertengahan jambatan nak melintasi Sungai Terengganu tu pandanglah sebelah kiri… Okey?
Tapi kebelakangan ni ma nampak macam ada sedikit tak kena pada mesjid tu. Bukanlah cacat pada strukturnya tapi disegi pemuliharaannya.
Ia dah mula nampak kusam. Sudah tidak bercahaya bagaikan kristal lagi.…!
Biasalah … angin, debu dan air akan merubah keadaan….!
Sesuatu harus dilakukan agar mesjid kesayang ramai itu tetap kekal cantik dan berkilat. Biar sesuai dengan namanya… KRISTAL!
Sayanglah… takut nanti kaki kondem kata… alaaa kristal apa ke bendanya…, tak berkilat langsung! ~Ini bukan ma yang kata, orang lain yang kata…!~ Okey….
DWAF mengaku selalu jengok blog ma ni… Hehehe sori D… Menegur untuk kebaikan…. Sayang Teganu kita!
7 comments:
siapa yg lawat masjid kristal..sudi2lah solat. Jgn amik gmbr jer..hehe.betul x ma?
Betul tuu.. Berhawa dingin lagi...
i pernah tengok dari atas jambatan je ma...
memang indah tersergam...
tapi i tak singgah pun ke sana...
i pegi solat kat masjid terapung *betul ke namanya nie*...
pun indah masjidnya...
Mesjid Terapong tu Mesjid Tengku Tengah Zaharah namanya. Letaknya di Kuala Ibai. Memamg menjadi persinggahan ramai, udaranya pun nyaman sekali...
maintenance tinggi ler nak jaga...
kena cuci tu ma..baru shining mengerlip2..
walopon pernah ke sana still x bksempatan nk singgah di mesjid kristal ni Ma..
salam ukhwah dari anakanda Tini/Sh Alam :)
Post a Comment