Wednesday, July 28, 2010

TERCEKEK BIJI DURIAN

BILA tibanya musim buah, tak sah rasanya kalau kita tak sebut perihal durian.

Ma minat juga dengan raja buah ni, tapi bukanlah peminat tegar. Tapi kalau dah mula mengadapnya, memang susah nak berhenti. Jadi, jangan cuba2 pelawa kalau sekadar ala kadar…

Pernah semasa muda2 dulu… ada seorang kawan mempelawa ma bersama suami dan 3 anak (masa tu),  makan durian dikebun katanya... Tapi bila tiba di rumahnya, ayahnya cuma bawak keluar 2 biji dan makan di anjung rumahnya.

Akibatnya… sebelum balik, kami terpaksa mencarinya dipasar kerana tak puas makan dikebun!

Masaalah ma dengan durian…. ialah ketika mengopeknya… (kalau ada orang Terengganu membaca entry ni, jangan tergelak!) Maksud ma ketika nak mengeluarkan isinya…. Ma takut betul dengan duri2 tu… Tak pandai langsung nak memegangnya!

Ma ada mengadu hal pada arwah mak, kalau ditakdirkan suami mati dulu, mungkin ma tak merasalah makan durian lagi. Sebab tak pandai kopek! Arwah mak cuma tergelak…

Tapi alhamdulillah… anggapan ma ternyata meleset!

Selepas ketiadaan arwah suami, tiap2 tahun aktiviti makan durian berjalan dengan hebatnya….

Tahun lepas si Mira dan  Mat sambut bufday ma dengan menghadiahkan  ma parti makan durian! Siap melayan mengopek lagi si Mat…! 

Tahun ni, baru semalam… anak sulong ma si Hakim… menjamu durian di rumah. Ma nampak cucu ma si Khairunnisa, 6 tahun…  makan dengan seleranya. Dia memasukkan dengan biji2nya sekali kedalam mulut. Kerana giginya rongak didepan,  buat dia begitu senang memasukkan dan mengeluarkannya berkali2 sebelum isinya licin dikulum.

Ma jadi ngeri dan menegur…. Takut tercekek biji…

Sebenarnya masa ma kecik2 dulu ma pernah tercekek biji durian.  Ketika sedang sedap makan, ma dan arwah emak berseloroh macam tak pandai  nak berhenti!

Tiba2 ma tersedut biji durian tu,  terus tersengkang dalam mulut. Ma dah tak boleh bercakap apa, cuma menunjuk2 mulut ma pada emak.  Hahaha…

Secepat kilat, arwah mak pun tepok belakang ma dengan kuatnya. Maka tersemburlah biji durian bertuah tu. Senyap sekejap bila dah dapat nyawa balik. Kalau tidak,  mungkin dah arwahlah  ma agaknya….   Tak adalah hakim, maya, hizaq, mira dan yana…! Hahaha….

Kalau ada yang ketawakan ma semasa membaca entry ni, baik istighfar banyak2…. Kahkahkah…

Monday, July 26, 2010

MALAM NISFU SYA’ABAN

Assalamualaikum w.b.t….

Untuk makluman… sekadar ingat dan mengingatkan….!

Malam Nisfu Sya’ban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb. Julai 2010) malam Selasa (sebaik saja masuk maghrib)… dimana bermulanya 15 Sya’aban 1431H.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat  sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat…..

Rakaat 1: baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x                           Rakaat 2: baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Magrib (15 Sya’aban 1431H, Isnin malam Selasa)

i)  Selepas Yasin pertama: Mohon dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah.

ii) Selepas Yasin kedua: Mohon rezeki yang halal untuk beribadah kepada Allah.

iii) Selepas Yasin yang ketiga: mohon ditetapkan iman dalam  Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat untuk kehidupan dunia dan akhirat.

Kemudian baca istighfar 11x & salawat 11x.                                      Baca doa Nisfu Sya’aban (terdapat didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah Al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya.

Abul Khair Al-Talazaani r.a. mengira2 nama2 malam Nisfu Sya’aban sebanyak 22….

Antaranya yang termasyhur adalah:

1.    Malam yang dimustajabkan Doa     

2.   Malam Pembahagian Takdir   

3.   Malam Rahmat  

4.  Malam  Berkat    

5.  Malam Pengampunan (Taubat)                                                            

6.  Malam Penebusan

7.  Malam Syafaat      

8.  Malam Penulisan                                                                      

9.  Malam Keagungan dan Kemuliaan             

10.Malam Rezeki             

11. Malam Hari Raya Para Malaikat            

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:                                                       Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman pada Nabi AllahYusof di dalam syurga.

Sekian, sedikit perkongsian…….

 

 

 

Friday, July 23, 2010

MEMBUNUH TANPA NIAT

DSC01179

Binatang yang paling ma geli, dah ma tawan. Tak sangka mengena! Dah tak ada arah nak buat camane…! Takkan nak simpan kat dalam rumah lama2., jadi buat sementara suruh si Mira bawak turun ke laman belakang rumah, kat bawah pokok….

Ada orang ajar suruh siram air panas aje biar dia cepat2 mati. Eeeii, tak sampai hati rasanya. Tak de niat pun nak bunuh dia. Dia duk dalam rumah selama ni pun tak merosakkan apa2, cuma ma rasa geli dan  kotor kalau ada binatang ni dalam rumah.…!

DSC01174

Kejap aje, tak sangka pulak… ada peminatnya  yang menunggu…. Kesian ke… terliur ke … Tak pasti perasaannya…

Yang pasti… bila si Mat datang… Mat jadi mangsa.

Time nilah kata orang nak suruh buat apa saja, dia rajin.. ye tak? Kalau suruh Mat pergi ke hujung dunia ambil bola api pun dia sanggup masa ni… Maklum orang tengah gila anak dara orang!

Ma suruh dia lepaskan aje dengan selamat …  Kotnya memang nak panjang umurlah tikus tu….

Jadi…, Mat  bawak dia naik motor.

Lurusnya dia,  dia bawak jauh jugak.. Kononnya nak lepaskan jauh dari rumah orang. Ma bekalkan dia pelastik beg, untuk tutup perangkap tu, jangan dia nampak geli tikus tu.

Tapi Mat tak kesah pun… dia tak geli langsung. Sampai ditempat lapang, dia buka pintu perangkap tu… tikus tu terus terjun dalam pelastik tu.

Dia ikat pelastik tu… dia hayun benda Allah tu dua tiga pusingan, dan melontarnya jauh2…

Akhirnya mati jugaklah agaknya tikus tu….!

Apa nak  buat Mat rasa nak bergurau2 aje agaknya, tapi tersilap langkah jadi membunuh tanpa niat…!  Sape nak jawab Mat? 

Cerita sekadar suka2  yeek! Tak de modallah tuu..!

Tuesday, July 20, 2010

PONTIANAK pun MENGALAMI PERUBAHAN

SELAMA dah beberapa tahun ma berulang alik ke kampong, kalau tidak bersama keluarga, ma akan balik dengan bas aje…

Kalau naik bas memang ma selesa dengan perjalanan bas malam. Sejuk dan tak terlibat waktu solat.

Dan kalau ada seat depan sekali  itulah tempat yang paling ma suka.

Tapi belum  pernah lagi ma disuakan dengan kejadian2 menakutkan. Malam tu, ma duduk betul2 depan tangga, seat no 1A. Sedang enak2 tidur, ma terdengar  driver mengeluh. Keluhannya seolah2 dah biasa sangat dengan sesuatu benda. Ma pun celikkan mata, memandang ke depan.

Ternampak kelibat seorang perempuan bertubuh langsing  berpakaian putih labuh, dengan rambut panjang. Mengiring…menghadap keseberang jalan, seolah2 nak menyeberang jalan.

Memang ma nampak jelas sebab lampu jalan terang,  terkena pulak dekat dengan  simpang. Tapi kerana ma ni jenis orang yang tak peramah dengan orang yang tak biasa, ma tak bertanya apa2  pada driver. Tapi ma faham keluhannya…

Siapalah yang berjalan sorang2 diri ditengah malam buta begitu?!Perempuan pulak  tu! Kalau jenis perempuan yang suka berseronok tengah malam pun,  takkan dipilihnya  ditepi jalan! Jangan kata kelab malam, rumah orang pun tak ada!

Bayangkan, perjalanan bas memang laju… Dan bas yang ma     naiki itu melalui lane kanan. Dilane kiri ada sebuah kereta  yang terpaksa melalui dekat  dengan tempat pontianak itu berdiri.

Kelajuan bas tidak membolehkan kereta itu kekanan. Kalau dia kekanan mungkin bas akan menyodoknya. Jadi, terpaksalah dia bertenang….

Itulah yang dikatakan  sepertimana tagline dalam Score A,       DUNIA SUDAH BERUBAH. Bukan saja anak2 jangan lagi dibebankan dengan buku2 teks yang bertimbun yang terpaksa kita, sebagai penjaganya menggadaikan masa memeriksa kerja2 yang dibuatnya… Dengan online Score A saja, segala2nya beres!

Maaf …bagi iklan percuma  Score A…     Tujuannya untuk membantu anda jugak….

Begitu juga dengan  si pontianak ni…    Akibat dunia dah berubahlah dia tidak lagi kelihatan  ditempat2 gelap…malah ditempat terang benderang yang bercahayakan lampu jalan pun dia boleh keluar! Maknanya pontianak pun melalui perubahan!

Kalaulah anak pontianak itu pergi sekolah, ma suruh anak ma SD pergi jumpa dia untuk guna Score A. Hahaha… jangan marah…  jangan marah..!

Saturday, July 17, 2010

BALIK KAMPONG

Minggu lalu, ma ada jemputan dari seorang sahabat karib di Singapura. Biasanya kalau dikampong, kenduri kendara ni akan memenuhkan ruang rumah pengantin dengan saudara mara yang datang dari jauh. Tapi tidak di Singapura…..

Keadaan rumah pangsa yang biasanya mempunyai 3 bilik tidur tidak memungkinkan saudara mara berkumpul pada sebuah rumah. Rumah pengantin biasa2 aje… Yang berubah hanyalah bilik pengantin yang dihias indah. Pelamin pun dipasang ditempat jamuan, samada dibawah kolong flet, atau didewan serbaguna yang disewa.

Ma menginap dirumah adik bersama kakak kesayangan ma yang tinggal di JB. 3 malam jugak dirumah adik… di sebuah kondominium di Sims Ville, Geylang.

Syoknya tengok Pasar Geylang Serai sekarang ni..! Padahal masa ma balik kerana family day pada Januari lepas, pasar baru Geylang dah siap, tapi ma tak ada kesempatan kesana.

Cuba tengok ni, cantik kan?

DSC01189 Bersama kakak kesayangan, Kak Peah yang berhijrah ke JB. Diatas jejambat yang menghubungkan Pasar Geylang Serai dengan deretan kedai2 dihadapannya.

Berjumpa pulak dengan kawan lama yang sama2 bersekolah rendah. Berkawan sejak darjah 1… dah jadi macam sedara, Hehehe…

DSC01187Halijah.., baru bakal nak jadi nenek…. Ma dah 8 cucu… Kami sama2 ketawa… siapa jadi juara! Hahaha…

Inilah pengantinnya! Sama cantik sama padan kan? Anak saudara kawan ma, si pengantin lelaki tulah.. Namanya Fidzril, isterinya Fiza. Semoga panjang jodoh mereka, dan diberi zuriat yang sihat macam mak ayahnya jugak, kaan…..?!

DSC01196Kenangan pengantin bersama anak2 Esah, Nazqin (kanan) dan Alia (kiri) bersama keluarga masing2.

DSC01193 Salahsatu gubahan yang menarik perhatian ma….

Tengoklah tuu… Meriah betul tau…! Siap menari Bangra lagi. Darah India si Fidzril tu cuma dari sebelah ibunya aje… Kalau nak kira dah cair dah… tapi semangat kebangsaan mereka kuat betul…!

Tengok tu, pengantin cuba juga diajak berjoget. Yang bertudung biru berbaju pink tu mak pengantin lelaki, pun diseret untuk berjoget… Sporting, Timah… ! Hehehe…

DSC01210Esah memotong kek disamping suaminya bersama2 pengantin.

Tak sangka rupanya majlis ni berkongsi anniversary dengan sahabat kesayangan ma si Esah dan suaminya Ahmad. Dah 34 tahun dah rumah tangganya…. Gaduh tak gaduh, tetap dia panggil suaminya ‘ Yang’. Itu istimewanya si Esah ni…. Tabeklah kau, Sah…!

Memang sahabat ma ni terlalu baik orangnya! Biar ma puji dia awal2, tak payah nak tunggu dia dah tak ada dalam dunia ni baru nak puji2…! Ikhlas ni.. Ma sayang sangat kat dia….!

DSC01206 Beginilah kami… dulu kini dan selamanya. Berkawan dari sekolah rendah darjah 5 lagi…

DSC01204Sabariah yang bertudung hitam tu, pun kawan sekolah rendah juga. Kami bertiga memang rapat.

DSC01197Yang ni.. Jamilah, sekelas dari sekolah menengah (tingkatan) 3.

Itulah yang ma suka sangat balik kampong kalau ada kenduri kendara, baik sedara mara atau kawan2. Ramai yang dapat jumpa. Sembang sumbing, lagilah seronok…! Janji… kalau kawan2 nak jemput anak2 nak kahwin ke hapa2, kena bagitau awal2… Nak tau si Esah jemput ma sejak bila? Dari tahun lepas lagi…! Hahaha…, melampau betul kan?!