Monday, December 31, 2012

SALAM 2013

TATA TITI TUTU 2012…

RASANYA sekejap aje kan,  2012  melabuhkan tirainya…
Bermulalah kiraan 2013 pulak.
Ada tak azam kalian yang belum tercapai tahun 2012?
Biasalah, heret aje ke tahun 2013.
Mudah2an akan lebih kuat berusaha untuk menunaikannya.

Azam ma tahun 2013 kalau boleh naklah kumpul duit banyak2.
Selain kerana banyak duit simpanan terpakai atas urusan bisnes yang kurang
memuaskan tahun 2012, ianya harus ditampung semula untuk
kalau2 ada berlaku lagi kecemasan dimasa depan….
Aduuuiii cakap macam pakar ekonomi pulak dah!

Semoga tahun 2013 lebih memberangsangkan.
Diberi Allah kesihatan untuk terus bekerja kuat dan dapat
beribadah tanpa gangguan.
Maklumlah yang sihat wal ‘afiat ni pun kalau bab beribadah selalu aje
mencari alasan, inikan pulak kalau dah tak sihat…, kan?

~Hehe teringat masa ma kecik2 dulu, ibu saudara ma selalu bertanya:
-Kau nak setan ketawa ke nak setan menangis?
-Setan menangis!
-K
alau gitu cepat pegi sembahyang!
Hahaha… pandai dia saiko anak2nya…

Dan tak lupa….. ma jugak mendoakan untuk kalian….
Semoga Berjaya, Sihat dan Kuatkan Iman…. Amiiin…!

Sunday, December 30, 2012

LIM GUAN ENG KURANG AJAR!

DSC03853~Keratan akhbar BH Ahad 30 Dis 2012~

 

DSC03854~Sudah termaktub dalam Peraturan Majlis Agama Islam Pulau Pinang
– Rahamad Ishak, Presiden KPMP.~

MINTA kerajaan benarkan perkataan Allah diguna pakai dalam bible
versi Melayu??

BELUM lagi dapat memerintah Malaysia dah macam2….
Kalau ditakdirkan menang dan dapat perintah, tah macamanalah lakunya….
Dah tentu banyaklah yang nak diubahnya….
Kalau ubah jadikan Malaysia ni lebih maju, dah tentu menakjubkan.
Tapi yang nampaknya, cuma semangat kebangsaannya, nak jadikan Malaysia ni
hak mutlak dia… dah tentulah saya tak rela!

Tak taulah… macamana perkara yang sudah dipersetujui sejak mula memerintah
boleh pulak dicabuli….

Saya berdoa janganlah terjadi….  kalau dapat memerintah nanti
sekutu2 yang sepakat dengannya membiarkan aje perkara sesat berlaku…..

Sunday, December 16, 2012

APA DAH JADI?

YA…, apa dah jadi ni?
Nak kena tutup ke blog ma ni?
Kataaaa Penulisan Itu Jiwaku?
Dah tak ada jiwa lagi keeee???

Nak kata tak ada xtvt
Banyaaak….!
Baru2 ni ke Putrajaya berkursus…
Seminggu selepas tu berhimpun pulak di PWTC
Tak update pun n3?!

Tadi pulak… seharian berkarnival….
Rasa macam tak ada hatilah nak kongsi..
Rasa macam … ‘orang tak peduli pun apa yang aku buat?’

Hmmm….

Tapiiii…
Eh, nanti!

Tetiba teringat pada satu ungkapan…

“JADIKAN DUNIA SEBAGAI ALAT, JANGAN JADIKAN DUNIA SEBAGAI MATLAMAT.” 

Apa kata  kalian?

Monday, December 3, 2012

HATI2 DENGAN KENCANA

NAMANYA indah tapi kesannya menyedihkan.

v

v

v

v

v

v

v

v

v

 

DSC02912

Pil kurus…..
INILAH KENCANA YANG MA MAKSUDKAN……

Sekitar Oktober tahun lepas,  ma bertemu dengan seorang kawan yang dah lama ma tak jumpa.
Biasalah ma ni, kalau bertemu kawan2 …
kalau nampak ada perubahan bentuk badannya, ma akan pergi dekat dan mengusik …
“Apa rahsia anda?”

Mana tak terkejut…. dari seorang yang besar dan gempal, dia berubah menjadi
seorang yang kurus dan mempesona….

Ikhlasnya dia memberitahu dia baru aja ambik obat ni….
~Terbayang2 dimata ma, dengan senyum manis dan ketawanya….
nampak ikhlas sekali dia memberitahu rahsianya yang sebenar.~

Kerana kami berada dalam satu majlis, ramailah yang datang berkerumun.
Berebut2 nak minta contoh botol obat tu supaya senang dicari di kedai.
Ma malas nak berebut, ma amek gambar aje….

Sampai sekarang gambar ni masih ada didalam hp ma….
memang berhajat nak cari jugak kalau2 ‘kenaikan’ badan ma ni semakin kronik…. hehe….

SEMASA ma di KL menyertai rombongan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC,
kami dikejutkan berita kematian kawan ma ni……
Rupa2nya obat yang dimakannya ini telah merosakkan buah pinggangnya
dan akhirnya menyebabkan otaknya gagal berfungsi.
Dia telah kembali ke rahmatullah dalam usia 41 tahun pada Khamis 29hb Disember 2012.

Innalillaahi wa inna ilairojiuuun….
Sama2lah kita mensedekahkan al-Fatihah buat Suzana Binti Ali.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan para ambia’…
Amiin. Al-Fatihah.

Sunday, November 25, 2012

PANORAMA INDAH UNIVERSITY COLLEGE BESTARI

PAGI tadi ma ke Setiu, menguruskan pendaftaran si bungsu Yana di
University College Bestari.

Bangunan yang tersergam indah diatas bukit dipinggir jalan besar
menuju ke Jertih-Kota Bharu ni, memang sungguh gah.

Si Bungsu Yana mendaftar masuk sebagai warganya di peringkat ijazah disini.
Mudah2an Allah permudahkan segalanya untuknya…. Amiiin… 

Ma tak sempat nak snap gambar Yana dan sahabat baiknya Ryen yang
dapat sama2 tinggal di hostel merangkap appartment
yang mempunyai 3 bilik dengan 4 orang pelajar sebilik yang agak selesa….
Kalut sangat ma, agaknya….
Dalam hati berdebar2 takut Yana tak sesuai….! hihi..
Tapi alhamdulillah senyumnya betul2 lebar lebih dari ni…. Smile

Layan aje gambar2 yang ada ni yer…….

DSC03771

DSC03774~Komplex Hospitalitinya…..~

DSC03773

DSC03766

DSC03767~Sebahagian dari pemandangannya yang indah dan nyaman
ketika menuju ke block asrama….~

DSC03769~Dewan makan….
Mee supnya sedap… RM3.00 semangkok!

DSC03768~Mendaki tangga mencari surau…~

DSC03770~Dataran…
Mungkin untuk perhimpunan kecil….
Dibelakangnya tertulis Block A, asrama kediaman Yana.
Nampak aje dekat….
Dikatakan kawasan UCB ini seluas 300 hektar.~