Thursday, July 28, 2011

ZIARAH BERSAMA SQUAD SAYANG

 

info~ SKUAD SAYANG DITUBUHKAN OLEH WANITA UMNO MALAYSIA UNTUK MEMBERI PERHATIAN DAN KEPERIHATINAN KEPADA RAKYAT, DISAMPING MENGHULUR BANTUAN JIKA DIRASAKAN PERLU DAN LAYAK, KEPADA ORANG2 YANG DITIMPA MASAALAH DAN MUSIBAH.

 

DSC02528

VAN menuju ke destinasi untuk menziarah anak kepada seorang kenalan yang eksiden ketika perjalanan balik dari Langkawi pada 18hb Jun lepas.
Sejambak bunga dan buah2an sebagai tanda keprihatinan dari Squad Sayang…

 

DSC02530

SKUAD SAYANG…, dari DUN Ladang diketuai dan dipengerusikan Puan Rozalina Mokhtar ~berkaca mata bertudung biru.
Tuan rumah ~ Hjh Ramlah Abbas ~ duduk sebelah kanan, bertudung kuning.

 

DSC02535

Menyerahkan kepada Pengerusi Wanita DUN, Puan Rozalina untuk sessi ‘merisik khabar’

Pertemuan 2 sahabat lama…
Puan Pengerusi kita…., nampak mesra… tak ada apa2 affair kan?
Haha…, jangan marah!  Ma cuma bergurau…
Sebenarnya masing2 telah mempunyai keluarga bahagia…

 

DSC02534

Anak lelaki Hjh Ramlah Abbas….
Keretanya dirempuh sebuah kereta lain, mengakibatkan beliau patah tulang belikat….
…. dan mengalami pendarahan ditelinganya…
Belum pasti apakah puncanya kerana masih menunggu rawatan dari pakar ENT.

 

DSC02533

Bergambar kenangan….. disebelah ma, Mi Zah.  S/U Wanita DUN ~ Melor, 
Mak Besah, Ma Zah…
Duduk… Kak Lah, Kak Mun.
Dan dibelakang Pengerusi kita… Da ~ Ketua Penerangan Wanita DUN.
~ begitulah panggilan2 manja kami…~ Hihihi…

Tuesday, July 26, 2011

12.2 JUTA!

 

~ Alamak… ketinggalan keretaapi lagilah ma  ni…
Entry ni sepatutnya update pagi semalam…
Nak auto pubish laa konon. tapi tak menjadi.

Gitulah kalau jadi murid baru darjah 3 guru dah mati…
Hahaha…. ~

BIAR BETUL!
Akhirnya akan sampai juga masa yang ditunggu2.
Pada 24 Sept ni… jika diizin Allah, Norman dan Memey
disatukan sebagai suami isteri.
Di TV semalam, dah resmi Reflesia akan menaja sebanyak 12.2 juta…

HAAAAHHHH!!!????  12.2 Juta?????
Nampaknya kalahlah Datuk Siti kita….
Istimewanya pasangan ni??!!
Jangan jealous u!

Kalau jealous sila buat kontraversi ‘melampau’ ….
Ramailah nanti nak menaja…

DiTv secara siaran langsung semalam (ahad),
kalau tak silap slot Nasi Lemak Kopi O
~maaflah ma tak berapa cakna~
talian bebas tol dibuka…
Biasanya hotline la dengan ucapan2 tahniah ke hapa2…
tapi yang peliknya…. tak masuk  satu panggilan pun! 

MAKA NORMAN DAN MEMEY RELEKS AJE….
DENGAN PENAJA2NYA SEKALI RELEKS…!
kenapa haaaaah?

Yang ni camane?
JADI KE TAK JADI AGAKNYA?
~Harap2 jadilah yeeer… ~

Saturday, July 23, 2011

LEMBU SAPE LAH TU..!

 

MALAM tu ma dikejutkan dengan suara orang memberi salam.
Hakim yang kebetulan ada dirumah, keluar dan melayani.
Agak riuh jugak, ma pun bertanya apa masaalahnya.

Rupanya, sipemanggil tu sedang mencari seekor lembu yang dilihat orang bersembunyi dibawah rumah ma…

Apa kenanya…, lembunya terlepas tambatan atau apa?
Beberapa kali dia bercerita, bila Hakim terangkan
baru ma faham kedudukan.

Lembu tu dah melanggar keretanya yang sedang dipandunya diatas jalan.
Katanya keretanya tu remuk teruk jugak.
Jadi dia nak cari lembu tu, nak cari tuannya pulak, dan nak minta gantirugi.

Si Hakim pun rasa kesian, terus bersama2,
terhendap2 dibawah rumah yang gelap.
Dengan bantuan touchlight yang dibelinya, dia pun jumpalah lembu tu.

Agak ganas jugak nampaknya lembu tu masa ditarik keluar….
Si Hakim yang dah sememangnya tak biasa dengan ternakan,
terhoyong hayang  mengikat tali lembu tu pada pokok matakucing dibelakang rumah ma.

Hakim suruh ‘mangsa’ tu masuk kedalam kampung, cuba tanya pada budak2 muda yang suka melepak dibangsal burger.
Mana tau budak2 kampung yang suka melepak ni  kenal sesiapa yang ada membela lembu….

Sekejap lagi, datanglah orang melihat lembu tu….
tapi tak mengaku pulak itu lembunya.

~Ma rasa kalau betul dia punya pun, nak nahas ke mengaku?
Tak pasal kena ganti kerosakan kereta orang! Hahaha…~

Semalaman jugaklah lembu tu tidur kat belakang rumah ma.
~Mesti dia ingat hotel manalah ni agaknya….~ Hihihi…

 

DSC02414Lembu dipagi hari…
Nampak segar, tapi ada ‘tumfuk2 tahi untha’
Dalam hati ni… kesian Muhammad Zikri…. Dah tentulah dia yang ‘kena’..

 

DSC02420

Bila tak ada yang mengaku… untuk menggantikan kerosakkan keretanya, dia mengambil keputusan menjual lembu tu.

 

DSC02421Ingat orang pas U aje profesional? Pembeli lembu pun profesional jugak tau!
Begitu terkial2 Hakim nak tarik tali lembu tu semalam,
pagi ni macam kena pukau lembu tu ditarik naik kedalam lori…

 

DSC02422Menjadi mangsa keadaan… 
Ma rasa kurang2 harganya RM5-600, tapi cuma dibayar RM200 aje… 
Apa nak buat…. tersesak + ambil kesempatan.

Dibaginya Muhammad Zikri RM10… ~faham2 ajelaaaah~
Tapi…. alhamdulilah bukan dari duit yang 200 tu….
Duit lain,
duit dari koceknya…..
Takut jugak tershabit….
Tah lembu sapelah tu, kan?

Thursday, July 21, 2011

SEHARI DI PROGRAM KRAF KREATIF

 

15 hb Julai….

Pejabat Penyelaras DUN Ladang, K.Trg dikunjungi seramai hampir 40 orang
yang dipilih bagi menyertai kelas Kraf Kreatif anjuran WANITA Bahagian Parlimen K.Trg.

Ma adalah salah seorang daripadanya…
Ketika muda2 dulu memang masa ma banyak dihabiskan dengan aktiviti sulam menyulam dan kait mengait.

Tapi sekarang, ‘dunia seni’  itu dah lama ma tinggalkan…
Dah ‘tak sesuwaaaaii’ gitu….!

Semasa ma ditawarkan untuk ikut serta kursus ni,
hati tertanya2… boleh ke ma buat  kerja2 halus atau seni tangan ni?
Kerja2 begini perlukan kesabaran.
Sedangkan ma ‘hari ni’, segala kerja yang ma  buat, selalu nak kejar masa dan nak cepaaaat ajeeeee….! Hihihi…

Okey, layan gambar2 yang ma snap ni….

 

DSC02435
Muqaddimah…. Puan Ramlah Abas.
Sessi memperkenalkan tenaga pengajar dan para pembantu.

 

DSC02446
Bilik mesyuarat digunakan untuk kelas pembelajaran. 
Penuh.. macam tak cukup kerusi…
Hampir 40 orang peserta.

 

DSC02442Peralatan yang disediakan dan diberi secara percuma pada para peserta.
Tertera tanda harganya RM20, sebentuk jam tanpa tali dan
2 bungkusan berisi kristal yang berlainan warna dan bentuk.

 

DSC02447Sessi pagi dimulakan dengan menjalin kristal untuk tali jam.

 

DSC02449Nampak tekun… tapi…
Boleeeeh keeee?…. Terkial2 nampaknya….

 

DSC02450Dah siap sebelah… Lupa pulak step…
Baru sekejap dah lupa…
’Cikgu..,  tolong, cikgu..’

 

DSC02452Tinggal nak matikan tali tangsinya aje…
Kalau silap buat, habis semuanya terlerai nanti…

 

DSC02455Dah siap…!
Kata cikgu harga dipasaran RM150. Sehari dia boleh penyiapkan 6 utas.

 

SELESAI SESSI PAGI, sessi kedua disebelah petangnya peserta diajar buat brooch pulak….

 

DSC02458Ini alatan2 yang dibekalkan… kepala brooch, beberapa biji kristal, 1 headpin,
5 i pin dan 5 ring.
~Dah belajar baru tau apa nama2nya. Hehehe…~

 

DSC02461Head pin digunakan untuk cucuk kristal yang paling bawah sekali tu..
Kemudian i pin digunakan untuk kristil selanjutnya, selepas kita gunakan ring.
I pin yang panjang tu, kena kerat ikut kesesuaian size dan bengkokkan untuk dimasukan ring yang lain.
Buatlah sampai berapa panjang pun.
Senang sangat2…..

 

DSC02463Dah siap… Brooch tu dijual dengan harga RM8.

 

DSC02465Alaa, pakai teruslah!
Tak sabarnya… Hehehe….

~Sibbaik pakai terus, sempat jugak pakai sekali.
Sampai aje kat rumah terus Mira kidnap!~

Monday, July 18, 2011

MUZIUM SENIMAN AGUNG

TERINGIN sangat2 nak pergi…
akhirnya SD bawak jugak pergi pada June lalu….

~Entry ni ketinggalan zaman…, tapi nak kongsi jugak…!~

DSC02319Comel sesangat…..
Rumah kediaman Allahyarham kini jadi Muziumnya.

DSC02323‘Eh, abang..! Tak baik ambil gambar bertiga…’

DSC02324‘Haaa … kalau berdua cam ni tak pe….’

DSC02322‘Kalau berempat cam ni…, barulah okey…’

Sebenarnya cuma kat tempat ni ajelah yang boleh diambik gambar.
Tempat2 lain, DILARANG!

~Kalau dah masuk kandang kambing…, kenalah mengembek..!
Maksudnya kenalah ikut peraturan!~

Hihihi…. sajelah entry ni nak usik2…!