Friday, July 15, 2011

terKANTOI DIPINTU JAKEL SEGAMAT

 

PERNAH pergi ke JAKEL SEGAMAT?
Hujung April lepas, semasa ma ke Melaka, o.t.way balik ke Terengganu, kami dibawa singgah ke Jakel Segamat .
Memang meriah kedai tu…, jualan langsir pun murah2 yang dilelong dikenopi luar kedainya.
~ma tengok langsir tu, okey jugak walaupun kain jenis lama… ada yang semeter RM4.. RM2 pun ada… ~

Che Bunga berkenankan sepasang kain yang ada permata. Harganya sepasang RM120. Bila ma pegang aje, penjualnya (Nora) terus offer ma.. Katanya
kalau beli 2 pasang cuma RM180 aje.. maknanya sepasang RM90.


Kesiankan Che Bunga yang mengharap… ma pun ambillah sepasang.
~Balik dirumah Mira marah, katanya permata tak berkilat pun… macam pelastik.. mahal… n blablabla…~

Selepas tu, Nora salesgirl bawa ma ketempat lain.
Dia nak  offer kami dengan harga lelong pulak.
Dia panggil seorang pekerja lelaki dan mula melelong.
Ma diberitau oleh Nora lelongan tak lama, cuma beberapa minit aje. Jadi kalau nak, kena cepat2.

Lelong… lelong… lelong…
Kain sepasang RM60 kalau beli 2 pasang RM100…
~begitulah lebih kurangnya lelongannya~

Dek kerana terpukau dengan kata2 Nora…'kalau nak kena cepat’ tu..
seolah2 macam tak sempat berfikir …
Ma terus berpakat lagi dengan Che Bunga beli 2 pasang!

Tak kesahlah tu…
REZEKI JAKEL SEGAMAT… Apalagi, corak kain tu pun agak menarik jugak. Kena pulak KEBIKJAKSANAAN SI NORA memang MEMIKAT HATI ma…

Tapi…
baru2 ni ma ke Dewandas K.Trg.
Ma ternampak kain yang sama … tergantung dengan harga
cuma…
RM35 ajee….

Alahaaaii… terkantoilaah rupanya ma ni????

Hehehe… 17hb-19hb Julai ni ma ada  kursus lagi di Melaka…
Kali ini kalau rombongan singgah lagi ke JAKEL SEGAMAT,
nampaknya ma KENAlah LEBIH BERHATI2…

Wednesday, July 13, 2011

SELAMAT selamanya UNTUKKU

 

 

HAMPIR 50 ucap selamat Hari Lahir untuk ma, masuk ke ruang fb dari semalam sampai ke malam ni.

Jenuh juga ma membalas ucap selamat tu…
namun…  AKU BAHAGIAAA…. Hahaha…

Disaat beginilah, apabila sekelian sahabat handai, saudara mara, adik beradik, anak-anak saudara malah anak2 sendiri pun… ma rasakan begitu dekat dihati… Sayaaaang sangat2. Hmmmh… mmuuuuuaaah3x.

Maka setahun lagilah usia ma meningkat.
Diusia yang seharus2nya ma mendapat ketengangan
tapi diusia pada tahun ini  ma mendapat cabaran dan ujian.

Musibah itu membuatkan perasaan ma terganggu sangat2
rasa  tak seronok untuk meneruskan kehidupan disini
dan seakan2 Allah mendorong kami BERHIJRAH

Kalau itulah jalan terbaik
Tolong doakan
Kerana ia bukan sesuatu yang mudah
Maka mohon Allah permudahkan….

Tuesday, July 12, 2011

Sunday, July 10, 2011

MB TURUN PADANG KE DUN LADANG

2hb Julai yang lepas...
DUN LADANG menerima junjungan MB Terengganu....
Lawatan sehari MB ke 22 peti undi diraikan dengan pelbagai acara.


Peti Undi Pasir Panjang selaku tuan rumah 
menempatkan  Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
bagi mempersiapkan makan tengahari dan acara kemuncak
pembahagian bantuan cermin mata dan cabutan bertuah.

 
Deretan kenopi dengan pelbagai acara
termasuk Pemerikasan Kesihatan, Daftar Pemilih SPR,
siaran Langsung RTM K.TRG dan banyak lagilah…

 


DSC02343

Memperuntukkan 3 buah kenopi untuk ‘air tangan’ WANITA
dalam pelbagai ketegeri pertandingan.

 

DSC02341DSC02342

Hahaha… upah burger seorang sebiji…
tugas ma untuk mempersiap label kategeri pertandingan
dibereskan dengan pertolongan kawan2 Yana…

 

DSC02365

Barisan petugas dibawah kenopi WANITA…  Hihihi
Tak ketinggalan… nak posing jugak…

 

DSC02350

Lebih kurang jam 9 pagi,MB sampai ke gerai WANITA untuk meninjau
acara pertandingan. Disebelah kanan Datuk Wan Hisham (Naib Ketua
Bahagian UMNO K.Trg.)

 

DSC02346

Tak ketinggalan Toh Puan Norliza Mahmud (isteri MB) ditemani
Toh Puan Wan Hasnah (isteri Naib Ketua Bhgn),
sebelum membuat lawatan ‘ industeri’ Songket
yang dihasilkan Ibu2 Tunggal di Kampung Pasir Panjang.

 

DSC02357DSC02368

MASAKAN LAUK ~ Kerabu Mangga ~

 

DSC02366

MASAKAN KUEH TRADISIONAL ~ Kasidah ~

 

 

DSC02367

Aneka Puding……

 

 

DSC02344re

Kreatifnya…. Kacang panjang dijadikan bakul…

 

 

DSC02358

Yang ni  best…! Ketupat Sotong…!

 

 

DSC02379DSC02380

Amboi… tak kesahkan orang… Cik Pah!
Sedang mempersiap Gubahan Asam Garam.
Menarik….
Sayangnya sekarang ni dah jarang dijadikan hantaran lagi…

 

 

DSC02393

GUBAHAN BAHAN TERBUANG/KERING
Dapat juga tempat ketiga…
Su Tijah ~panggilan manja anak2 ma~
Nanti Kak Ma hantar bunga untuk Jah gubah, boleh…?!
Boleh…! katanya…

 

DSC02391

Gubahan Buah… Tempat Pertama.

 

DSC02382

Secantik tuannya……

 

DSC02374

Tempat pertama Gubahan Kain…

 

DSC02361

DSC02355

Memang meriah… Kanak2 dengan bola sepaknya…

 

DSC02398

Acara kemuncak…. Pembahagian Bantuan Cermin Mata kepada 200 orang
warga 45thn
ke atas yang layak menerima…..

Dan….

 

DSC02399

Cabutan Bertuah… Antaranya Mesen Basuh dan Tv.
Yang kelakarnya… kedua2 hadiah ini dimenangi oleh budak sekolah rendah…!

Wednesday, July 6, 2011

KALAH JADI ABU MENANG JADI ARANG

MA pun macam yang SD harapkan
minta2 tak ada lagilah gangguan2 yang menyakitkan
cukup2lah.

SEHARI 2 lagi umur ma akan meningkat lagi...
rasanya nak duduk tenang2
berbalah ... apalah yang dapatnya
yang kalah jadi abu
yang menang jadi arang...

Kena saman RM4 ribu tu bukan sikit
lebih2 lagi dia tu tengah belajar
banyak nak pakai duit
kerja bertahun2 sebelum sambung belajar
tetiba kena bayar saman.

Anak ma si Ezaq tu pun jenis baran jugak
tapi kita sebagai ibu kena main peranan
kena ingatkan dia
jangan silap langkah
ingat mak, ingin isteri dan anak2...

Kalau ikutkan nak pukul
masa si penyangak tu mengugut Yana dulu ...
Ezaq memang naik angin betul.., nak pukul...
~tapi taklah sampai guna senjata atau besi~

Dan ketika ma masih dibalai
~ tau2 ajelah kalau dibalai, bukan sekejap2 ~
Ezaq otway dari Paka lagi..,
ma minta tolong SD kol bapak saudaranya
tolong pantau, kalau Ezaq tiba dirumah
jangan sampai dia buat sesuatu pada orang!

Si penyangak tu dah terjerempak depan mata Ezaq
masa tu ma dah balik dari balai
terjerit2 ma minta tolong Ayah Ngahnya pergi halang...
akhirnya Ezaq mengalah jugak...
tak jadi pukul...
Alhamdulillah...!

Tapi apa yang terjadi pada si penyangak tu...
emaknya ada sama masa kejadian
SAMA NAIK BERGADUH DENGAN BUDAK2!!
~Ceh, memalukan orang tua menyokong anak2nya bergaduh!~

~ma tak ada rumah masa tu~
~selalu apa2 kejadian yang dia nak buat, dia cari masa ma tak ada~
~bukan ma nak kata dia tak berani dengan ma ~
~tapi mungkin diorang rasa masa terbaik untuk mereka ~

Anaknya bawa keluar besi tu dari dalam rumahnya
didepan matanya....
Tak de emaknya melarang pun!

Malah selepas memukul, khabarnya
dia bersembunyi dibelakang emaknya
emaknya heret masuk ke dalam rumah dan terus kunci pintu.

~ terbayang2 dia menggosok2 kepala anak manjanya tu...~ hihihi

Apa ke itu peranan seorang ibu yang sayangkan anaknya?