Saturday, July 2, 2011
HARAP2 INI YANG TERAKHIR!
bukan tak de masa
tapi internet problem kat rumah.
Kalau dalam kepala ma ni
macam2 perkara yang nak dikongsi
sib baiklah Ezaq balik malam ni
jadi malam ni dia bagi chan kat ma pakai laptop dia ni.
Jom HAYATI cerita baru dari ma....
Tapi maaflah
ma tak kesempatan untuk menceritakan apa kejadian ini
kerana hati ma sedang kalut dan tak seronok.
Jadi ma bawak anda semua ke SINI, SINI dan ke SINI
untuk mengetahuinya...
Maaflah.... tolong abaikan aje 'nada2' panas anak2 ma ni yeeerr...
Kami membuat 3 repot untuk kes ini
Ezaq, Hakim dan ma sendiri
mengikut apa perlakuannya yang di'kena'kan kepada setiap kami.
Tengoklah, kalau ada mood
ma akan update statment ma yang ma taip sendiri dirumah
dan serahkan kepada polis
akibat ma dah kepenatan 'melayani' calls dari pelusok negeri
dari sedara mara yang simpati dan
memberi semangat untuk memperkuat iman
sehingga ma tak berdaya nak bercerita lagi....
SEMALAM pagi salah seorang anaknya yang dikatakan berkecuali
~mengikut pengakuannya sendiri~
menyampaikan hajat maknya untuk berdamai
dan memohon kami menarik balik repot.
Berdamai itu mungkin boleh kot
tapi untuk menarik balik repot
MUNGKIN TIDAK!
Ma teringat ketika repot ma yang pertama pada 30 april lepas
anaknya tu... jangan kata dijentik polis
dimarah pun berupa menasihat aje..
~FRUST BETUL MA~
ade ke dia minta maaf pada ma?
ade ke dia nak berdamai dengan ma?
Lagi MENYAKITKAN HATI ADA!
Tuesday, June 21, 2011
FUN FAIR + PAMERAN = THUNAMI TUDUNG
BIASALAH
di musim cuti persekolahan baru2 ni..
selain dari majlis perkahwinan… pertunangan..
Pameran dan Fun Fair mengambil peluang
melepas gian pengunjung….
Yana no 2 dari kiri, siap sedia untuk menjerit….
laju giler…
EURO FUN FAIR di Tanjung….
Teket masuk RM4 Dewasa, RM2 Kanak2
Buai yang Yana naik tu, 3 token… @ 1 token = RM2
Paling tidak satu permainan 2 token…
Ada hantu buatan lagi…
Siap terkitai2… tergayang2…
Kalau tak takut jugak, pi masuk ke dalam rumah hantu
Pi beli token.., kurang2 nak 3 token, kot…
Betul2 dia buat duit…..! hihihi…
Dan di Pantai Batu Buruk pulak….
Ada PAMERAN TAMADUN ISLAM…..
Yang menariknya
sana dan sini beraneka jualan…
terlebih hebat dari pameran….
Tengok tu, Yana dah ‘terberkenan’ handbag tu
Sibbaiklah, bila dibelek2… ada yang tak berapa kemas dimata
~ Selamaaaaat kocek ma…. Hihihi…. ~
Kalau gerai jualan pulak
70% jual tudung
agaknya kalau ditanya
jualan apakah yang paling laris dan menguntungkan sekarang ni
dah tentulah jawabnya
jual tudung… senang laku… semua orang suka beli tudung…
Tiba2 rasa sedih pulak tengok nasib tudung bawal…
Kalau dulu… sehelai tudung bawal yang no 1 paling2 RM40-50
kalau kena peniaga yang pegang harga ~ bila dia tengok kita nak sangat barang dia…?!~
mau jugak pergi sampai RM60-70….
Sekarang ni…. cuma RM10 ajeeee?
Rengkas dan mudah digayakan…
Tengok tuuuu….
Sibbaik yang dikelek tu kanak2 lelaki…
Kalau perempuan, tudung cam tulah jugak maunya..!
Monday, June 13, 2011
APA SEBENARNYA….
DALAM perjalanan balik dari jamuan perkahwinan
ma jadi terkejut.
Ma amat2i….
dari mana datangnya…..
bila masa dibuatnya…..
Ini pandangan dari tepi luar pagar rumah ma…
Tin aluminium… ditebok ditepinya…
Dalam jarak lebihkurang sekaki tiap satunya….
Ada kesan dibakar…
ada beberapa batang mancis dan didalam perut tin tersebut juga ada bahan2 yang terbakar….
Tak tau sape punya kerja….
Dan tak fikir ada orang yang waras berani nak buat kerja ni.
Sebab antara pagar dan bilik yang ma sewakan tak sampai pun 2 kaki jaraknya…..
Apa pun alhamdulillah… tak ada apa..
semuanya selamat.
Saturday, June 11, 2011
TOLONG DOAKAN….
MA mohon marilah sama2 kita doakan
kesihatan dan kesembuhan
Mohd. Nazirul Bin Azmi….
Ketika menziarahnya di wad ICU HSNZ, ma rasa terharu sangat melihat keadaannya…
Beliau kini sudah 12 hari terlantar dalam keadaan koma
di Wad ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Pegawai perubatan mengesyaki beliau
terkena virus kencing tikus….
~Maaflah ma tak tau apa nama saintifiknya…
tapi setahu ma kalau virus kencing tikus ni sangat merbahaya…~
Semasa berada di asrama UITM Dungun yang baru didudukinya
seminggu,
beliau telah dilapurkan mengalami sakit perut.
Ibunya (Yah - sahabat baik ma) telah berkejar ke asrama
dan membawanya pulang,
dan menghantarnya ke HSNZ malam itu juga.
Ketika itu dia masih berkeadaan biasa…
Tetapi keesokknya,
beliau dikatakan sesak nafas dan terus dimasukkan ke ICU
dan koma sampai kehari ni…
Perkembangannya dikatakan positif tapi agak terlalu perlahan…
Jadi tolonglah sama2 doakan kesembuhannya, yer…
“YA ALLAH… PERKENALKALAH DOA KAMI…
BERILAH KESEMBUHAN DAN KEMBALIKANLAH KESIHATAN HAMBAMU YANG BERNAMA
MOHD. NAZIRUL B. AZMI INI…”
Semoga Allah perkenankan doa kita semua untuknya.. Amiiin…!
BUNGA2AN…
ASSALAMUALAIKUM!
Akibat PC ‘senak perut’, ma terpaksa memendam rasa.
Nak menulis balik pun rasa kekok semacam ajee…
Entry ni pun… entry tersangkut…
dek kerana dah lama sangat terperap
rasanya macam dah tak sesuai..
Apa2 pun… suai2kanlah jugak yee!?
Satu pagi tu… Zikri minta izin nak guna hp ma.
Kemudian dia tunjukkan hasilnya….
Oooo… mat bunga jugak rupanya Muhammad Zikri ni….
~Waaah… hebat jugak citarasa budak ni… Kredit untuk Muhammad Zikri!~
Tapi kaaaan… kaaaan……
v
v
v
v
v
Sekuntum mawar meraaah.. sebuah puisi…
Teringat lagu ciptaan M. Nasir dendangan David Arumugam…
Eh, sape kasi nenek bunga?
~Adalah….. seseorang!~
Sape?
~Rahsia!~
Sapeee??
~Alah, abang… bukan nenek soranglah yang dapat!
Semua orang yang pakai tudung merah tu dapat.
Hari Ibu ….~
Eh, ini dah berapa haribulan dah ni… takkan hari ibu lagi!?
~Tiap2 hari ada Hari Ibu, bang. Ingat tu!~
~Terima kasih kepada Datuk Wan Ahmad Farid,
menghadiahkan sekuntum mawar merah kepada semua perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kuala Terengganu…. pada 31hb Mei yang lepas…