Thursday, March 11, 2010

KEPUTUSAN SPM SIBONGSU

 

 DSC00640  Si Yana @ Si Bongsu

 

SELANG tak berapa hari  Mira melepasi majlis konvokesyennya, hari ni ma menerima satu lagi berita gembira apabila si Yana baru aja mendapat keputusan SPMnya pagi tadi.

Awal2 lagi ma memangnya sudah bersedia.. apa pun keputusannya ma akan terima. Ma takkan memarahinya sekiranya dia gagal, sebab ma memang melihat dia tekun mengulangkaji.

Alhamdulillah   Tuhan  telah memakbulkan doa ma, dari tanah air sampai ke   Tanah Suci..   Syukur sangat2…

Dia telah mendapat 4A, 1B+ dan yang lain2nya C  dan D. Macam gado-gado jugaklah.

Walaupun keputusannya  bukanlah terlalu cemerlang, tapi  dia telah memberi  ma lebih dari yang ma jangkakan….

Dan yang membuat kami tergelak, ma tak payah  nak  menyembunyikan muka    pada  jiran2 yang berpenyakit   suka    bertanya…. 

Jadi ma…, taklah stres….

Wednesday, March 10, 2010

KISAH SUAMI ISTERI

 

Mari kita kongsi lagi naaaakk???  Cam biasalah, dari keratan akhbar yang dah bertahun2 dalam simpanan. Jangan ada yang marah yeeer..!

husband-wife Sekadar hiasan- gambar ihsan dari Google

Sepasang suami isteri sering bergaduh tidak kira waktu. Perang mulut biasanya berpanjangan kepada aksi baling periuk belanga atau kerusi meja  hingga krisis rumah tangga mereka diketahui oleh seluruh jiran tetangga.

“Kalau aku mati nanti, aku akan jadi hantu! Aku akan korek tanah yang mengambusku dan aku akan kejar kau sampai kau pun mati,” jerit suaminya menyumpah seranah isterinya.

Jiran tetangga yang mengikuti pertengkaran mereka mula menyebarkan gosip sisuami itu ada ilmu hitam.

Suatu hari….., si isteri terkejut apabila sekumpulan orang kampung membawa pulang mayat suaminya….

“Suami anda meninggal dunia  dilanggar kereta ketika melintas di depan pasar tadi,” kata salah seorang dari mereka.

Biarpun benci, si isteri yang kini menjadi janda tetap menguruskan jenazah suaminya dengan baik dan mengkebumikannya.

Beberapa hari berlalu, jiran mulai hairan kenapa si janda tidak kelihatan takut terhadap ancaman maut yang pernah dilafazkan oleh suaminya dulu.

“Anda tidak takut dengan sumpah suami anda?”  tanya jirannya.

“Tidak….,” jawab si janda. “Biarlah dia mengorek tanah itu sampai tembus ke bumi sebelah sana... Dia tak  sedar aku menguburkannya mengadap ke bawah…”

Monday, March 8, 2010

TAHNIAH

 

Semalam 7hb Mac 2010 ma telah menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, dimana anak ke4 ma, si Mira antara penerima Diplomanya… Alhamdulillah, syukur…

Majlis diresmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato’ Maznah Mazlan. Dalam ucapan peresmiannya, beliau telah memberi laluan dan harapan yang tinggi untuk graduan2 dalam pendidikan kemahiran.

Sesungguhnya sebagai ibubapa kami merasa sangat teruja  atas pengiktirafan kerajaan  menaikkan taraf pendidikan kemahiran dengan pendidikan di IPTA2 pada tahap yang sama rata… Terima kasih.

Sesungguhnya ma gembira tak terucap!

1 TAHNIAH!!!!!! Mira…

Thursday, March 4, 2010

KERETA NYARIS DIHANYUTKAN ARUS

 

BILA menyebut salawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. ma teringat satu peristiwa yang berkait rapat denganya terjadi kepada kami sekeluarga.

Sememangnya bagi ma… amalan yang paling  RENGKAS, MUDAH dan  MUJARAB sebagai pendinding kita ialah salawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad  s.a.w. Bersalawatlah siang dan malam… Ketika senang apatah lagi jika ditimpa bencana…

Ma nak bercerita tentang keberkatan bersalawat ketika kereta kami mengharungi banjir melintasi  sebatang sungai yang dinaiki air yang melimpah.  Kejadian tu pada  tahun   1987. Masa tu ma dah ada 4 orang anak, si bongsu belum ada. Si Myra masih atas riba lagi.

Perjalanan  kami   dari Terengganu, nak balik ke Singapura. Dalam musim tengkujuh bulan Disember.

Tanda2 kami akan  ditimpa musibah telah Allah Taala tunjukkan, tapi seolah2 kami tidak menyedarinya. Tak beberapa meter kami turun dari rumah,  kereta kami  tersekat dengan sebatang  pokok besar tumbang,  melintang atas jalan dihadapan Istana Badariah… Dan, kami terus berpatah balik  melintasi laluan rumah kami dan menghala ke jalan lain….

Kalau ikut petua orang tua2, itu petanda tak baik. Kalau pun kita tak boleh menunda perjalanan kita pada hari2 lain, seelok2nya kita balik semula kerumah, duduk berehat seketika, kemudian   mulakan dengan naskah baru… bismillah dan berselawat semula… 

Ketika sampai di Pekan Pahang, antara Nenasi  dan  Rompin, jalan telah ditutup akibat sebatang sungai  dinaiki air banjir. Nak berpatah balik, bukan dekat2..  Dan dengan keadaan anak2 yang masih kecil..nak menunggu  air surut, sampai bila…?  Tentu saja mustahil.

Banjir-bandang-285

 Sekadar hiasan, ihsan drp Google

 

Kami melihat sebuah kereta sejenis dengan kami ketika itu, ditolak oleh beberapa orang yang mengambil upah menolak dari seberang sana. Abah cuba dapatkan gambaran sebenar berapa dalam airnya, tapi pemandu itu menarik muka masam. Apahal pulak sombongnya orang ni sampai tak menjawab sapaan kami.

Cuba tanya pada beberapa orang yang mengambil upah menolak. Mereka kata tak dalam bang… lebih kurang semeter je… dia menunjuk  sekerat lututnya…

Tak sempat pulak kami terfikir, sekerat lutut dia tu.. semeter ke?

Kita tolak bang, 25 ringgit je.  Sambil merujuk mereka berlima.

Tiba-tiba sebuah teksi jenis Merc dihadapan kami menghidupkan enjinnya, tanpa mau ditolak oleh orang2 upahan. Dan secepat kilat abah pun start enjin ikut teksi tu dari belakang.

Ma mengetuai membaca bismillah dan bersalawat. Dan semua anak2 yang ada sama2 membacanya dengan jelas dan terang. Tak berhenti2….

Memanglah suatu kemujuran apabila sebuah kereta yang ber cc tinggi dengan lebarnya duduk dihadapan kami. Air yang dikuak oleh teksi tu menyebabkan kereta kami dapat melaluinya dengan selesa…

Tapi sayangnya…. dipertengahan jalan teksi tu termati enjinnya. Dan  dengan pantas  tanpa membuang masa abah terus membelok kesisi kanannya dan meninggalkan teksi itu…

 

banjir-41 

Ma menjadi begitu takut apabila melihat air dah mula memasuki kereta kami dari bawah, dan karpet kereta  kami sudah terangkat dan terapong2 tidak menjejaki lantainya. Disinilah baru kami perasan, banjir yang kami lintasi itu bukan sekerat lutut sepertimana yang digambarkan oleh orang2 upahan itu.

Bila dipandang dari cermin hadapan, bonet kereta sudah tenggelam timbul diterjah air, dan lebih kurang sejengkal kalau dilihat disisi cermin. Bayangkan!

Si Myra memelok ma dengan kuatnya seolah2 dia tahu kami dalam bahaya… Yang lain2, tak ingat apa lagi hanya  bersalawat dan bersalawat tak berhenti2, tak sedar  airmata dah  mengalir dipipi……

Akhirnya kami dapat melepasinya.. dan cuba menasihati sebuah kereta  yang mara agar  jangan cuba melintasi sungai ini, tapi tak diendahkannya. Mengikut dari meter kereta kami yang abah sempat catatkan perjalanan kami dengan 2 kali selekoh itu menghampiri 1 km.

Yang mana satu sebenarnya ketinggian air tu yang betul? Ukuran 1 meter tu atau sekerat setinggi lututnya penolak2 kereta itu?…… Patutlah pemandu kereta yang kami sapa tu bermasam muka… mungkin dirinya merasa terkena….

Monday, March 1, 2010

PEmerDAGANGAN?

1

RASA janggal yang teramat… Bukan ma nak memandai2.. Tapi ma rasa kesiankan lidah ma terkelok2 dan kekok nak menyebutnya.

PERDAGANGAN @ MEMPERDAGANGKAN, itu biasa didengar. Penambahan ‘pe’ dan ‘me’ memang termaktub.

Maaflah kalau ma tersalah… Bahasa Melayu ma pun lintang pukang jugak… menulis dalam blog ni pun gunakan bahasa harian atau dalam ertikata lain bahasa pasar aje….

Tapi… setahu ma yang dah lama meninggalkan alam persekolahan ni, belum lagi pernah ma berjumpa penambahan ‘mer’.

Atau mungkin mereka menggunakan istilah dalam BAHASA UNDANG2?!

Kalaupun terpaksa menterjemahkan sesuatu istilah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu sekalipun, janganlah sampai merosakkan nahu…!