HARI ni 24.2.12 adalah hari lahir nak sulong ma Azil Hakim yang ke 35 tahun.
Ma rasa bertuah kerana dapat update entry ni tepat pada harinya.
Biasanya dek kerana kegawatan, ma tak kesahkan hari....
Hari apa, berapa haribulan, tak jadi hal bagi ma... .
asal jangan terlanggar perjanjian, sudah...!
Ooop! sori terlebih!
Selamat Hari Lahir untuk anakku Azil Hakim B. Abdul Aziz....
Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan dan diberkati rezeki,
dikukuhkan iman dan taqwa,
dipanjangkan umur untuk beribadah kepadaNya
dan semoga menjadi pemimpin dan ketua yang terbaik untuk keluarga...
Amiiin~
~Aduh, panjangnya doa... baik mak tak semput! Hahaha....~
Sebenarnya..... tajuk entry ma kali ni berhubung dengan angka 4212.
24.2.12.... eh, dekat2 nak sama dah tu yeer...
AGAK2NYA sape boleh jawab apa itu 4212?
Ma teringatkan nombor ni,
bukan saja kerana hari ni 24.2.12, tapi
kerana terkejutkan sebuah motor yang melintas dan memotong
dihadapan ma beberapa hari lepas..
Ternampaklah platnya bernombor 4212.
Terus kembali nostalgia ketika ma remaja dulu… kikiki.....
Dulu......
Nombor 4212 ialah nombor yang biasa digunakan oleh arwah suami ma.
Ditaip disebelah kanan paling atas muka surat cintannya pada ma…
~Dulu kan mana pakai sms u… koling2pun tak..
Takkan nak taligram pulak kaan?…..~
Setiap kali suratnya tiba….
Nombor tu mesti ada tertera…..Sape agaknya yer yang boleh meneka?
..... Apa maknanya 4212 tu?
Nama arwah suami ma AZIZ.
~Muka saja jeee... tak suspen langsung!~ Hihihi...