HMMMMM… Dah selesai pun siaran langsung ABPBH 2012.
Cuma dengan satu katogari pencalonan aje,
Shaheizy Sam menang sekali lagi.. Bintang Paling Popular,
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012!
~Berkat sayang emak….
Anak emak dapat kereta sport….!~
BERBANDING dengan Neelofa… 4 katogari pencalonan tapi
tak satu pun menang….
Jangan meroyan lagi macam tahun lepas sudahlaaaa….!
TAHNIAH… tahniah … tahniah… Nabila Huda!
Akhirnya menang katogeri Pelakon TV Wanita Popular….
Ma memang pun peminat no 1 Nabila Huda!
HMMMMMM….NAMPAKNYA semua ucapan para artis yang menang
tak sudah2 terima kasih pada maklah, pada bapaklah,
pada adik beradik, pada nenek pun ada…. Hahaha….
~Mira…, tahun depan kalau kau menang artis popular….kau jangan ucap
terima kasih pada mak dulu. Mak tak suka!
Kau ucap terima kasih pada peminat dulu, lepas tu baru pada mak.
Sebab mak undi kau pun paling2 banyak sehari 10 keping aje…
Kalau 10 hari baru 100 undi….
Yang undi kau banyak2 sampai puluh2 ribu tu peminat2 kau. Tau tak?~
~Hmmm…. tau…~
EEEE, EHHHHH… cantiknya Rozita Che Wan… Baju merah menyala…
Duk sebelah dengan Zain pulak tuuu…! Sape lagi, kan???
Tapi pasai apa digandingkan dengan Shah Iskandar pulak bila dipentas?
Alamak baju dia….. hodohnya…!
Singkat didepan labuh dibelakang?
ALHAMDULILLAH Yana Shamsudin pun menang… ma sukaaaaaa dia….!
Memang ma minat sangat pun Nabila dan Yana tuuu….
Alamak kesian…. baju dia melerek kat belakang tersangkut….
Nak cepat2 disenjah aja… abislah….
Tak banyak sikit mesti koyak punya….! Hehehe…
~Mira… kalau kau naik pentas jadi artis popular tahun depan kau jangan pakai
baju melerek kat belakang gitu. Nanti jatuh ….! Kau singkatkan belakang dia…!~
~Mak, tadi baju Rozita Che Wan singkat kat depan mak tak berkenan.
Kalau singkat kat belakang nampak tuuuut…. tak pe ke?~
~Hmmmm… tahun depan mak rasa mak tak yah tengoklah….!~
7 comments:
tak suka tak suka... sampai habes jugak orang menonton
hahaha...tengok diam2 udahlah..jgn tengok kondem sana sini..eh..mcm kata diri sendiri je ni ma..hahaha..
Tahniah kpda yg menang...saya tgk kejap jer, sebab memboringkan....
Saya dapat tengok masa pengumuman Shaheizy Sam menang aje sebab keluar makan.
amboi ma..dah macam wartawan hiburan pulak..hehe.
hihihih x tahan ucapan utk nenek pun ade ye maa hahahaha
tahun ni x tgk pun sbb bz drive on the road.layan gambo2 je la ma.. hehehehe
Salam Ma,
Lama kita dok gi mari. Sdmoga ma sihat.
Kak ani tak tengok langsung, baca dan tengok gambar.diakhbar jer
Post a Comment