Wednesday, April 24, 2013

HARAM …. SATU PENJELASAN dari T/G ABDULLAH SAAMAH

AMBOI MAAAAK dah lamanya ma tak update n3 baru…
Assalamualaikum semua…
Harap semuanya tak lupakan Matahati-Kamariah yer…

Cuba tengok tajuk ma harini…
Itu bukan ma yang kata… 
Mari dengar sini, ma nak cerita sikit …
Ma tahu, tak semua orang suka ma cerita hal politik
Ma pun bukannya ahli politik tegar
Pengetahuan tentang politik pun ala kadar aje…
Jadi maafkan ma kalau buat orang muak atau menyampah.
Ma tau…. sebab bila ma cerita hal politik
semua orang macam tak ada telinga aje…
macam tak pandai baca aje… hehe….
dengan lain perkataan… malas nak layan malas nak komen. hehe…

Tak per laa tuuu….

Kesempatan masa yang ma luangkan ketika ni,
terus terang ma katakan adalah untuk membantu BN
menang dalam PRU13 ni….
Betuuuuuul…, telus dan terus terang!

Ma tak ada kepentingan apa2 pun… bekerja sukarela.
Kerana ma suka Melayu jadi TUAN…
Melayu cuma ada Tanah Melayu nilah sahaja….
Hanya Malaysia….

Cina…  dia ada negara dia sendiri yang diperintah oleh bangsa dia sendiri.
Begitu juga dengan India… dia ada negara dia sendiri dan diperintah oleh
bangsanya sendiri.

Tapi Melayu hanya ada Malaysia inilahh…!!

Okey…. mari dekat  sini sikit…..
Ma nak ceritakan aktiviti ma musim2 pilihan raya ni…
Nak dengar tak?

20130408_072919~Perang Bendera antara BARISAN NASlONAL dan PAS
diihadapan rumah ma… Hehe…~

AGAK tersentak jugak bila ma dapat tahu cawangan ma yang walaupun duduk
ditengah bandar ni yang  agak terpencil dari aktiviti dan low profile tiba2 diminta
Biro Penerangan UMNO Bahagian Kuala Terengganu untuk mengadakan
Program Isu Semasa bertajuk HARAM PANGKAH PAS….. SATU PENJELASAN.

Penceramahnya adalah seorang yang ma kagumi yang ma selalu membaca
pendapatnya didada2 akhbar iaitu Tuan Guru Abdullah Saamah
seorang Ulamak Pengajian Pondok dari Kelantan… bekas ahli PAS.

.Photo: Bersama Tuan Guru Abdullah Saamah~Tuan Guru Abdullah Saamah yang ma hanya kenali di dada akhbar
kini sudahpun berjumpanya didepan mata…~

Mengikut ceritanya beliau keluar dari PAS kerana usahanya
untuk memperbetulkan pendirian PAS terhadap pembentukkan
negara ISLAM yang diperjuangkan selama ini yang agak tergelincir
akibat dari pakatannya dengan DAP yang nyata anti Islam dan hanya
mempergunakan PAS untuk keuntungan undinya, tidak diambil perhatian
atau dengan lain perkataan dipandang sepi.
Sehinggalah isu kalimah Allah yang PAS telah persetujui dan telah
tanda tangani digunakan didalam kitab bible terjemahan Bahasa Melayu
apabila PAKATAN RAKYAT memenangi pilihan raya dan dapat memerintah nanti… 
Walaupun sebahagian dari akar umbi PAS menentang tetapi tetap
dipersetujui oleh pemimpin2 kanannya seperti T/G Haji Hadi dan Datuk Nik Aziz.

Kemuncaknnya apabila … demi keselesaan pelajar pengajiannya,
beliau telah menerima peruntukan sebanyak 2 juta dari
TPM Tan Sri Muhyudin Yassin untuk Pondok Pengajiannya itu
dinaik tarafkan menjadi bangunan batu.
Malangnya bangunan yang sedang dibena itu telah disita oleh 
Kerajaan PAS Kelantan ketika sedang dalam pembinaan, kerana
dendam dan sakit hati.

Akibat dendam dan sakit hati jugak…. beliau telah digelar
dengan gelaran Ulamak 2 Juta…
Walaupun berkali2 beliau menjelaskan pendiriannya menerima
peruntukan itu adalah demi untuk keselesaan pelajarnya
menimba ilmu….
Jauh sekali untuk kepentingan koceknya .. mahupun dibuat pusaka….

Hmmm…  Begitulah serba sedikit tentang beliau….

Photo: Ceramah isu semasa di cawangan Lorong Surau Baru, Pasir Panjang DUN Ladang, Parlimen Kuala Terengganu

~Sebahagian dari orang ramai yang hadir….
Tak sangka begitu ramainya sehingga Jalan Pasir Panjang
menjadi sesak dan jem!~

photo~ Memang membanggakan….!
Sidang dari pelbagai Media turut diadakan….!! ~

 

 

Daaaaan  akhir sekali….
Ma tak ketinggalan nak bergambar dengan orang baru didunia politik tanah air kita…
Seorang Guru calon feveret atasan…
seperti jugak bekas YB Parlimen Allahyarham Datuk Razali Ismail dulu ….
beliau menjanjikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu…..

Photo: Bersama calon Parlimen Kuala Terengganu ~ Cikgu Zubir Embong.~Mahu dan selesa dipanggil Cikgu Zubir….
Calon Parlimen Kuala Terengganu Muhammad Zubir Embong~

Eh,  takkanlah ma terlupa pulak nak perkenalkan
calon bagi DUN LADANG kan….
Orangnya sangat fimiliar….

[DSC036234.jpg]~Datuk Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh yang juga
Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu~

Semoga kemenangan di pehak BN…
Demi mempertahankan maruah Agama Bangsa dan Tanah Air…

Ini bukan masa untuk Reformasi (ANWAR IBRAHIM)
Tapi Transformasi (NAJIB) …
Meneruskan legasi Wawasan 2020 (MAHADHIR).

8 comments:

Rasp said...

bagus tul Ma...
aktif....
apa2 pun kita tengok pada nawaitu sebenarnya kan Ma....

semoga BN berjaya....
demi kebaikkan dan masa hadapan kita semua....

Kamariah Awang said...

Rasp : Alhamdulilah... syukur, Rasp. Terima kasih kerana mendoakan..

sW33tdARLiNG said...

tak kenal depan umah sendiri sbb banjir dengan bendera.. tak sabar nak balik mengundi.. maklumlah PRU12 kena duduk diam2 kat KL

Al-Manar said...

Amboi, kuat juga berpolitik nampaknya. Cuba lalu jalan menghala Batu Rakit dan lihat betapa hebatnya 'berperang' disana, naik roket, motosikal, kapal hinggakan penyu.

Anonymous said...

sudahhh la tu

❤Kamsiah❤ said...

apa kabar ma..makin dekat GE ni makin sibuk la ya..:)

MulutPayau said...

Selamat mengundi ya ma...

HaniShaklee said...

Hidup Melayu Dan Islam!!!