Thursday, December 12, 2013

SALAM BEIJING 22-26 OKT 2013

ASSALAMUALAIKUM W.M.T
Bagi sesiapa yang masih ingat ma.. tiada yang lain melainkan ucapan
Syukur Alhamdulillah.
Ma sebenarnya masih bernyawa dan bernafas dengan kesihatan yang
baik diberi Allah… cuma kesempatan dan masa sangat terhad untuk menulis.
Hari ni 12hb Disembar 2013 ma kembali…

Untuk pengetahuan kalian…
Pada 22-26 Oktober 2013 yang lalu ma bersama anak ma Maya dan
sahabatnya blogger Dee Kuntum berkesempatan melawat Beijing.
Kami seramai 20 orang… kesemuanya dari KL kecuali ma.

Beijing adalah suatu tempat sejarah yang ma idam2kan untuk ziarah…
Sejak bersekolah dan belajar sejarah ma sangat teringin melihat dengan
mata kepala sendiri bagaimanakah Tembok Besar itu sebenarnya. 

Bila dah dapat melihatnya dengan mata kepala sendiri… Subhanallah….
ianya adalah sangat AJAIB dan SANGAT2 MENAKJUBKAN!
Tercapailah sudah setakat ini impian ma untuk melihat negeri orang.

Ma sebenarnya tidak ada cita2 tinggi untuk melihat seluruh dunia
melainkan 3 sahaja… Pertama Ke Tanah Suci Mekah…
ke nusantara kita Jakarta dan jauh sedikit ialah ke Beijing!
Alhamdulillah… syukur.

Tetapi setelah kembali dari Beijing… tetiba tertanam pulak cita2 ingin ke
Baitul Maqdis untuk melihat keajaiban batu tergantung ketika israq mikraj
Rasulullah s.a.w. dulu… Biarpun keadaannya sudah berubah
insyaAllah mudah2an akan sampai juga kesana nanti….
Tolonglah doakan ma yer….


Kenangan terindah apabila ma dapat menjejakkan kaki di Tembok Besar
ataupun dipanggil Great Wall of China ini.
Inilah 20 orang dari kumpulan kami. Berdiri dihadapan lima dari kanan adalah
ketua kumpulan kami Halifah Masturah (berbaju gelap) bersama suami
tercinta  (berdiri dibelakangnya)….

Ma mengucapkan syukur dan terima kasih kepada anak ma Maya
dan sahabatnya  Dee Kuntum kerana telah membuka
peluang kepada ma untuk ikut serta dalam trip ini.
Walaupun ma adalah antara yang paling veteren…
ma cuba untuk sesuaikan diri dengan anak2 muda yang lainnya…
Doa ma sebelum berangkat mudah2an ma dalam keadaan yang sihat
dan tidak terjadi sesuatu yang menyusahkan sesiapa,
maklumlah tentatif perjalanan ni agak lasak jugak.

Ma sebenarnya seronok yang teramat dengan anda sekelian.
Kalau berpeluang untuk travel lagi rasanya ma ingin masuk dalam
kumpulan yang inilah jugak… semuanya ok dan sangat sporting…
tidak ada marah2 walaupun terlambat.
Masing2 sejuk dan nyamaaan aje macam cuaca di Beijing jugak. Keh3…

Ada 3 pasangan yang berbulan madu termasuk ketua kumpulan… hehhee …
Semoga Berbahagia dan terus terang… kalian teramat manis dimata ma.

Photo: Ehhh asam di darat, garam di laut. Di Beijing bertemu kita. Family from Singapore
Yang ni… ma wajib cerita sendiri sebab ma happy sangat…. heheee 
Paling tak disangka apabila ma dapat pulak bertemu dengan kakak ma
sekeluarga yang datang dari Singapura. Terkejut besar ma dan Maya …
Iyalah.. sapa sangka kaaan… walaupun bertolak pada hari yang sama
tapi waktu berlainan, flight berlainan dan trip jugak berlainan…!!
Pulak tuu kedudukan hotel kami juga sangat jauh.. umpamanya satu di barat
dan satu ditimur…!


Inilah salah satu dari 4 mesjid terkenal diBeijing. Aturcara ke mesjid
menjadi agenda wajib setiap masuknya solat zohor (jamak). Alhamdulillah
seronok seronok jugak… tapi solat tidak pernah dilupa… Tabik pada Bi’ru
Kauthar Travel yang meneraju perjalanan kami ini….

Okey kalian…
Sebenarnya ma tak berniat nak bercerita lebih panjang.
Selebihnya kalau kalian nak berkongsi seronok dengan ma…
mari ma bawak kalian ke blog anak ma Amy Sw33tdarling Aku Halimunan
dan ke blog sahabatnya Deekuntum
Mereka berdua ini sudah tentunya blogger tegar, semestinya…..

Sebenarya entry ma ni adalah sekadar untuk suka2 dan ingatan
umpama diary ma gituuu……
Tapiii…
Oh tidak… bukan sekadar untuk dairy ma aje… sebaliknya
ada manfaat juga untuk anda sekelian yang mungkin dalam perancangan untuk
travel kesana…. kerana ada macam2 cerita suka dan duka…. 
Kesah Tipah tertipu pun adaaa..  Hahaha….
Jadiii… ma syorkan baiklah BACA…! JANGAN TAK BACAAA….!!

5 Days in Beijing
Autumn in Beijing Day 1
Autumn in Beijing – Jin Hui International Business Conference Hotel
Autumn in Beijing – Summer Palace
Day 1 Beijing – Summer Palace
Day 2 Beijing – (Part 1) Dewai Mosque
Day 2 Beijing – (Part 2) Tian An Men Square & Forbidden City
Day 3 Beijing – (Part 1) Jade & Crystal Center
Day 3 Beijing – (Part 2) Great Wall of China
Day 3 Beijing – (Part 3) Bird Nest Stadium
Day 4 Beijing – (Part 1) Pearl Center [Penipuan Belaka]
Day 4 Beijing – (Part 2) Lawatan Wajib Semata2
Day 4 Beijing – (Part 3) Mesjid Nan Dao Ya
Autumn in Beijing – Panda Zoo, Nuijie Mosque,  Silk Street, The Palace & Yashow Market
TERIMA KASIH KERANA BACA…….
Insya Allah jika ada kelapangan dan kesempatan kita jumpa lagi…

4 comments:

MulutPayau said...

Lama betul Ma mnypi dari berblog ya...
Rindu nk baca ntry Ma...
Wahhhh seronoknya Ma dapat ke Beijing ....




Dee said...

alhamdulillah..dee doakan agar impian ma nak ke baitulmaqdis tercapai..amin..

Zaitun said...

Salam ma... alhamdulillah ma sihat. Pergi holiday rupanya.

Nieda Ramly said...

memang seronok baca cerita makan angin.