Saturday, March 2, 2013

ESPLANATE… DALAM HUJAN…

MEMANG berhajat benar dalam hati ma nak ajak anak2 berjalan2
kenal bandaraya Kota Singa pada kunjungan kali ni.
Maklum selama ni kalau ke Singapura… asyik beraya aje…

Kali ni rasa juga rindu pada Esplanate…
Rindu tempat kerja ma yang lama di Boat Quay
Rindu pada Pejabat Pos Besar yang menjadi laluan ma semasa
ke pejabat dulu…

Ma pun seboklah menunjuk2 kesitu dan kesitu…
~Ini tempat laluan mak setiap hari…  mesti melalui sini…
Kalau hari Sabtu ramai yang menghulur tabung untuk donate…
Mak pun pernah jugak pegang tabung derma dan menghulur pada orang…
Hehehe….~

Sayangnya hari tu hujan….
Jadi perjalanan sangatlah terhad.
Adakalanya kami jadi atlet merentas desa… berlari2 untuk sampai
ke Esplanate dan ke Merlion…. Smile

~Tersadai sebentar, sementara menanti hujan teduh… ~

 

~Inilah tapak Esplanate yang asal… memang banyak berubah….~

~Nak ke Merlion… kena merentasi pulak jambatan ni….
Orang yang cepat, selamatlah sampai …
Kami yang terlewat ni dihambat hujan lagi…. berlari lagi…~

 

~Cepat2 posing… nak hujan lagi tuuu.. Hahaha…~

~Kakak (Nur Kamilia) dan Kak Ngah (Nur Khairunnissa)
Kedua cucu ma ni dah pandai bergaya rupanya… hihi…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


~Perubahan 100% dari panorama asal… Suggguh Menakjubkan…~

Sebenarnya memang banyak persekitaran disitu yang mengundang
kenangan manis ma ketika diusia 20an yang nak ma kongsi bersama ahli keluarga.
Semuanya jadi terencat… bukan saja ma dah ahli keluarga
termasuk juga kepada semua pelancung2 dari negara asing yang ada…
~Maaf tak teringat pulak nak snap gambar mereka.~
Hmmm… Mereka2 tu mengambil kesempatan bercuti dan melancung
sempena Tahun Baru mereka ….

Sungguh jauh beza budaya kita dengan budaya mereka kan?
Budaya Melayu ziarah menziarahi sanak saudara … tapi mereka pergi melancung!?

Okey, sampai disini dulu…
Dilain  n3 ma akan ceritakan pulak macamane dari Geylang, kami sampai ke Tanjung Leman…

6 comments:

Zaitun said...

Tahun lepas saya berkunjung ke Singapura sempena anniversari hehehe...

Kamariah Awang said...

Zaitun : Alahai... romantisnya.. Hehehe...

GreenJade said...

wahh kuat nye stamina ma..msti best kan menyelususri kembali tempat laluan dudlu2 kala..

ahaiii bile la nk dpt jupe ma ye..dtg kl..ding2 la ye ma..

tk care ma...*huggsss*

Kamariah Awang said...

GreenJade: Insya Allah kita jumpa nanti..., jom klik ma dalam fb Kamariah Awang. Disitu kita lebih mudah berinteraksi.

Al-Manar said...

Tahun berapa tu bekerja di sana? Saya tentu lebih awal - 1961!

Kamariah Awang said...

Al Manar.. Saya berasal dari S' pura. Awal 70an. Berhijrah kesini 1976. ;-)