Thursday, March 7, 2013

DARI GEYLANG KE TANJUNG LEMAN

HARI TERAKHIR ma di Singapura ialah hari ma membalas dendam
nak makan rojak faveret ma….
Harap2 tak berdosa kalau ma sebut rojak ni ‘wajib’ ma cari kalau
balik ke Singapura…

Esah kata jangan lambat, sebab dia cepat habis. Jangan sampai
pukul 12.00 tengahari…. ~Tak apa, Sah. Sebelum subuh aku sampai! Hahaha….~

~Dah penat ma beratur… kini giliran  Yana gantikan ma pulak..~

~4 pinggan untuk 4 meja yang berasingan~

~Sekelip mata…. ish ish ish…  Rasanya masa beratur tu lebih lama….~

Diakhir percutian kami…. ma juga sempat ajak anak2 ma berziarah
ke Kuala Sedili, rumah abang ma, Abang Mat. 2 minggu sebelum
kunjungan, ma ada buat panggilan, abang ma pun sedang demam.
Suaranya agak berat dan menyedihkan ma….

~Kuala Sedili Besar…. ~

~Alhamdulillah… Beginilah abang ma, kalau berjumpa dia
cepat aje sihatnya. Hehehe~


Selepas ziarah ke rumah kakak ma Kak Salmah (kakak sebapa) di Mawai,
ma minta abang bawak kami ke Pantai Peranginan Tanjung Leman.~

`222652_10200520238706247_1380412522_[2]~Inilah pantai perkelahan Tanjung Leman…
dekat aje dengan Kuala Sedili Besar.~

~Satu destinasi perkelahan yang amat cantik dan menarik.~

Sebelum ma mengakhiri n3 yang bersiri2 ni… ingin ma abadikan
kenangan manis ziarah kami sempena percutian Tahun Baru China 7-10feb 2013
dengan beberapa keping pic yang menarik dan ceria dari anak2 dan cucu2 ma…

Layan ajer …..

 

~Perempuan2 perkasa…~

Akhir qalam… terima kasih kerana sudi baca…. Smile

5 comments:

GreenJade said...

happening nye.

wahh maa baru sy tau Tg Leman cantik..itu hari nk gak terjah tp takut tak worth it pulak kalu view biasa2 aje. dh masuk dlm next check list ni.hehehe

~Emaa Hasnah (^_^)~ said...

Assalamualaikum..salam ziarah. cantik tempat tu..

Kamariah Awang said...

GreenJade .. Chalet pun dah ada .. hmm cantiiiiik... ;-)

Kamariah Awang said...

Emaa Hasnah.... wlkm slm
Sya dah follow... hihi..

Kamariah Awang said...

GreenJade .. Chalet pun dah ada .. hmm cantiiiiik... ;-)