Sunday, February 24, 2013

COSTA SAND RESORT, BONE STEAK DAN ROJAK

TERIMA KASIH kerana singgah lagi ke laman ma…
Ma nak sambung n3 Family Trip di Raya Cina yang terganggu tuuu…
Okey, mari kita kongsi….

~Sebahagian dari rombongan kami di Khoo Too Phat Hospital.
Adik ma, Norhani… berkacamata bertudung hitam yang
selalu ditemani anak saudara ma, Rohaida berbaju putih disisinya…
Maya belum sampai lagi dari KL, dia bertolak selepas waktu pejabat.~

Selesai sessi ziarah adik ipar ma Syed Ahmad di hospital
kami terus ke penginapan di Pasir Ris.

~ Muhammad Zulfan Afkar di Costa Sand Resort…~

Inilah penginapan kami selama 2 malam di Singapura.
Kenalah faham… walaupun ma ramai saudaramara di Singapura
tapi dek kerana rombongan kami sekapal,
dengan jasa baik adik ma Norhani, kami ditempatkan di Costa Sand Resort yang
terletak di Pasir Ris.
Inilah satu2nya  pic yang ma ada…. hehe….

Tempat tu memang besar dan ma rasa jumlah bilik2nya mungkin mencapai
seratus unit atau mungkin lebih.
Ada yang setingkat dan ada yang 2 tingkat.
Kami duduk bilik yang 2 tingkat… senang diasingkan lelaki dan perempuan.
Hehehe…

 ~Macam biasalaaa…, tak sah ma balik ke Singapura,
kalau tak hubungi bff ma yang sorang ni…~

Pagi2 lagi… kami terus kerumahnya untuk heret dia bersama rombongan kami.
Hajat ma nak bawak dia ke Gelang Serai makan makanan kegemaran ma… apa lagi…?
Faveret ma tulah….!
Rojak Keling (Jangan marah para India… dah memang itu nama glamernya…) LOVE..Smile
Sebelum kemana2 sempatlah kami ziarah kedua2 anaknya dan cucu barunya dirumah masing2… Smile

539448_10200521200770298_562388406_n

~Bone steak (sori kalau salah eja nii…)~

Apa yang terjadi, bila anak ke2 ma Maya menyebut teringin nak makan sup
tulang merah atau bone steak, Aishah tak banyak kira terus bawak kami ke
Arab Street… alamak lupa pulak apa nama restoren tu…
Dalam hati nii… si Maya buat rosak program… aku  nak makan rojak dia pulak nak makan yang lain!

~Jauh jugak park kereta nak sampai ke restoren tu…~

~Masing2 nak posing jugak sorang sekali kat pohon berjuntai ni…~

 

 

 

 

 

 

 

 

~Kata orang kalau dah rezeki tak kemana….
Cantiiiik ajeee… meja yang sederet niii kosong memanjang… hihihi

Perhatikan gelagat setiap sorang memamah tulang kambing tuuu… Smile

DSC03917DSC03921DSC03923
DSC03924

~Paling ma gelihati tengokkan sikecil Jaja tu…  Sungguh2 dia ‘gomol’…
Hahaha…~

Alhamdulillah… sampailah hajat si Maya…
Hajat ma camane?

Insya Allah… kita sambung lagilaaah, yer..!?

15 comments:

MulutPayau said...

seronok dapat jalan2 ngn famly..dapat eratkan lagi hubungan....

mamawaiz said...

meleleh air liur saya, kat s'pore aje ke ada bone steak tu

Dee said...

dee tak pernah rasa..sedap benar ke? kena tya si SD ni..

Rasp said...

seronok bila dpt jumpa sedara mara...

makan ramai2 gitu bertambah2 lazat rasanya tu ma....

Kamariah Awang said...

MulutPayau : Memang menyeronokkan. Apalagi kami satu kepala, bolehlah buat rombongan lagi tahun depan ke tempat lain pulak.. Insya Allah...

Kamariah Awang said...

mamawaiz : Bone steak tu dah jadi makanan glamer kat Singapura, Wida...
Dengar katanya artis2 pun kalau datang ke Singapura, mesti singgah restoren ni... Puas makan isi, sedut lemak yang ada dalam tulang tu pulak. Hehe... Ma tak sedut, banyak kolesterol tuuu...

Kamariah Awang said...

Dee : Dee nak tanya SD, yer... Tapi memang sedap..!

Kamariah Awang said...

Rasp : Memang best, Rasp. Dah bertahun2 ma tak kumpulkan anak cucu jalan ramai2 camni....

Zaitun said...

Dapat kumpulkan kesemua anak2 memang seronok. Holiday sambil dapat ziarah yang kurang sihat.Semoga adik ipar ma cepat sembuh,In Shaa Allah...

GreenJade said...

wahhh ma best nye berkumpul reramai ni..sure happening abis ni..

berapa bintang ma kasi utk bone steak tu? best gak ni..

Kamariah Awang said...

Zaitun : Yer, terima kasih Zai tolong doakan sama...

Kamariah Awang said...

GreenJade: Memang best Tini... Ma nak bagi sebanyak bintang dilangit.. okey tak? Keh3...

Amanda Suria said...

terus SA terasa nak carik jugak..aisey kena pi Spore la macam ni kan....

Kamariah Awang said...

AS...Jom! Hehe

Kamariah Awang said...
This comment has been removed by the author.