Saturday, February 16, 2013

FAMILY TRIP DIRAYA CINA

SEMPENA cuti  Tahun Baru Cina baru2 ni ma sekeluarga pun
ambil kesempatan bercuti.
Tapi cuti ma bukan sembarangan cuti.

Sebaik ma mendapat perkhabaran adik ipar ma Syed Ahmad yang ditimpa
musibah akhir Disember 2012, ma terus aje mengatur rancangan supaya
kesemua anak2 ma dapat ziarah bapa saudara mereka yang dipanggil Ami itu.
Syed Ahmad adalah suami pada adik bungsu ma, Norhani…

~Syed Ahmad, berdiri dibelakang sebelah kanan.
Pic ketika percutian mereka sekeluarga ke London pertengahan Disember
2012 lepas~

Sekembalinya dari percutian, mereka mendapat perkhabaran sedih.
Rentetan dari keadaan kesihatannya yang sering terganggu kebelakangan ini,
rupanya disebabkan kanser diperutnya yang sudah mencapai ketahap 4.

Anak2 dan cucu2 yang belum mempunyai paspot,
ma kerah untuk mendapatkan paspot berkumpulan.
Maklumlah ada anak2 ma yang hampir 10 tahun tak balik ke Singapura.

Kesemua rombongan ma seramai 20 orang, termasuk yang diriba.
Dengan 3 buah kereta keadaan memang sendat. Hihi…
Anak kedua ma Maya dari KL pun ada.
Yang ketinggalan cuma Mazlan (Pot-Pet) suaminya.
Maklum raya Cina banyak tempahan memasak…
(Dimaafkan sebab soooruuu masyuuuuk….)

Kami berangkat pada Khamis 7hb selepas solat isya’….
Tapi pada 4hb sebelum tu, adik ipar ma sudah dimasukkan ke hospital
dan menjalani pembedahan.

Walaupun belum sembuh sepenuhnya, kerana kekuatan semangatnya,
keadaannya agak stabil kini.
Mudah2an Allah perkenankan doa2 dari kami yang jauh ini,
semoga hambaMu yang bernama Syed Ahmad Bin Syed Abdul Rahman
sembuh sepenuhnya dan dikembalikan kesihatannya seperti sediakala.
Amiiin…
Tolonglah doakan sama yer….

~bersambung ke n3 lain, Insyaa Allah. Semoga Allah permudahkan…~

2 comments:

Dee said...

moga cepat sembuhlah adik ipar ma tu..dee tau dari anak ma..isteri si mazlan pot pet tu..hahaha..

Kamariah Awang said...

DEE... Hahaha...Mazlan pot pet konpem tak baca blog ma, Dee...