Wednesday, May 30, 2012

MENANTI KELAHIRAN

ASSALAMUAIKUM!
Apa khabar semua, lama ma tak update n3 dek kegawatan masa.
Apatah lagi ada sedikit masaalah yang menjengah..
Almaklum, bila ada masaalah mood pun menjadi kurang…
asyik aje memikirkan apakah kesudahan dan keputusan
yang terbaik untuk jalan penyelesaiannya.

Akhirnya…. alhamdulillah. Berkat doa dan belas kasihan dari Allah s.w.t.
tekanan dalam fikiran ni mula berkurangan.

Hari ni ma berada di KL,
Mungkin agak lama dari biasa…
Ketika ini ma sedang menunggu kelahiran cucu ma yang ke 11
Mengikut due 6hb June ni… oooi seminggu lagi..
Kalau boleh janganlah lama sangat yer… hihi..
Banyak kerja yang ma terpaksa tinggalkan dirumah.
Ayam itik angksa singa … hahaha…   

Apapun… mudah2an anak ma SD selamat melahirkan…..
Tolong doakan yer…..

Monday, May 21, 2012

TAHNIAH ALMY NADIA

ACI tak kalau hari ni ma gosip2 sikit?

 

DSC03490~Almy Nadia dalam BM Ahad 20 mei 2012~

Sebenarnya dah lama ma menanti Almy Nadia membuat keputusan bijak ni.
Kalau dah orang tak menghargai
Eloklah menarik diri.

Menunggu macam buah tak gugur
Orang lain yang berminat pun ramai yang berundur
Insya Allah semoga bertemu cinta yang 100% jujur…..

Tuesday, May 15, 2012

66 TAHUN USIA EMAS UMNO

11 MEI 2012,
Perhimpunan Raksasa UMNO
Menyambut ulangtahun  yang ke 66
Di Stadium Bukit Jalil.
Dianggarkan lebih 100,000 yang hadir dalam perhimpunan tersebut.

DSC03433

~Barisan AJK Wanita Cawangan Lorong Surau Baru~
Asalkan bertudung merah, pakai baju biasa pun tak kesah…
Tapi kerana dah dibekalkan
sehelai seorang baju blouse @ t-shirt merah
bila lagi nak pakai…?
Akhirnya dengan penuh semangat, menukar baju disana…
Hehehe…

 

~Pandangan dari sudut hadapan pentas.
Pic dipinjam dari seorang rakan fb. Tk…~

 

DSC03436

Sebahagian dari peserta ‘Gelombang Merah’…..
Suasana bertukar menjadi merah dalam sekelip mata
bila ramai berpusu2
masuk ke gelanggang didepan pentas kerana tempat duduk dah penuh.
Ma rasa ma bernasib  baik mendapat tempat duduk,
tapi rakan2 yang duduk digelanggang
menceritakan satu perasaan yang sukar digambarkan
apabila mereka berada ditengah2 gelombang merah itu…
Lebih bersemangat dan terharu.

 

DSC03445

Gimik selepas PM menyampaikan ucapan dan memotong pulut kuning.
Ma menghalakan camera hp cap ayam ma ke atas,
ingatkan yang dikatakan semburan bunga api tu akan dituju ke ruang udara.
Tapi tekaan meleset,
apabila  yang disembur memenuhi gelanggang itu
s
eakan perada emas….
Sungguh menakjubkan….

 

DSC03444

~Suasana menjadi kelam dengan ‘perada emas’
yang membentuk 66 tahun.
Maaf hp cap ayam tak sempat merakam.~

 

ACARA selesai lebih kurang 11 malam
Tapi…. masya Allah….
Bas beribu buah mengakibatkan jalan sesak
Kami menanti penuh sabar walaupun  ada yang seakan merajuk
dan serik akibat kepenatan.
Hehehe…. ‘serik sambal belacan….’ namanya tuuuu….!

Lebih pukul 12tghmlm barulah bas kami sampai.

Kami check in di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sekitar jam 1 pagi.

 

DSC03449

DSC03448

DSC03450

DSC03455

Teruja dapat duduk di hotel yang bertaraf 5 bintang
Sebelum ni semasa Perhimpunan Agung kami pernah jugak menginap
di hotel ber’bintang2’ sekitar Bukit Bintang
tepi Hotel Seri Pacific ni memang menjadi igauan ma…..
 

 

DSC03460

DSC03458

DSC03457DSC03456

~Dari sisi cermin tingkap yang luas,
terpampang bangunan PWTC milik ‘Melayu’
ditengah2 KL.
Menukar imej setiap beberapa saat
dalam rona cahaya lampu yang sangat menarik….~
 

 

DSC03454DSC03452

~Mini Bar dan Ironing Board terletak dikiri kanan tingkap
disudut berasingan, siap berpintu lagi…

 

DSC03461

Sinki…. dengan 2 bilik mandi…

 

DSC03469

Bilik mandi dengan paip hujan….

 

DSC03468

… dan bath tub.
2  bilik mandi…. tapi
Mandi pun macam kilat
sebab jadual yg padat dan masa yg agak singkat.

 

DSC03474

Sebilik 2 orang… bantal 3 biji sorang….
Tapi cuma dapat peluk 3 jam aje...

Selepas subuh… jam 7 dah kena ke dewan makan untuk sarapan,
sebelum Program Kepimpinan dan Pemantapan Diri Dalam Organisasi
bersama Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO
Bahagian K.Trg menyusul dari jam 8.30 dan bubar jam 12.00tgh.

 

DSC03483

~Tak nak lepas peluang… nak bergaya jugak bersama bas yang membawa kami
ke Bukit Jalil dengan selamatnya….~

Sunday, May 13, 2012

PERTEMUAN DALAM MIMPI

TETIBA aje pagi tadi
ma rasa sesuatu yang agak anih.

Ingat2 lupa… blur…
Malam semalam rasanya macam bermimpi
Dalam mimpi tu, ada mak… ada mak mertua
Mereka berdua itu tidak bertemu satu sama lain
Tapi mereka berdua berada satu detik dalam mimpi itu.

Anihnya…

Tatkala  kita saling memperingati sempena  Hari Ibu
kedua2 mereka hadir dalam mimpi ma…

Subhanallah…

Mak…
Rupanya antara kita masih ada jalan untuk bertemu……

Allah telah mempertemukan kita
walaupun dalam mimpi yang singkat.


 

Tidak lupa
kepada
sekelian pembaca yang dikasihi……
ma ucapkan
”SELAMAT HARI IBU”

 

Friday, May 11, 2012

PERHIMPUNAN DI BUKIT JALIL

PADA saat ini
masa ini
ketika ini

Alhamdulillah
ma bersama2 dengan ribuan yang lainnya
berhimpun di Stadium Bukit Jalil
bagi meraikan ulang tahun
UMNO yang ke 66

Semoga UMNO terus mempertahankan
KEDAULATAN Raja2
KETUANAN Melayu
dengan AGAMA RASMI NEGARA tetap ISLAM….

KEBAJIKAN….
sememangnya telah sekian lama diamalkan.

Wednesday, May 9, 2012

YANG DITUNGGU DAH TIBA

 

~Sejak pagi semalam, ma dan Kak Peah berkongsi debaran menanti kelahiran
HANNAH ….
Begitulah singkatan nama yang belum resmi diberi ,
-ma difahamkan.~

 

TERCIPTA satu lagi sejarah dalam keluarga kami hari ini pada 8hb Mei
jam 10.40 malam sebentar tadi.
Kelahiran seorang lagi insan yang berkongsi tarikh lahir yang sama.
Kali ini sama tarikh lahirnya dengan anak ma SD.

Beberapa orang dalam keluarga kami ramai yang berkongsi tarikh lahir .
Imbas DISINI dan DISINI dan DISINI.

TAHNIAH KEPADA…………….

 

 

DSC02304

~Aidil Hart dan Isfazrina.
Isfazrina ialah anak saudara ma
… setelah agak lama menunggu akhirnya
dapat juga gelaran ayah dan ibu.
Alhamdulillah…. ~

Friday, May 4, 2012

BETULLAH MELAYU MUDAH LUPA….

BILA ma ajukan ayat ni pada adik ma kerana dia terlupa janjinya pada
si bungsu Yana… cepat2 dia kata, dia ‘separuh Cina’, Hahaha… asyem betullah!

Dahlah lupa janji…, puas mengelak… sanggup pulak kata dia ‘separuh Cina?’?
~ Tapi bagi sesiapa yang membaca n3 ma dalam Versatile Blogger, akan tau…
memang pun kami ‘separuh’ Cina… Nak tau cerita lanjut,
klik aje kat kotak Versatile Bloger disebelah kanan tu yer,… ~

Cerita yang sama terjadi kali ni
apabila seseorang bertemu dengan Che Bunga baru2  ni bertanyakan,
ada ke kami tahu yang emaknya sedang sakit?

~Biasanya apabila Program Jalinan Rakyat dilancarkan
akan ada lawatan dari PPD atau wakilnya
membawa sedikit buah tangan atau bantuan dsbnya tanda ingatan.
Program ni diperkenalkan sejak pilihan raya 4 tahun lepas sehingga kini…
Program tu, dinamakan Jalinan Rakyat bersama
Squad Sayang.~

~Setiap aktiviti cakna rakyat sila ke laman fb
UnitMedia DunLadang dan Wanita Dun Ladang
~

Che Bunga kata tak tau, sebab tak ada orang bagitau….
Katanya mak dia sakit dah 2  bulan
Tak ada sorang pun datang jengok.
~Maksud dia orang2 UMNOlah~

Siap mengugut lagi….
“Ni dah nak mengundi dah ni
Pilihan raya esok nak minta pangkah BN
tapi emak saya sakit, tak sorang pun datang jengok …!”
Ayat selebihnya al-maklum sendirilah tu….

Begitulah serba sikit asam, garam, resam, pengundi di kampung ma
2 tahun lepas orang yang sama juga
Hulur bil hospital
Mohon bantuan jelaskan bayaran operation mata ibunya yang
sedang sakit tulah jugak….
Walaupun kawasan kami dimenangi pembangkang,
mereka tak pergi minta tolong YB (pembangkang) tu…
Tapi bantuan dari PPD untuk rakyat terus diberi
Masaalahnya selesai… Satu sen pun tak payah bayar!

Dah lupa ke?

Tetiba hari ni, bila kami terlepas pandang….
Bangkit kata seolah2 kami tak pedulikan.
~Memanglah Melayu mudah lupaaaaa…! ~

~ BARANG SIAPA YANG TIDAK BERTERIMA KASIH SESAMA MANUSIA
SAMALAH ERTINYA DIA TIDAK BERSYUKUR NIKMAT TUHAN….. Na’uzubilllah..!~

Wednesday, May 2, 2012

ADUHAI…, KAWANKU YANG SORANG NI…..

“SALAM… Nak wat part time? Part time ni senang aje… bukan macam
part time yang biase… waktu keje ble2 ske…tmpt keje pun ikut ske…
pakaian pun ikut ske… waktu keje, sejam boleh, 2  jam boley…
berapa jam pun boley… part time dengan kementerian plajaran…
gaji starting rm300-rm500 smggu… keje sgt sng.. kalo minat, kne g
kursus, kebanyakannye lulus…”

Begitulah 1 sms yang ma terima tatkala ma buntu untuk meneruskan
1 kerja yang dikatakan sangat senang itu…
Kata sipengirimnya macam tu punya sms pun ramai yang  tertarik.
Kalau kita  menghantar sms tu kepada prospek akan dapat respond positif….

Ma tau, dia berhasrat untuk menolong.
Menolong untuk mendapatkan rangkaian.
Tapi rasanya tak sampai hatilah ma nak kirimkan sms tu pada sesiapa pun
walaupun kepada seorang kawan yang baru kenal…
Sebab ma rasa sms tersebut lebih bersifat ‘nak mengena @ dajalkan orang’…
Minta maaflah, tak maulah kata nak menipu ke happa…..

BARU2 NI, setelah lebih 2 tahun ma dah tak daya nak teruskan,
ma surrender …. ma berterus terang padanya
harap2 adalah sikit simpatinya pada orang yang tak balik modal ni
Dia jutawan, dah memang rezeki dia tak kesahlah.

Jadi…, sebahagian dari produk tu ada yang ma dah jual
walaupun dengan harga murah, tapi selebihnya memang ada banyak lagi…

Kalau produk tu jenis kesihatan atau kecantikan, okey jugak
boleh ma guna sendiri…
sihat dan cantiklah aku bila pekena produk ni.. huhu…

Tapi produk ni produk pendidikan, latih tubi dalam internet
walaupun ianya memang sangat bagus, ~ma puji ikhlas~
Tapi kesesuaian dengan ma memang tak ada langsung
sebab ma tak ada anak yang masih bersekolah untuk diguna…
Hahaha… Ketawakan diriku sendiri…
kesiannya aku kerana tamak dalam niaga ni
Produk tak boleh diguna sendiri pun aku masuk pekej yang mahal…!
Tak sabar sangat nak jadi jutawanlah tew!!!

Tak apa… ~berfikiran waras~
ma masih ada cucu yang bersekolah…..
Bolehlah bagi mereka pakai….! Memujuk hati sendiri…

Oleh kerana produk ni perlukan pendaftaran secara sah
maka dia tidak boleh dilakukan dengan sewenang2nya
ma harap berilah ma jalan keluar, supaya ma tak terus rugi.

Jadi, untuk berlaku adil kepada cucu2 ma yang berlainan bapa tu…,
ma tanya sipengirim sms tu, kalau2 ada cara
camane ma boleh guna untuk sekurang2nya 2 cucu ma
supaya sekeping kad itu boleh berlaku dalamasa serentak,
sebagaimana berlaku kepada anak2 yang dibawah satu bin atau binti.

Tapi tau apa yang dijawabnya?
~ma copy sebahagian dari mesej inbox dalam fbnya~

=Kalau macam tu seluruh malaysia akak yang jaga...
boleh ler company tutu cepat buat macam ni...
reg macam biasa jer..mak ayah dia org masih hidup kan?=

Ma jawab balik… kalau2 ada caranya…
untuk ma boleh gunakan.. umpamanya
ma sebagai penjaga kepada cucu2 yang berlainan bapa tu…
boleh tak di gunakan sebagaimana taraf ibubapa angkat misalnya….

Yang ni dia jawab lebih menyengat.

=….. bg saya nk bagi ilmu pd generasi kita buatlah ikut saluran yg betul..
ini soal ilmu... bila buat tipu2 kn dah jadi sumber haram untuk darah daging kita.
maaf jika bahasa sy kasar..sbb kadang2 kita lupa
apa yg kita buat itu salah dan sy cuma mngingatkn shj=

SESUNGGUHNYA perkataan ‘tipu2’ agak menyakitkan sikit
untuk ma terima pakai.
Tapi apa nak buat… ma ‘berada’ dilaman dia..
Rasa macam nak naik hangin…..  jadi…,
biarlah ma naik hangin kat laman ma sendiri nii…

Teringat mesej yang dia suruh ma hantar kepada clien tu seperti yang ma
highlight diatas……

Ma simpan lagi mesej tu sekian lama untuk menilai
kalau  boleh ma gunapakai ‘tunjuk ajarnya’ itu untuk
mendapatkan rangkaian baru dibawah ma.
Malangnya sekian lama, sampai sekarang ma masih was2
Apa yang ma nampak, cuma nak dajalkan orang aje..
Tipu dengan dajalkan orang, ma rasa sama aje, tak ada bezanya!

Apatah lagi nak mengaku kerja tu dengan kementerian pelajaran pulak tu….
gaji starting rm300-rm500 seminggu…?!

SINI ma nak cerita… Mari dekat sikit….

Ada pada satu majlis tu, masing2 peserta ditanya,
berapa angka yang kita nak dalam sebulan kalau buat kerja ni?
Ada yang sebut 20k sebulan….
Impikan kereta import… honda…, merc… blablabla…

Bila ditanya pada ma
ma jawab jujur aje…..
~bukanlah nak mengaku ma ni jujur sangat ke happa…
tapi memang jawapan ikhlas dari hati ma~

Ma kata…. saya nak rm2 ribu sebulan pun jadilah…..
~ma rasa dengan rm2000 dah cukup selesa sebagai orang
veteren macam ma ni. Apalah sangat kehendak kita dah usia2 begini..?!~

Bila dengar jawapan ma
Habbis semua orang dalam majlis tu ketawakan ma.
Siap dengan penceramah yang mengaku jutawan tu pun hentam teruk ma.
Katanya setakat 2 ribu tu, tak payahlah nak jadikan impian…
Kitorang dalam produk “dotdotdot“ ni tak ada yang berangan
nak dapat cuma 2 ribu tu…

Kitaorang semua nak jadi jutawan….!
Jutawan “dotdotdot”!!

Ketika tu, Tuhan aje yang tau….
berapa punya malunya ma…
sedih diketawakan kerana bercakap jujur!
Sibbaik ma masih waras, ingat diri ni dalam  majlis orang….
tak kuasa nak berbalah!

Sebenarnya ayat tu belum habis lagi…
Apa kata kalau ma  habiskan ayat tu, bunyinya begini….

‘Masaalahnya… jangan kata 2 ribu, 200 ratus sebulan pun saya tak dapat!
200? banyak tu.., 20 ringgit sebulan pun nehi..!’~

~Haaa cakap Hindustan ma… Tau tak? Keh3….~

Ma masuk menjadi ahli dengan hasil titik peluh ma sendiri
nasibbaik tak berhutang dengan sesiapa…
Tapi alhamdulillah, ribuan ringgit yang ma laburkan tu
dah dapat ma gantikan semula secara perlahan2
hasil dari niaga yang ma lakukan sekarang ni..
Perniagaan yang pernah ma niat untuk berhenti
dan fokus pada produk tu.

~Dan baru2 ni … bukan nak takbur atau riak.. dijauhkan Allah                   
akhirnya ma dapat jugak beli sebuah kereta sepertimana impian ma
ketika bermain dengan produk tu dulu…., 
walaupun bukan honda atau merc, kata orang…,
tapi tetap syukur alhamdulillah……hasil niaga kecil2an tulah.!~

Jauh disudut hati ma, sikitpun ma tak menyesal ma gagal
Ma mengaku ma gagal kerana kelemahan sendiri
Jauh sekali nak menyalah2kan orang diatas tu
mereka memang sedia membantu,
cuma kita tidak sebijak mereka…..

~Harap2 nak jadi jutawan, nak bayar zakat bantu fakir miskin…
Harap2 tertiarap, rupanya…. Keh3…~

Inilah ceritanya….
Ingatkan dapatlah simpati
Rupanya tidak….
Boleh pulak dikatanya……kita nak buat cara yang haram untuk darah daging sendiri?

Kalaulah ma sebagai ibubapa angkat yang mengambil anak2 angkat
yang berlainan bin atau binti…..?
Takkanlah nak guna 1 portal untuk 1 anak?
1 portal harganya hampir rm300. Kalau 2 anak… dah rm600!!!!????

Jadi, fikir2kanlah, wahai kawanku yang sorang tu….
Dan Selamat Beramal!