Friday, May 4, 2012

BETULLAH MELAYU MUDAH LUPA….

BILA ma ajukan ayat ni pada adik ma kerana dia terlupa janjinya pada
si bungsu Yana… cepat2 dia kata, dia ‘separuh Cina’, Hahaha… asyem betullah!

Dahlah lupa janji…, puas mengelak… sanggup pulak kata dia ‘separuh Cina?’?
~ Tapi bagi sesiapa yang membaca n3 ma dalam Versatile Blogger, akan tau…
memang pun kami ‘separuh’ Cina… Nak tau cerita lanjut,
klik aje kat kotak Versatile Bloger disebelah kanan tu yer,… ~

Cerita yang sama terjadi kali ni
apabila seseorang bertemu dengan Che Bunga baru2  ni bertanyakan,
ada ke kami tahu yang emaknya sedang sakit?

~Biasanya apabila Program Jalinan Rakyat dilancarkan
akan ada lawatan dari PPD atau wakilnya
membawa sedikit buah tangan atau bantuan dsbnya tanda ingatan.
Program ni diperkenalkan sejak pilihan raya 4 tahun lepas sehingga kini…
Program tu, dinamakan Jalinan Rakyat bersama
Squad Sayang.~

~Setiap aktiviti cakna rakyat sila ke laman fb
UnitMedia DunLadang dan Wanita Dun Ladang
~

Che Bunga kata tak tau, sebab tak ada orang bagitau….
Katanya mak dia sakit dah 2  bulan
Tak ada sorang pun datang jengok.
~Maksud dia orang2 UMNOlah~

Siap mengugut lagi….
“Ni dah nak mengundi dah ni
Pilihan raya esok nak minta pangkah BN
tapi emak saya sakit, tak sorang pun datang jengok …!”
Ayat selebihnya al-maklum sendirilah tu….

Begitulah serba sikit asam, garam, resam, pengundi di kampung ma
2 tahun lepas orang yang sama juga
Hulur bil hospital
Mohon bantuan jelaskan bayaran operation mata ibunya yang
sedang sakit tulah jugak….
Walaupun kawasan kami dimenangi pembangkang,
mereka tak pergi minta tolong YB (pembangkang) tu…
Tapi bantuan dari PPD untuk rakyat terus diberi
Masaalahnya selesai… Satu sen pun tak payah bayar!

Dah lupa ke?

Tetiba hari ni, bila kami terlepas pandang….
Bangkit kata seolah2 kami tak pedulikan.
~Memanglah Melayu mudah lupaaaaa…! ~

~ BARANG SIAPA YANG TIDAK BERTERIMA KASIH SESAMA MANUSIA
SAMALAH ERTINYA DIA TIDAK BERSYUKUR NIKMAT TUHAN….. Na’uzubilllah..!~

5 comments:

Dee said...

haissh..smpi mcm tu sekali ye maa..sabar jelah..

MulutPayau said...

macam2 dia orang ni kan...

Jo-Blogger said...

tula..org melayu mcm tula..kenapa lekas sgt lupa.mkn otak ikan byk kot

Kunang-Kunang said...

Salam Ma,

Masing2 ada gaya tersendiri, ingat bila perlu, lupa bila tak ada keperluan. Dah adat kita manusia.

Ros said...

Assalamualaikum Kamariah,

EEemmm....betoi tu Kamariah,melayu ni memang mudah lupa....