Monday, December 31, 2012

SALAM 2013

TATA TITI TUTU 2012…

RASANYA sekejap aje kan,  2012  melabuhkan tirainya…
Bermulalah kiraan 2013 pulak.
Ada tak azam kalian yang belum tercapai tahun 2012?
Biasalah, heret aje ke tahun 2013.
Mudah2an akan lebih kuat berusaha untuk menunaikannya.

Azam ma tahun 2013 kalau boleh naklah kumpul duit banyak2.
Selain kerana banyak duit simpanan terpakai atas urusan bisnes yang kurang
memuaskan tahun 2012, ianya harus ditampung semula untuk
kalau2 ada berlaku lagi kecemasan dimasa depan….
Aduuuiii cakap macam pakar ekonomi pulak dah!

Semoga tahun 2013 lebih memberangsangkan.
Diberi Allah kesihatan untuk terus bekerja kuat dan dapat
beribadah tanpa gangguan.
Maklumlah yang sihat wal ‘afiat ni pun kalau bab beribadah selalu aje
mencari alasan, inikan pulak kalau dah tak sihat…, kan?

~Hehe teringat masa ma kecik2 dulu, ibu saudara ma selalu bertanya:
-Kau nak setan ketawa ke nak setan menangis?
-Setan menangis!
-K
alau gitu cepat pegi sembahyang!
Hahaha… pandai dia saiko anak2nya…

Dan tak lupa….. ma jugak mendoakan untuk kalian….
Semoga Berjaya, Sihat dan Kuatkan Iman…. Amiiin…!

4 comments:

mamawaiz said...

kelakarnya...ada jugak mak saiko anak cam tu yer, guna setan ketawa n setan menangis.

Zaitun said...

Semoga tahun 2013 business ma bertambah maju amin.

Unknown said...

salam persahabatan...follow dan komentar sukses, ditunggu follow dan komentar baliknya ya...doa saya, semoga sukses selalu...aamiin

http://jagadkawula.blogspot.com/

MulutPayau said...

Selamat tahun baru ma....semoga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh-NYA..