Tuesday, January 8, 2013

FIKIR2LAH KALAU NAK BERCAKAP

LAMA tak bersiaran, kali ni ma buat n3 leter2  manja sikit… Smile

KATA orang,  cakap siang pandang2 cakap malam dengar2.
Perumpamaan tu membawa maksud berhati2 kalau nak bercakap,
betul tak?

Ma bukan nak kondem sesiapa.
Tapi apa yang ma nak cakapkan ni memang mengenai orang2 yang
suka sangat melepaskan perasaan dengan bercakap ikut suka hati dia aje,
tak fikir langsung orang akan kecik hati atau ambil hati akan kata2nya itu.

Selepas dia melepaskan perasaan puas2, dia minta maaf pulak.
Alasannya, memang sikap dia begini….
Aaaiik! kalau iye pun, takkan macam ada lesen boleh bercakap apa aje….

Mungkin dia lupa….
Minta maaf tu hak dia…. tapi memaafkan itu hak orang.
Memanglah…, sedangkan Nabi ampunkan umat….
Tapi kalau dah terlepas cakap berdentam dentum
takutlah kalau2 orang setakat boleh memaafkan aje,
tapi bab delete keterlanjuran kata…,
itu yang akan jadi masaalah di akhirat nanti… Hehehe….

Lagi pun, tak taulah minta maaf untuk apa….
Kalau apa yang dikatanya tu matang, tak perlulah minta maaf kot…
Sebab kalau dah sampai minta maaf, itu tandanya dia pun bersalah.
Jadi apa sedapnya cakap berdentam dentum seolah2 macamlah dia tu
betul sangat?

Ma selalu perhatikan tabiat @ budaya orang yang suka sangat minta maaf
secara tak bermaruah gitu.

Sepatutnya  sebelum bercakap fikir2lah dulu
jangan pulak, lepas cakap kejap2 minta maaf.

Kena ada perasaan MALU untuk minta maaf tu…
Macamana kita MALU kalau buat salah,
begitulah kita mesti MALU untuk minta maaf atas kata2 kita yang tidak terjaga.
Barulah kita ada perasaan untuk menahan kata2 kita,
jangan sampai terlanjur…..

Lainlah kalau kita saling bermaaf maafan atas kekhilafan yang tidak disengajakan.

5 comments:

mamawaiz said...

leter manja2 ye ma..
harap org tu sedar kesalahan diri sendiri

GreenJade said...

betul lah ma..nowdays byk org suke bercakap ikut sesedap mulut je. sy jenis suka sound direct je ma..kalu org perangai gitu..sbb kalu dibiar mmg makin melarat..kita jugak makan hati.

chill up ma..huggggsss ketat2 :)

Dee said...

atau kita minta maaf dulu sebelum bercakap..ok kot ma..sbb yg nak mendengar lebih bersedia..dan yg nak bercakap pun susun ayat dengan baik supaya tiada yg terasa hati..

Zaitun said...

Ramai yang berperangai macam ini...sesedap mulut hentam orang lepas tu minta maaf.

Al-Manar said...

Salaam,

Rasanya saya ada meninggal catatan dua tiga hari lepas. Muunkin tersalah tekan atau dada masalah laptop saya. Saya cuma berkata yang saya pernah dalam sat kelas tingkatan 5 dengan seorang bernama Saadiah Awang disekolah Sultan Sulaiman yang pada masa sekarang sudah menjadi sekolah rendah. Kami kawan kawan sekelas (dalam 1950'an) sudah lama putus hbungan dengan nya walau pun terus mmencari.

Bila melihat nama puan saya tertanya2 kemunkinan puan adik bongsu Saadiah itu, walaupun rasanya tidak. Kalau boleh sila jawab soalan peribadi ini kepada email saya almanar@pd.jaring.my.

Saya bermustatin di Pengkalan Maras, dekat Batu Rakit.

Terima kasih