Tuesday, October 9, 2012

TETAMU DAN SECAWAN TEH

HARI NI kita sembang2 aje… boleh?
Tapi sudah sembang nanti, ma nak kalian
bagi respond…. apa pendapat kalian tentang cerita ma ni,
setuju?

Okey, muqaddimahnya ma nak bagitau…
walaupun ma ni kurang masa nak bertandang ke rumah orang
tapi kalau ada sesuatu hal mustahak, terpaksalah  jugak kan.
Sebab ada perkara yang kita rasa boleh settle bila bercakap kat telefon ajer
tapi ada perkara yang kita rasa lebih elok kita bersemuka.

Ma ada kenangan manis tentang ma sebagai tetamu dan secawan teh
peristiwa ini rasanya agak payah ma nak lupakan.

Kunjungan ma dirumah seorang kenalan ni memang ada tujuan…
dan kerana dah lama tak berjumpa
banyak jugaklah perkhabaran yang kami sembangkan.

Yang kelakarnya, terjadi main tarik2 tali kerana secawan air
Hehe…

SETELAH kira2 15 minit ma bertamu dirumahnya.…

~Hhmm… nak minum air tak ni?~ 
(Ehemm,  ehemm… biarlah ma persembahkan dalam loghat ma yer…
Supaya dapat ma rahsiakan dimana lokasinya,
jangan ada yang tersinggung pulak).

~Eh, tak payahlah susah2… Baru aje lepas minum tadi…~
Bukan jual mahal tapi, takkanlah nak kata ‘nak’ pulak…
Yang si tuan rumah ni pun satu hal, adee ke bertanyeee?!

Sembang lagi…..

~Eh, betul ke ni, tak nak minum?~

~Betuuuul….tak payah susah2.

Sembang lagi…

~Eh, tak sedaplah… saya gi buat airlah yer…?~
Bertanya siapa? Nak buat air secawan kena tanya pada tetamu ker…..(?)

~Hmmm…  nak buat jugak ke? Suka hatilah… buatlah nak buat pun..!
Hehe…
Terasa rosak mood nak bercerita kerana secawan air yang tak sudah2.

Dia pun ke dapur….

Terdengar suaranya dari dapur…

~Air mati dahlah yer…. Nak jerang air panas, lambat pulak!~

Haduuuuiiiilaaaa…. hehehe….

Rasa2nya
sebagai tetamu apa yang kita nak kata?
Dah tentulah kita kata okeylah ye tak…. nak kata apa lagi kan?!
Segan ada, malu pun ada dibuatnya kita ni….
Timbul pulak perasaan
Kita ni menyusahkan sangat ke?!

Apa pandangan kalian?

5 comments:

Dee said...

hahaha...malas sebenarnya tu..

tp dee suka bertanya nak air apa? panas sejuk? kopi teh? kata arwah mak tanya2..mcmlah org tu sakit..

tapi pada dee..eloklah tanya..kang buat air panas..dia sebenarnya nak air sejuk..kang buat kopi tak minum pulak..eloklah dia ckp dia nak air apa..tuan rumah senang..tetamu pun dpt minum air kesukaan..hehehe...

Kamariah Awang said...

DEE : Betul tu, Dee... Tanya tak jadi masaalah, tapi dah tanya bangun gi buat. Jangan tak bangun2.. hahaha...

mamawaiz said...

setuju ckp k.dee tu.sy pon biasanya tnya org tu "minum x air teh..ke nk milo?" jgn lh tnya nk air ke tak..malu pulak si tetamu tu nnti

Kamariah Awang said...

mamawaiz : Hehe... bukan malu aje, serba salah pun ada jadinya...

L said...

hehe. jarang jumpe tetamu gini.. hehe