Tuesday, October 16, 2012

HANTU RAMAH DI MYDIN MALL

KEJADIAN ni kejadian petang semalam.
Ketika ma bersama si bungsu Yana nak park kereta di Mydin Mall,
tetiba Mamat ni datang dekat...

Selamba aje dia tanya tak kenal ke dia?
Ma kata tidak. Sambil menurunkan cermin kereta ‘sikit’.
Dia menepuk dahinya…. ‘Alaaaa haaai malunya, macam nak nangis … 
orang tak kenal kita… ‘
’Sape ni?’
ma tanya.

Ma masih dalam kereta, tak berani nak buka pintu sebab dia betul2
berdiri dekat pintu sebelah ma memandu.

Ma sengaja tak matikan enjin kereta,  pintu kereta pun masih lock.

‘Yang menukang rumah kak hari tu, dengan Pak Bakar….’
Menukang? Bile tu…? Dah bertahun2 lepas, manalah ingat….
’Pak Bakar mane? Yang menukang rumah kak hari tu, Zamri…’
’Eh, iyerlah… Zamri pun orang panggil, tapi kita pangil Pak Bakar…’
‘Iyer ke?’
ma percaya jer….

Dalam hati….  selama ni tak tau pun ada gelaran lain, walaupun
Zamri tu adik ipar ma sendiri…

‘Macamne kak boleh tak kenal kita… malunyaaaa kita tegur kak…
Adik…, apa perasaan adik, kalau kita menegur orang, orang tak ingat kita?’
dia tanya Yana pulak….
’Awak ni tinggal kat mane?’
’Sekampunglah…’
’Kat Pasir Panjang jugak?
amek kau, orang tak sebut, kita pulak yang sebut!
’Iyerlah… takkan tak kenal ..?!’

’Hmmm…. Iyer kee Pasir Panjang….?  Tapi kat area mane? Dekat2 surau, keee…?’
’Haaa aah, dekat2 surau…’

’Surau yang mane? Surau kuning ke…, surau hijau keee… ada banyak surau tu…’
’Haaa ah, kat surau kuning.’
’Abis awak anak siapa…?  Memang kak tak ingat betul ni…
Sape nama ayah… nama mak…’

Dia sebut nama mak ayahnya… tapi biasalah bukan semua orang yang duk
kampung tu ma kenal…

Terkulat2 jugak ma memikirkan, sape budak ni…
Ramah betul… anak siapa? Boleh caya ke?
Nak tinggalkan gitu jer, tak sampai ati, kan dikata sombong pulak…

Kebetulan pulak tak ada sesiapa yang lalu.
Kalau tak, boleh jugak ma cuba bakat lakunan buat2 panggil orang tu… Heh2
Kereta2 lain pun, macam berpakat tak masuk mencari2 parking...
Aduuuhhhaaai.. apa nak buat ni? 

Aaaahhh…  tak perlu nak amek ati lagilah…! Dah memang tak kenal pun…!

‘Awak salah orang, kot.’

‘Kak tak percaya… cubalah telepon Pak Bakar, tanya dia..
betul tak saya ada menukang rumah kak….’
’Tak per lah… kak tak der no handphone dia…’
padahal dah mula bosan melayan.
Bawak keluar hp cap ayam ma tu, kan nanti di ragutnya, nak kata apa?

Dia tak jugak pergi… masih dekat lagi dengan ma…
Langsung teringat, mane ada budak2 yang menukang dulu tu,
budak2 Pasir Panjang, semuanya budak2 Manir…

‘Okey dik, kalau betul awak ada menukang rumah kak,
ada 3 orang yang sama2 dengan Zamri tu… awak sebut nama kawan2 awak yang lain tu…’

Dia mula garu2 kepala…. kemudian menyebut nama orang yang ma tak kenal…

‘Tapi saya ni anak sedara Pak Bakar, kak….’ katanya lagi.

Sah  budak ni pembohong!
Kalau anak sedara Pak Bakar@Zamri kenapa tak kenal Yana yang disebelah ma ni?
Kalau betul tentulah dia bersepupu. Keh3...

Ma bisik dengan Yana…
’Mak tak percaya budak ni…, mak takut nak keluar. Kita gi cari parking lain.’
Silap pulak tak suruh Yana amek gambar dia.

‘Awak salah orang dik…

’Iyer ke?… 
Kak, saya nak balik ni… kereta saya rosak, tali kipas putus…!
Kak boleh kasi saya duit tak?’

‘Ooooo, taklah de dik…. sori2…’ keh3..
Dia pun secepat kilat terus jalan….

Takuuut… tapi kelakar jugak.
Nak bohong tu, janganlah panjang2 sangat, macam2 edisi keluar….

Apapun, bimbang kalau2 terjadi pada orang lain
Sebelum masuk berbelanja barang2 dapur
Yana syor pi buat report dulu kat bilik polis Mydin Mall tu.

8 comments:

mamawaiz said...

bahaya tu ma.nasib baik lock pintu.kalau kes mcm ni..jgn kuar dr kereta.
mcm2 cara org nak duit kan..hari tu budak ofis sy pon kena..cam kena pukau pun yer, terbang rm50.org tu kata dia duduk sekampung, tp x pernah nmpk pon..
alhamdulillah..ma selamat

MulutPayau said...

kadang2 tu kita mudah percaya pada orang yg tak dikenali...nasib baik ma bnyak soal....terkantoi jugak...aduhaiiiii..macam2 ragam orang yg menipu ni...

Dee said...

hui..bahaya tu ma..dia jenis try and error je tu..nasib baik mengena..nasib tak baik kantoi..ma pulak pegi sebut nama yg betul..huhu..hati2 tau lenkali..

Rasp said...

uishhhh memang bahaya...
macam2 jenis manusia ada zaman skarang nie...
tapi betul tindakan ma tu...
tak buka tingkap luas2...
tak matikan enjin...
syukur semuanya selamat....

Ezza Muffinbiru said...

Sah lah menipu..kalau tali kipas putus, kena tow laa ke bengkel..ini cara senang nak dapat duit...elok repot jer kat polis kat situ..

Zaitun said...

Sekarang macam2 cara orang nak menipu,kena hati2 ma jangan mudah percaya dengan orang tak kenal.Kalau terdesak bunyikan hon aje.

sW33tdARLiNG said...

kalau betul dalam kesusahan, cakap lah dengan jujur tak perlu bohong

Granny Hani said...

macam2 jenis jahat sekarang ni..nak duit cakap awal2 tak buang masa kita...geram sungguh.