Friday, October 12, 2012

KONGSI CERITA BELALANG

KALI ni ma nak kongsi cerita dengan kalian.
Cerita ni dari pojok BELALANG yang tersiar minggu lepas di BH Ahad.

Mungkin ada yang dah baca…
Tapi ma nak kongsi pada yang BELUM membacanya…. k…Smile 
Apa tah lagi ada segelintir pembaca2 tegar ma yang nun jauh di Singapura,
Indonesia…  dan dari US dan Russia pun adalah sorang dua… hehe…
bagilah peluang diorang membaca pojok akhbar Malaysia, kan….?!

SEBENARNYA sesuatu yang menyeronokkan dan mengiburkan
akan buat kita ketawa sebab tulah ma tak nak ketawa sorang2… BAHAYA…!Open-mouthed smile 

 

Mengikut kata BELALANG …
Cerita ni cerita polis, tapi ini bukan cerita polis Malaysia tau...
Orang2 Malaysia memandang positif dan menyanjung tinggi peranan polis,
sebab anggota polis di negara kita sanggup berkorban nyawa
demi menegakkan keamanan.
Mereka tidak gentar menghadapi penjenayah
kerana itu adalah tugas yang sudah diamanahkan.
Berbeza dengan anggota polis di kebanyakan  negara2 lain
kerjaya ini dianggap sinis oleh segelintir rakyatnya.

N3 ni agak panjang, tapi apa kata, kalian membacanya sampai habis!?

 AWAK BARU JADI POLIS KE?

Cerita 1:

SEBAIK habis waktu bertugas pada hari itu, seorang polis yang baru bekerja
tiga bulan, mahu menonton wayang disebuah pawagam di bandar
tempat dia bertugas.
Dengan masih beruniform, dia beratur bersama penonton lain
untuk memberi teket.
Seorang lelaki dibelakangnya menegurnya: “Awak baru jadi polis ke?”

Anggota polis itu hairan, bagaimana lelaki berkenaan tahu dia baru
bekerja sebagai polis. Lelaki itu memberitahunya, seseorang yang sudah lama
menjadi polis, tidak beratur untuk membeli teket wayang.

Mendengar kata2 lelaki itu, dia terus memotong barisan dan
pergi ke barisan paling depan. Semua orang memberi laluan padanya.

 

~Hehe… bukan filem ni yang nak ditonton
polis berkenaan yer…~

CERITA 2:

DI KAUNTER, polis itu memberitau kerani teket dia mahu membeli
satu teket untuk menonton wayang. Kerani teket itu bertanya:
“Awak baru jadi polis ke?”  Polis itu hairan bagaimana kerani teket itu tahu
dia baru menjadi polis, lalu bertanya. Kerani itu menjawab,
kalau sudah lama, dia tentu tidak perlu beratur bersama orang lain.
Dia boleh terus masuk ke dalam panggong wayang.
Tidak ada sesiapa berani menghalangnya, sekalipun tidak mempunyai teket.

 

~Tolong… tolong….! Polis…, polis….beg saya tu…..!!~

CERITA 3:

SELEPAS menonton, polis itu berjalan pulang ke rumahnya.  Di tengah jalan dia
terserempak dengan seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas meragut
beg tangan seorang wanita. Polis itu terus mengejar peragut dengan sekuat hatinya.

Selepas setengah jam  mengejar, akhirnya dia berjaya menangkap peragut itu,
dan mengajaknya ke balai. Peragut itu bertanya: “Awak ni baru jadi polis ke?”
Polis itu tercengang dan hairan bagaimana peragut itu boleh tau dia baru bekerja
sebagai polis.  Ketika ditanya peragut itu berkata, biasanya kalau sudah lama
menjadi polis, mereka mengejar satu atau dua minit saja, kemudian berhenti.
Hanya anggota polis baru yang  akan mengejar penjenayah bermati-matian.

 

 

CERITA 4:

KETIKA dalam perjalanan pulang, polis itu singgah disebuah restoren untuk
minum. Dalam restoren itu, dia melihat sepasangan lelaki dan wanita masuk
ke sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan. Mengesyaki sesuatu, dia
menolak pintu bilik itu dan mendapati mereka melakukan perbuatan yang
mencurigakan.

Tanpa berlengah, dia mengarahkan pasangan itu mengikutnya ke balai.
Wanita itu bertanya: “Awak baru jadi polis ke?”
Soalan itu sangat memeranjatkannya dan hairan bagaimana wanita berkenaan
tahu yang dia baru bekerja sebagai polis.
Wanita itu berkata, kalau dia sudah lama bekerja sebagai polis, dia tentu kenal
lelaki bersamanya dalam bilik itu. Wanita itu memberitahunya, lelaki berkenaan
itu ialah Ketua Polis di bandar itu.

Tanpa berlengah, anggota polis itu terus meninggalkan bilik berkenaan.
Hehehe….

~Calibut…! Hahaha..
Semua imej dipinjam dari Google, terima kasih Google…~

WALAUPUN cerita ini tidak disahkan kebenarannya samada benar atau
rekaan, hakikatnya wujud sikap sinis terhadap polis di negara berkenaan…..

~Ma ambil cerita ni sebagai suatu yang menarik dan menghiburkan….
Namun urutan dari satu kejadian ke satu kejadian dalam cerita ni ‘nampak’
rekaan. ~

8 comments:

Dee said...

hahaha...tumpang gelak jelah ma..

Rasp said...

hehehehehehehe...
kita gelakkan ajer lah iye ma :D

Tihara said...

nice story ni nt nak sambung bali baca kat sni :)

Zaitun said...

Kahkahkah... gelak besar dibuatnya saya ma....

mamawaiz said...

hahaha..kesian polis baru tu

Kamsiah Yusoff said...

salam kenal & follow sini...

MulutPayau said...

hahahha...citer yg menarik...sian jugak kat polis baru tu ya....

Granny Hani said...

pengalaman adalah cikgu yg paling berkesan..