Saturday, October 20, 2012

DOA BUAT SEORANG AKTIVIS

SEBELUM ma sentuh n3 yang seterusnya ma ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua yang mendoakan ma,
yang sama bersyukur kerana ma terlepas dari kemungkinan diperdaya oleh
orang yang berniat jahat nak duit segera seperti mana
ma cerita pada n3 HANTU RAMAH DI MYDIN MALL yang lepas.

Terima kasih Mamazaiz, MulutPayau, Dee, Rasp, Ezza Muffinbiru, Zaitun dan
anak ma sendiri sW33tdARLiNG.

Kali ni ma nak abadikan kesah seorang sahabat ma
seorang aktivis masyarakat di kampung ma, di Pasir Panjang, daerah Kuala Terengganu.

Photo ~Muhammad Yusof Bin Awang (berkupiah)
lebih mesra di panggil Ayah Wer….
aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.~

Beliau seorang yang sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan,
samada di bawah Jabatan Perpaduan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat
malah beliau juga adalah Pengerusi bagi Persatuan Orang2 Cacat Pendengaran
di Terengganu ini….

Berani ma katakan, beliaulah yang paling banyak menyumbang idea
bagi menjalankan program2 kampung.
Yang paling seronoknya….. apabila beliau sering mendapatkan penaja untuk
kami membuat lawatan, sehinggalah kami AJK dibawahnya dapat mengenali
Sabah…  dan 2 kali ke Sarawak.

Bila teringatkan lawatan ni, memang seronok…
Ketika ke Sarawak dulu, semua AJK dapat ikut serta, sampai 2 buah bas!
Iyalah… kami ni berpersatuan atas nama jabatan, tak ada alaun apa pun.
Cuma nak menyatukan penduduk dan memeriahkan kampung aje….
Jadi bila dengar Ayah Wer sakit….
Jiranwanita pakat2 nak menziarah beliau.

SEBENARNYA akhir Ramadhan lepas, secara peribadinya ma dan Che Bunga
dah pergi ziarah beliau di ward HSNZ.
Ketika tu nampaknya dia agak uzur…

Tapi ketika ma ikut sekali ziarah dengan Jiranwanita KRT Pasir Panjang, 
Barulah boleh berbual2 panjang, … hihi… sebab nampak kesihatannya
agak beransur pulih. Alhamdulillah, syukur…. 

Mendengar ceritanya yang selamat membuat pembedahan jantung di HSNZ…
ma turut rasa bangga, rupanya hospital di Terengganu ni bukan calang2 hospital….

Pembedahan yang dilakukan ke atasnya dalam keadaan sedar, dan dia dapat
melihat sendiri bagaimana alat2 yang halus2 dimasukkan kedalam tubuhnya
dan dipantau oleh Pakar Pembedahan dengan hanya melalui monitor,
tanpa luka.

Rasanya tak payahlah lagi pesakit2 jantung kita ke IJN, kan?

Apapun, selain jantungnya yang sudah kembali pulih…
DOA harus juga diiringkan buatnya….
kerana penyakitnya datang secara berpekej.

Beliau perlu membuat heomodylisis untuk mencuci buah pinggangnya
dan ada juga mengidap hepatitis B yang mencemari hatinya.
Ya Allah… sesungguhnya penyakit ini adalah satu ujian…
Mudah2an sabar dan tabahlah hamba Allah yang menerima ujianNya itu...
dan bagi kita yang masih sihat wal afiat ni,
bersyukur akan nikmatNya…. Amiiin….

5 comments:

mamawaiz said...

ye lah ma, moga Allah kurniakan kesihatan pd kita semua.

MulutPayau said...

Assalamualaikum ma...
Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik kpda Ayah Wer...

Dee said...

moga Ayah Wer diberikan kesihatan yang baik dan umur yg panjang..amin..

Zaitun said...

Semoga Ayah Wer sembuh seperti sediakala, mudah2an dipermudahkan.

new hope said...

semoga sihat selalu

KLIK PA geng sendiri dah muak