Friday, June 29, 2012

SELAMAT MELAHIRKAN CUCU KE 11

MUQADIMMAH:
~Kerana ‘xcdent’ dengan alam maya
N3 ni terkandas hampir sebulan.
Rasanya tak salah kalau ma paksa jugak kalian membacanya.
Tapi jangan anggap ma ketandusan idea tau…
Yang sebenarnya ma sangat2 tidak gemar pada pembaziran (N3)... Hihihi…~

HARINI, ACI TAK kalau ma buat entri 3 dalam 1?
~Eh, macam iklan syampoo pulak yerrr…?~
~Jangan boring…..~
~Pandai2lah buat siri…~ Smile

 

ALHAMDULILLAH…. Jam 8.21 mlm 3 June 2012
SD telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.9 kg…


IMG00162-20120603-2330 (1)IMG00163-20120603-2330
~Muhammad Zaim Afkar….
….bergurau dengan mamanya…~

Kerana ‘silap teknik’
Mamanya ditahan di ward 2 malam tanpa sakit apa2… 
Sebaik balik kerumah, tak sampai 2 jam
~Sempatlah makan goreng pisang ‘seadanya’…~
SD mula sakit dan terus kembali ke hospital…
Hehe… pandai baby ni ‘bergurau’ dengan mamanya, kan?

 JALAN2 DI MESJID INDIA

~Nak cerita lah sikit2 dari awal dan akhirnya…~

PADA JUMAAT LALU, setelah 3 hari ma di KL,
ma teringin nak meriah2 ke Mesjid India.
Ma minta SD hantar ke Station LRT Wangsa Maju.
Sebelum ni ma cuma ‘shopping2 manja’ beberapa pasang kasut
di Jusco dan Carefour aje..

Bila dah ke Mesjid India tu
Puaslah hati ni,
dapat jugaklah beli beberapa helai tudung di Muaz dan sepasang
baju raya untuk si bungsu Yana dikedai yang sederet dengannya…

Tapi bila azan zohor berkumandang…
Ma nampak suasana agak kelam kabut
macam 'sedikit2 menjadi’ seperti di Mekah…
Pembantu2 kedai sebok mob kakilima kedai mereka
ada yang mengipas nak cepat kering
kemudian membentang sejadah untuk bersolat Jumaat dikakilima (?)
~Sah ke solat Jumaat yang terputus saf dengan jemaah di mesjid?
Ma yang jahil ni tertanya2….~


Pintu2 masuk ke dalam kedai pun mula dikepung
menandakan sudah tidak ada lagi jual beli buat seketika
sehingga selepas waktu solat Jumaat….

Mulanya ma bercadang nak tunggu dulu sementara Zikri solat
Nak buat  round kedua untuk beli sepasang lagi baju untuk Yana
Tapi SD kol minta jangan lama2 sangat
sebab dia dah keluar sikit2 tanda untuk melahirkan…

Walaupun tak berapa pasti…
ma terus aje menuju ke LRT untuk kembali ke Wangsa Maju…
SD akan menunggu disana….

Masa masuk kedalam kereta ma nampak SD steady aje..
Dia kata tak sakit apa2pun
Sempat lagi kami pergi makan tengahari.

Lepas makan tengahari tu, ma ingat dia nak balik terus
Rupanya tidak…
dia pi cari CD Korea pulak….
~ tak teringat nak snap, betapa ghairahnya dia bersama Yana memilih
sampai macam lupa dunia seketika….~

Hehe… gitulah jugak masa dia nak lahirkan Zulfan di Terengganu dulu…
Muka tu dah ‘kelat2’ …
Tekaknya masih teringin nak makan sate
Larat lagi dia ikut suaminya gi beli sate….
Siap berator memanjang lagi sebab ramai yang menunggu….
Dapatlah kitorang yang tak kena mengena nak berpantang ni
makan bersama2nya dirumah…. Hahaha….

 

SHUSHI UNTUK KAKAKNYA

Ini pulak cerita masa SD dah sampai dirumahnya…..

HARI PERTAMA sampai di KL hari tu, Yana dah sibok2 ajak kakaknya
ke pasaraya untuk mencari bahan2 Shushi… teringin nak makan katanya.

Di Yana ni ada habit pemakan
Kalau dah dia kata nak makan apa, mesti dia dapatkannya
Tapi… alhamdulillah, dia minat memasak
Taklah menyusahkan ma sangat..

~Teringat arwah ibu ma dulu… samalah macam Yana
Mungkin Yana mengikut arwah emak agaknya…~

2 hari mencari beras sumo tak dapat2
Akhirnya, kerana kesiankan kakaknya dah mula keluar tanda
takut tak sempat makan
ma asak Yana, masak aje beras siam yang ada dirumah tu
~sebab SD kata memang boleh guna, cuma beras siam kurang sikit rasaannya~

Inilah hasilnya…..

DSC03512_thumb2_thumb

DSC03509_thumb2_thumb1~Makan ajelah dulu, tak payah tunggu2…
Esok2 nak berpantang pulak…~

Dah kenyang dah…
Bile lagi nak ke hospital…?
Gitu  gini, seharian dah ni…
Takkan nak tunggu sampai berusung?

DSC03511_thumb3_thumb

~Ika jangan nangis mama nak gi hospital, nak ‘amek’ baby…~

Sampai dihospital
rupa2nya
baby gurau2 aje..
2 malam tunggu baby tak keluar2.

Ooooo Baby nak balik rumah makan goreng pisang dulu yer…?!

6 comments:

Acik Erna said...

tahniah ma..dengan kelahiran cucu..
bestna tu ma..tak de beras sumo pun sushinya menjadi

Wahidah said...

tahniah dpt cucu baru lg...:)

MulutPayau said...

tahniah ma...bertmbah sorang lagi ahli keluarga baru....

Rasp said...

macam2 kejadian sblum melahirkan zaim ye Ma....
tahniah bertambah ahli keluarga...

Ros said...

Assalamualaikum Kamariah,

Tahniah ya Kamariah dikurniakan cucu yan sihat dan comel....

atty's said...

tahniah ma..comeynya baby