Friday, April 13, 2012

LAIN DULU LAIN SEKARANG


DSC03356

DSC03357

DSC03358~Perarakkan kereta mayat di Singapura~

SENGGGANG2 ketika menanti abang dan adik ma datang balik
jemput ma dari jamuan kawin hari tu,
ma ternampak dibawah blog yang bersebelahan dengan dewan majlis perkahwinan itu,
rupanya ada kematian.

Dah semestinya, kalau kematian yang kelihatan di bawah kolong blog begitu,
bukan kematian orang kita.

Ma teringat ketika ma kecil2 dulu
Biasanya akan ada bunyi2an yang memekakkan telinga
terutama ketika mayat tu akan dibawa keluar untuk dikuburkan.

Tapi… Suasananya tidak seperti dulu
Dalam keadaan tenang… mereka berarak beramai2…
Tak ada tangisan yang dipaksa2
~Pengalaman ma masa duduk berjiran dengan orang2 China di Kg Siglap,
East Coast Road, Singapura dulu
kalau mereka dah tak larat nak menangis lagi
mereka ada seseorang orang yang memang  kerjanya
mengambil upah untuk menangis dan meraung2
tanda kesedihan atas kematian itu~

Berhari bermalam bergendang
Kalau yang kaya raya siap berjudi lagi….
Makan dan minum sepanjang masa.

Memang jauh beza dengan budaya kita, kaan?

Dan, yang paling menarik bagi ma
bila ma tengok kereta mayatnya itu….
Kalau dulu keranda akan dimasukkan keatas lori
dan anak buah yang mengikut dibelakang lori yang berarak perlahan
akan menyarung pakaian perkabungan yang dibuat dari kain goni.

Tapi sekarang .. nampaknya dah tak ada lagi…

8 comments:

Acik Erna said...

zaman dah berubah ma..semua ikut berubah

GREENJADE said...

now keta mayat dorang cantik n siap ber air-cond lah ma..

jiran2 sy sini pun semua cina..bila berarak xde bunyi2an dah cuma tdengar muzik mentera dr corong speaker aje..

Zaitun said...

N3 ma mengingatkan saya semasa dikampung. Adik2 akan menangis sebab takut bunyi bising dan pakai baju guni tu.

Ros said...

Assalamualaikum Kamariah,

Betoi tu Kamarian dah banyak perubahan dan berbeza sangat2 dah dari dulu....

Kalau dulu depa simpan mayat dekat rumah hampir seminggu...tapi la ni kak Ros tengok tak dak dah...dalam 3 hari macam tu ja.....bising2 pun dah tak dak dah....

rasp said...

cara dorang dah ikut trend moden lah kot ya Ma....

tapi mmg ingat zaman2 dulu meraung2 lah yg mengikut blakang lori tu....

wida said...

mmg zaman dah berubah..org dulu2 je buat cam tu kot.
ms wida kecik dulu..sempat jugak tgk time org cina mati. siap tabur duit kertas kat jalan..bunyi bising..kita pulak jadi takut

kurus said...

salam kenal dari saya akk

hurmmm budaya disana lain kan .. kereta diarakkan bersama jenazah .. macam2 .. x terfikir pun ..

amie said...

Assalamualaikum Ma,
lamanya Amie tak berkunjung ke sini, harap Ma sihat sejahtera.
Begitulah Ma, budaya boleh dipengaruhi, boleh bertembung dan boleh berubah. Barangkali setelah meengambilkira dan mempertimbangkan dari segala aspek, mereka memilih untuk lebih rasional.