Tuesday, April 10, 2012

DUTA TAK RESMI

N3 ni agak kelewatan akibat kegawatan MASA
tapi tak pe…
mudah2an ia belum dianggap basi lagi…. Ihik!

SEJAK 29hb Mac yang lepas
Ma berhajat nak balik ke Singapura.

Bila Terengganu dilanggar Jom Heboh di Stadium Gong Badak
dan Terengganu Bike Week di Batu Burok
maka sebagai Duta Tak Resmi Negeri Terengganu, rumah ma pun
terkena tempiasnya.

~Ma teringatkan arwah suami, selalu beliau menyebut rumah ma ni
umpama Duta Tak Resmi Negeri Terengganu,
kerana setiap ada perayaan Tahun Baru Cina atau… kalau ada cuti2 panjang,
akan adalah orang2 Singapura, baik kawan atau saudara mara yang ziarah…~

Si Fadil (anak Kak Peah dari JB) awal2 lagi dah hello nak datang bersama
squard Superbikenya
Tapi bila ma menangkis kata nak balik Singapura tarikh tu dia cepat2 mengusik…

’Tak ada apa diJB dan Singapore tu ucu… tak payah baliklah…’
Hehehe… Pandai yerrrr…!

Sayangkan anak sedara punya pasal, ma tunda perjalanan ma pada 31hb malam…
Jadi ma sempat melayan kedatangannya, 2 hari sebelum ma berangkat.
Majlis kahwin yang ma nak hadir tu pada 1hb April…
Hehe… Beres, kan?!

Jadi dapatlah kami berborak2 ber’huuhaa’ gelak2.
Jom Heboh2 dirumah ma aje dahlah
Kata  Hakim dia terkandas jem di jambatan sampai 2 jam kerana Jom Heboh….
Parking kereta pun sampai setengah jam menuju ke tapak.
Nampaknya tak payahlah pergi….

Jom kita ke Kedai Payang aje….
Batu Burok pun okey ….

 

DSC03335DSC03329DSC03324

DSC03333

Terengganu Bike Week….
Nampak lengang tengahari tu dibandingkan
pada masa pendaftarannya.
Lebih 1000 buah superbike yang menyertainya dari seluruh Malaysia.

 

DSC03331

DSC03321

2 pasangan nilah yang menginap dirumah ma….
Fadil dan isterinya Ella n the Boys… dan Mak Iti dan Pak Hashim….

 

DSC03320

Kiri kanan tersedia tempat mengisi barang….
Yang pasti keseronokan..!

 

DSC03334

Motor ‘kenit’ macam Along pun ada jugak … Hehehe….

 

DSC03337

Satu2nya motor paling buruk dibuat pameran di Batu Burok! Hahaha…

 

Dan… yang paling lekat terkesan dihati ma
apabila ma singgah dibooth ini……

 

DSC03327

DSC03328

DSC03325

Lama jugak ma berada disini..

Ya Allah… ngeri betul ma tengok….
Part2 ginilah ma akan jadi orang yang banyak bertanya…

~Lebih2 lagi Zikri berada bersama ma, biar dia tengok dan tahu~

Pegawai yang baik ini menceritakan satu persatu keadaan pesalah
yang dikenakan hukuman sebatan….

Cuba perhatikan gambar yang diangkat naik tu…
Itu adalah gambar ponggong pesalah yang telah disebat.

Setiap pesalah akan dipakaikan sejenis ‘cawat’
yang akan menonjolkan isi ponggongnya…
dan pesalah akan diikat secara berdiri, berpaut pada suatu tempat yang dikhaskan.

Rotan yang digunakan ada 3 size mengikut kesalahan.

Biasanya sebatan akan dijalankan terus selagi pesalah tidak mudharat
Kalau ada yang sampai pengsan,
hukuman terpaksa ditunda pada suatu masa lain….

Cuba perhatikan gambar yang ditunjukkan itu…
Percaya tak, darah boleh terpercik ke muka ‘penyebatnya’ sendiri….

Untuk info
Pesalah perempuan akan disebat oleh penyebat perempuan jugak
dan hukuman akan dijalankan ditempat yang lebih terlindung.

SAMPAI DISINI….

DSC03346DSC03350

Gambar ni ma snap ketika kedua2
pasangan sehati sejiwa  ni nak berangkat untuk makan malam barbekeu
yang diatur untuk bikers di Batu Burok tu…
Tapi mereka ber4 akan balik bermalam dirumah ma lagi.

 

Nampaknya sesudah hai-hai ma kena bye-byelah.
Pada malam tu jugak ma berangkat balik ke JB mendahului mereka
dengan bas malam untuk ke majlis perkahwinan….,
nak ziarah anak saudara dan sahabat baik…. di JB dan Singapura.

Selesai sudah….
Tugasku sebagai ‘Duta Tak Resmi Negeri Terengganu’… Smile with tongue out 

6 comments:

wida said...

samalah kita ma..
kalau ada saudara mara nak dtg jln2 kat KT..rumah wida lah jadi hotel. tapi tak kisah pon..suka jer.

Kamariah Awang said...

Wida: Alhamdulillah, Wida... Itu tand mereka menyayangi kita, kaaan? Dan kehadiran tetamu, bertambah murah rezeki, insya Allah..!

MulutPayau said...

Assalamualaikum ma...

Ma, saya pun ada kat BB tengok motor2 masa 'Bike Week tu'.......

Acik Erna said...

Ma..ngeri aacik tengok tu..dulu nank acik balik dari melawt penjra pudu yang dah kosong masa tu..terus demam..mengigau..lemah semangat..tengok video orang kena sebat

Kamariah Awang said...

MulutPayau : Ya Allah.., kan bagus kalau kita dapat jumpa di BB hari tu? MP holiday ke atau memang orang T'ganu?

Acik Erna : Ma pun pernah gi tengok Penjara Pudu tu, geli geleman tak selesa sangat2... Kalaulah banduan tak tau serik duduk disitu, tak taulah nak kata apa... Memang meremang bulu roma pun!

MulutPayau said...

Ma...saya sbnrnya pergi kenduri kawin di Pulau musang..kami mnginap di BBBR...jadi sambil2 tu sempat lah tengok Bike week kat BB tu...Dua hari jugak duduk sana...
Ye lah, Ma...seronoknya kalau dapat jumpakan....saya ore kelate ma..