Monday, April 16, 2012

BETUL KE… DAH MACAM JERANGKUNG?

KAN ma ada kata nak pi ziarah anak saudara ma dan sahabat ma
yang sakit semasa kunjungan ma di Singapura hari tu?
Jom ma kenalkan prihal anak saudara ma dulu…
Tentang sahabat ma ZO tu, akan ma ceritakan kemudian….

Kerana dia dah kembali bekerja setelah bercuti selama 2 bulan
kalau ma nak ke rumahnya memang ada masaalah sikit
nanti bukan ma ziarah dia …
ma ziarah maid dia pulak jadinya….

Jadi, keputusan nya dia datang kerumah adik
dapatlah kami berkumpul beberapa jam bertanya khabar….

DSC03361~Dalam pic ni, Rohaida… duduk ditengah, mewakili ibunya
(Kak Melah -kakak sulung ma)

SUASANA SANTAI apabila ma bertemu dengan anak saudara ma Rohaida.

Rohaida yang mengalami sakit tekak yang dikatakan urat peti suaranya
membengkak, tidak dapat bersuara suatu ketika, hanya
menggunakan gerak bibir untuk mendengar percakapannya…, kini
alhamdulillah beransur pulih, walaupun masih dalam rawatan pakar.

Dah dapat ber ‘huuhaa’ seperti biasa…. Hehehe…

Kebiasaannya bila berjumpa dengannya
soalan pertama yang akan keluar dari mulutnya ialah
’Ucu, Ta gemuk tak?’
~dari dulu sentiasa nak kelihatan kurus menawan!~
’Okeylah tu…, kurus2 sangat tak cantik!’

Akibat penyakitnya itu, tekaknya terasa macam berduri
dia hilang selera makan
dan berat badannya turun 6 kg…..

Kali ni dia tak bertanya lagi soalan cepumasnya tu pada ma
~Tapi dia kata, ada orang kata dia kurus macam jerangkung!~
~Huh, kawan manalah tu… lasernya mulut dia!~

Ma cuba nasihat,
ada rezeki depan mata, makan
jangan diet lagi…

Sesuatu yang menarik tentang dia
walaupun dia tak suka makan
tapi dia suka belanja orang makan…..
Dia puas kalau tengok orang makan kenyang2
Tapi untuk dirinya, tak ada seorangpun yang berjaya
pujuk dia makan sungguh2, melainkan  menjamah sikit2 aje…

Rohaida bersama suaminya Sukari dan anak tunggalnya, Uzer.
disamping abah dan emaknya.

5 comments:

wida said...

kesiannya..x leh makan, x leh cakap.
kalau org biasa ckp byk..mesti bosan kan sbb x dpt bercerita..hihi

kazmyra afkar said...

kali ni tak tanya la sebab dah tau dye makin kurus, katanya dah turun 6kg.. hahahaha..

rasp said...

kesiannya kat dia...
sib baik dah makin pulih kan...
tapi tul lah ma...
kalo kurus sgt tak cantik...
bior ada isi skit kan...

Kamariah Awang said...

Wida : Orangnya memang banyak bercakap, Wida. Kalau dia ada, suasana akan selalu riuh rendah dan gamat. Itulah yang ma sedih bila dengar dia sakit hari tu...

Kazmyra Afkar: Soalan cepumas dah jadi berat macam emas. Hahaha...

Rasp : Kalau makin tua, eloklah makin berisi, Rasp. nanti orang kata dah kena penyakit 3 serangkai... Hahaha...

lily lotus said...

simpatinya, harap semakin baik dah kembali seperti biasa :)