Monday, October 31, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI….

MA terima hadiah ni dari seorang kawan yang
menyampaikannya bagi pehak seseorang.

 

DSC02746

DSC02753

Sebenarnya telekong jenis ni memang ma berkenan sangat2...
Jenis kain kapas, penuh bersulam
Cantik, kan…?!

Masa ma pergi ke Bandung Mac 2010 yang lalu
hampir2 ma nak membelinya…

Dek memandangkan telekong ma …dah lebih dari selaci
…ada yang ma beli sendiri
…ada yang dapat dari pemberian anak dan menantu
maka ma ketepikan aje hajat ma tu…

Lebih2 lagi harganya  boleh tahan mahal jugak…!?
Heehee…

DSC02750   Terima kasih daun keladi yer…
Syukuuuuur alhamdulillah…,
sebagai hamba yang menerima rezeki dari Allah ini
hanya Allah jualah yang tahu betapa besarnya hati ma
dengan pemberian ini….

Allah jualah yang akan membalas keikhlasan dan budi baik
hambaNya yang pemurah itu….
Semoga rezeki dalam perniagaannya semakin melimpah ruah…
Amiiin…..

Friday, October 28, 2011

KESAH KLIENT KU

 

~Majlis baca Yasin 20hb Oktober 2011 anjuran Wanita UMNO DUN Ladang,
Cawangan Lorong Surau Baru~
 

PAGI 9.9.2011 ma dikejutkan dengan berita kembalinya kerahmatullah
ROSDI B MUHAMMAD.

Berusia 35 tahun,  baru aje mendirikan rumah tangga tak sampai pun
setahun….. dan tidak juga meninggalkan zuriat…

Beliau meninggal secara mengejut ditempat kerjanya kerana komplikasi jantung.

Ketika ma jadi ejen insuren dulu
dia adalah antara klient ma
yang telah menginsurenkan nama bapanya
dan dia sebagai pembayar.

Plan Senior Gold yang diambil untuk ayahnya itu
adalah plan khairat kematian
dimana kalau berlaku kematian pada orang yang diinsurenkan
waris atau pembayar akan mendapat pampasan
dan jika kematian itu akibat dari kemalangan
pampasan akan meningkat 5 kali ganda.

Ma telah berjaya memujuknya untuk membeli insuren berkenaan
dengan alasan…. daripada ayahnya meninggal dengan tidak mendapat
apa2, alangkah baiknya kita menginsurenkan beliau….!
JAHILnya ma ketika itu yeeer?
Tak terfikir ke orang muda pun boleh mendahului orang tua?

Ketika mendapat berita kematiannya
ma rasa bersalah sangat
lebih2 lagi ma ketika ni dah diterminate kan kerana tak aktif.

Saja2lah, kerana simpati…
Ma telah pergi ke syarikat insuren tersebut
untuk menyelesaikan kes ni.
Nasib baiklah polisi tu masih boleh diteruskan
dan waris dari kalangan adik beradik yang lain
dibenarkan untuk menyambung pembayarannya.

Kalau tidak makin bergandalah rasa bersalah ma
kerana beliau telah membayar selama lebih kurang 5 tahun
dan tak dapat apa2 pun kerana polisi tu hanyalah
bila berlaku kematian pada ayahnya (orang yang diinsurenkan) …..

DSC02797

~Ibu Rosdi berbaju biru bertudung hitam……~

Baru2 ni…. Khamis 20hb Oktober 2011….
ma mendapatkan sponsor dari Wanita DUN Ladang  untuk mengadakan majlis
baca Yasin dirumahnya….
Ramai jugaklah yang hadir….

Mudah2an rohnya dicucuri rahmad
Al-Fatihah untuk Allahyarham Rosdi Bin Muhammad…..

Wednesday, October 26, 2011

NOSTALGIA BERSAMA KHADIJAH HASHIM

DSC02817

AGAK2NYA siapalah dikalangan kita ni yang tak pernah
membaca novel Badai Semalam ni?
Ma syorkan, bacalah kalau belum membacanya…

Ketika remaja dulu, memang biasalah
kalau bab membaca novel tak jadi kerja satu apa
boleh bergolek berguling seharian dikatil
menangis2 sampai mata bengkak dan muka sembab…

Seorang sabahat ma HA memimjamkan novel ini pada ma
dan ma ambil masa agak lama nak memulangkannya sebab
ma membacanya berulang2 kali…
dah pulang, minta pinjam lagi ~melampau betul kau!~
sampaikan kawan tu nak hadiahkan buku tu pada ma
tapi malulah pulak nak ambik…!
Kononnya.. Hihihi…

Tak cukup sekadar itu, minta alamat Kak Jah dari penerbit di
Pustaka Nasional, Singapura…  ketika itu awal 1970an.
Tulis surat, berkenalan.

Bila Khadijah Hashim datang ke Singapura
dia kontek ma, nak jumpa.
Kami jumpa, ma ajak datang rumah
Ingat lagi, emak jamu makaroni goreng kat dia.

Lepas tu ma dan sahabat baik ma Aisah ajak dia ke pantai
untuk melihat pantai Siglap dan Bedok yang sedang ditambun
proses nak jadikan daratan sampai ke Marine Parade.

Kemudian kami ke Geylang Serai, makan mee soto dan gado2.
Bangganya  dapat jumpa penulis pujaan…

Bila ma berkahwin
dia ada ziarah ma  di Terengganu ni dalam tahun 1980
Lepas tu, kami tak bertemu2 lagi sampai sekarang.

Ma jadi teruja bila Badai Semalam nak dipentaskan di Istana Budaya
November ni
teringinnya ma nak pi menonton
pulak tu dah lama tak menonton teater
Apalagi si Mazninya Era Fazira – setuju sangat2
dan si Karimnya pulak Aaron Aziz.
Tapi….. nape siZakinya Fizz Fairus??

Hmm… Tak sesu’aaai!

~Jangan marah kalau ada saudara mara Fizz Fairuz
terbaca blog ma  ni. ~ Hahaha….

Sunday, October 23, 2011

REZEKI JUMPA MAHMUDAH

 

DSC02789

~ Cikgu Hjj. Mahmudah -  berbaju biru…. ~

 

DAH lebih setahun ma tak bertemu dengannya. 
Hariraya tahun lepas, ma dan SD ada merancang
nak beraya kerumahnya,
tapi dek kerana gara2 beraya sakan ketempat lain,
kami boleh terlupakan janji yang nak pergi kerumahnya tuu….
Sibbaiklah, dia tak kecikhati….

Sejak kenal, ini kali ke2 ma berjumpanya diKL.

Ma mengenalinya ketika di Mekah tahun 2009 dimusim haji.
Hjj. Mahmudah satu2 rakan sebilik ma dan Che Bunga.

Kuasa Tuhan…, orang lain bersesak2  5 atau 6 orang sebilik.
Tapi ma dan Che Bunga hanya duduk 2 orang aje sebilik
walaupun katil ada 4 sebenarnya….
Dan diakhir2… ketika hampir nak berangkat ke Arafah
Mahmudah masuk kebilik kami... Jadilah ber3…

Walaupun cuma 2 minggu bersama tapi mesranya
macam adik beradik…..
Seminggu selepas balik semula ke Mekah dari Arafah…..
ma dan Che Bunga berangkat ke Madinah
sebelum pulang ke tanah air….

Bila balik ke Malaysia kami tak lupa bersms
bertanya khabar.

Biasanya…. bila ma dan Che Bunga ke KL
setiap kali nak berdating… dia dengan ikhlas
menetapkan nak ke lokasi mana…
JOM PRIOK SEDAP DELI…? Kami menurut ajeee…

Kalau jengah ke laman SD, dah tentulah
perihal menunya menjadi agenda utama….

Lama tak jumpa….. macam2 berita dan cerita
sampai tak cukup masa...

Teringat ketika di Mekah dulu,
dia asyik aje bercerita dan bercerita
Sampai tak sedar bilamasa ma dan Che Bunga ‘padam’.
Besoknya sambuuuung lagi…. Hahaha…

Wednesday, October 19, 2011

FASA PERTAMA YANA

YA ALLAH… dah lebih seminggu tak update, membuak2 tak tau nak update n3 yang
mana dulu ni….

Ma memilih Majlis Gradusi Yana untuk di update dulu, yerr…
Walaupun ada cerita yang ter’duhulu’… tapi ma  ‘frozen’kan dulu…
Sebab ma seronok dengan  majlis Graduasi Yana ni….

 

Sabtu 15hb Oktober 2011
Sehari sebelum ma menemani SD balik ke KL, 
Yana menjadi fokus utama ma.
Ma hadir Majlis Graduasinya yang diadakan di Dewan Sri Bariah,
SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu…

Bagi sesiapa yang sedia maklum,
Yana keluar dari Kolej MARA Kuala Nerang pada 2010
hanya selepas 10 hari dia disana.
~Ma tak ‘sudi’ buat n3 berkenaan kes ini kerana ma rasa kecewa sangat~

Yana meneruskan pengajiannya di Tingkatan 6, SMK Tengku Bariah.
Walaupun pada Disember tahun yang sama
dia dapat pula tawaran ke UITM Jengka,
tapi ma memujuk dia untuk meneruskan Tingkatan 6nya,
takut dia ‘lari’ sekali lagi dari Jengka pulak….

 

ALHAMDULILLAH… berkat usahanya,
dengan keputusan yang agak baik jugak dalam ujian akhir tahunnya
dia terpilih dan dapat jadi graduan Tingkatan 6 Atas disekolahnya.

~Tolonglah doakan sama yeeer,
untuk peperiksaan STPM  November ni nanti,
mudah2an keputusan Yana lebih baik lagi…. Amiiin~

Jom layan gambar2 yang ma  ambil…
tapi jangan digenyeh2 mata tu, sebab memang gambar2 ni blur
Maaflah kalau mata kalian sakit sikit….

 

DSC02766

DSC02767

~Yana ketika masuk kedalam dewan~

 

 

DSC02768

~Pengetua SMK Tengku Bariah Haji Muhammad B Abu Bakar mengiringi
Pengerusi Penyelaras DUN Ladang Datuk Hj Wan Hisham Wan Salleh.
Meresmikan majlis dan menyampaikan sijil kepada para graduan….~

 

 

DSC02769

~Bersama2 menyanyikan lagu NEGARAKU~

 

DSC02770

~Naim – salah seorang rakan study group Yana~

 

 

DSC02772

~Menuju ke pentas dewan~

 

 

DSC02773

~Selamat terima sijil dari Datuk Wan Hisham~

 

DSC02778

~Kenangan bersama rakan sekelas dan gurunya…~

 

 

DSC02779

~Dah selesai semuana,
barulah boleh bergambar dengan emak…~

Friday, October 7, 2011

THE VERSATILE BLOGGER

PERTAMANYA ma nak ucapkan terima kasih kepada AMIE kerana sudi
menganugerahkan ma award THE VERSATILE BLOGGER.

 

award 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nak cerita sikit…, orang  veteran yang gian baru  bermain blog macam ma ni…
sebenarnya tak tau apa pun kalau ada permainan award2 ni… 
Taunya menulis dan menulis ajelah nak lepas gian….
Jadi, agak terkejut jugak bila menerima pesanan Amie dalam komen Mutiara ma,
suruh ‘datang’ ambil award tu di ‘rumah’nya…

Hah? Dimana tu?  Terus klik kat profile AMIE…
‘Menetap di Lahad Datu, Sabah…? Nak suruh ma pergi ke Sabah amek award tu?’
Call SD…. masa tu dia dah tidur…. Suara pun moody ajeee….

~Hmmm… mane pulak … bukan rumah dialah, mak… Kat blog dialah …!~

Kalau tak kerana dia tengah tidur agaknya, boleh terguling dia ketawakan ma…
Hahaha… Smile

NAK terima award mesti ada dengan syaratnya…  Tau tak … apa syaratnya?!
Inilah syarat2nya yang ma kena selesaikan…

 

1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)

Hahaha…. berat jugak ni…, tapi takpe, kerana award ABPBH ni,
ma terima cabaran AMIE.
Al maklum… THE VERSATILE BLOGGER teeeew!!
Tapi nanti….. bila ma serahkan  award ni pada kalian pulak,
kenalah kalian selesaikan jugak, seperti apa yang dah ma lakukan, tau!

Syarat yang pertama dah selesai ma tunaikan.
Sekarang ma cuba tunaikan syarat yang kedua pulak….
Agak berat, tapi ma seronok dapat berkongsi cerita…

Insya Allah, ma cuba… Hehe… suka bebenor…!
Tapi sedap ke tidak ceritanya, harap2 suka ajelah yeeer…
Yang penting cerita yang nak ma kongsikan ini ikhlas, tidak meng-ada2….

 

PERKONGSIAN 1:

 

BENCI KAWAN LELAKI…..
KETIKA ma di sekolah rendah dulu, ma tak suka berkawan dengan budak2 lelaki,
walaupun kelas ma sentiasa bercampur dengan budak lelaki dari darjah 1 hingga
darjah 6. Kesnya cuma kerana budak2 lelaki suka mengejek2 dan menyakitkan
hati dengan menggelarkan menggelar ma "Jepun”
Sebenarnya ma tak taupun apa tu Jepun selain dari perang Jepun yang emak
~kini arwah~ selalu ceritakan…
Cuma kerana dia suatu ejekan, telinga ma jadi panas.
Tiap hari ma akan balik kerumah dengan menangis2 dan mengadu
pada emak.
Oleh kerana kami sekampung, memang emak ma pun kenal dengan budak tu,
dan kerana bosan dengan tangisan ‘anak bungsu’nya ni,
emak pergi berjumpalah dengan keluarga budak tu.
Puas mengadu… budak tu tetap menggelar jugak!
Akhirnya, cuma satu perkataan aja dari emak yang buat ma tak menangis lagi.
Tau apa kata emak?
”Kenapa nak marah sangat? Biarlah dia panggil Jepun! Jepun kan cantik?!”
Terrrus okey! Hahaha… perasannya aku…!

Yang tak syoknya… bila ma dah tak marah2 lagi, budak tu pun senyap. Sad smile

 

PERKONGSIAN 2


BUKAN MELAYU JATI….

KETIKA umur ma 34 tahun….  masa tu ma dah ada anak 4.
Sesuatu yang sangat mengejutkan ma, terjadi.
Selama umur ma… ma sedar keluarga kami tak ada keturuan Jawa atau Boyan.
~Biasanya warga Melayu Singapura, 90% darinya berketuruanan Jawa atau Boyan.
Kalau nak cari orang Melayu Singapura yang berketurunan Melayu Jati,
memang payah!~
Che’ Chik, nenek ma - perantau yang berasal dari Batas Baru, K.Terengganu.
Ayah ma berasal dari Kemaman.
Masing2 merantau ke Singapura, kerana bekerja dan berniaga.
Nenek tak ada anak dengan perkahwinannya yang terakhir.
Diambilnya 2 orang anak angkat Cina…. iaitu
arwah emak ma dan emak saudara ma, yang ma panggil Moksu.
Ketika umur ma 34 tahun itulah, rahsia ni terbongkar.
Diceritakan oleh kakak ke2 ma, Kak Peah.
Sebenarnya bagi Kak Peah, ini bukan rahsia…
sebab dia pun tak sangka ma tak tau asal usul ma…. Smile 

 

PERKONGSIAN 3:


PESANAN EMAK….

KERANA ma ni anak bungsu agaknya, hubungan emak dengan ma agak rapat.
Tapi bukan bermakna emak dengan kakak2 dan abang tak rapat, tau…!
Cuma, entah kenapa emak selalu berpesan itu ini pada ma.
Mungkin kot, kerana
ma ni selalu duduk bertepek @ berkepit dengan dia…
Agaknyalah tuu!

Bila ma dah tau emak anak angkat, dengan sendirinya, emak selalu
keluarkan perkataan…. “aku ni kan anak angkat….”
walaupun dia tak sebut dia anak Cina… tapi ma maklum.
Sepatutnya ma perasaan lebih awal lagi… tapi punyalah lurus bendulnya,
sampai tak terfikir.. kenapa kulit emak putih.., kenapa mata ma kecik….
Mata emak tak sepet, tapi kecik…. Hidung emak pulak mancung,
tak macam Cina dulu2…
Kerana berkulit putih, berhidung mancung, dan bermata kecik itulah
emak nampak cantik!
~Nak cerita…. Sehinggakan jenazahnya pun tetap cantik.., bersih sangat…,
walaupun usianya dah cecah 70 tahun ketika dia meninggal….
Sehinggakan setiap kali ma bermimpikannya…, dia dalam keadaan muda,
memakai kebaya….~

Dalam pesananannya dia beberapa kali memberitahu,
ayahnya telah membintikan dia dengan nama Ali (nama arwah datuk).
Kalau dia meninggal tolong betulkan bintinya dengan nama Abdullah.

Bila dia meninggal, nasib baik ma teringat dan bagitau pada abang.
Dan ketika mentalqinnya…, dia telah disebut dengan nama Tijah Binti Abdullah.

Rupanya… pesanan itu hanya dipesan pada ma seorang,
sedangkan adik beradik ma yang lain, tak pernahpun mendengar pesanan itu…..

Ma rasa bebanan yang digalas keatas bahu ma yang maha berat berthabit
mentalqinkannya telah selamat ma tunaikan.

CUMA YANG AGAK TERKILAN….
bila dia menyerahkan 3 helai kain batik lepasnya pada ma untuk
dibuat menutup jenazahnya, kalau sampai umur.., begitu pesannya….
tapi ma tertinggal dirumah dan lupa nak bawak ke rumah abang, 
Emak meninggal di Bukit Jelutung, Shah Alam.

Sedih melihat jenazahnya cuma ditutup dengan kain batik sarung yang
belum dijahit….
Mudah2an emak mengampunkan ….
Semua ni bukan saja kerana tak ingat tapi kerana
kekalutan mendengar berita kematiannya yang agak mengejutkan…..
Innalillaahi wa inna ilaihi raajiiuuun…!
Alfatihah untuk emak… TIJAH BINTI ABDULLAH. Amiiiin…

 

PERKONGSIAN 4:


HASRAT TAK SAMPAI

MASIH nak berkongsi lagi tentang perihal emak.

Ketika dia sedang sakit…. masa tu baru beberapa bulan dia jatuh strok…, dia ada bersungut
menyatakan, antara adik beradik ma yang ber5, cuma ma sorang aje yang belum jejak kaki
ke Tanah Suci.

Dia menyatakan hasrat nak sponsor ma. Sebenarnya ketika dia menunaikan haji tahun 80an
dulu pun dia ada bersuara nak bawak ma bersama.
Tapi mungkin tak cukup duit agaknya,
atau mungkin jugak ketika tu ma ada anak yang masih kecil..,
akhirnya dia pergi sendirian.
Pergi sendirian kerana adiknya menarik diri saat2 akhir.

Hasratnya nak sponsor ma buat umrah ketika dia sakit tu…
sebenarnya kalau boleh dia pun nak pergi sama.
Dek kerana dia yang sedang sakit…, mungkin dia ingin bermunajat didepan Kaabah.

Walaupun ma tidak mengatakan bersetuju atau tidak
tapi …, jika ditakdirkan dapat pergi, ma bersedia sebenarnya.
Bukan ma tak terbayang bagaimana kesulitan nak  menjaga dan
nak menguruskan dirinya ketika di Tanah Suci nanti,
tapi ma tak sanggup nak menolak.

Kuasa Tuhan… mungkin Allah lebih mengetahui kelemahan dan kekurangan ma…,
kakak sulung ma, membantah dengan alasan…
emak sangat perlukan duit dalam keadaannya ketika itu….
Mungkin betul…. betul sangat2. Keperluannya lebih kepada perubatan.
Apatah lagi emak sudah ke Tanah Suci 3 kali.
2 kali haji, dan sekali umrah. Cukuplah tuuu..

 

PERKONGSIAN 5:

UMRAH DULU SEBELUM HAJI…..

MENYEBUT tentang Tanah Suci…. tah kenapa… sejak muda lagi, ketika ma di sekolah
menengah… ustaz yang paling rapat dan sentiasa baik dengan kami, ialah
Ustaz Syed Abdillah Al Jufri.
Ustaz ni… kini almarhum, adalah bapa saudara kepada Ustazah Sh. Hayati
yang tak kurang popular di Malaysia ini.
Ma sangat2 tertarik dengan perawakan ustaz ni yang sentiasa tersenyum
(muka ahli jannahlah gitu kan…?! ~ Alfatihah untuk ustaz….)
dengan percakapannya yang mesra dan suaranya yang lembut… 
sama macam gaya suara Ustaz Usman Al-Ahmadi…

Sangat terkesan ketika dia mengajar bab2 Haji…
Dia berpesan, kalau pergi mengerjakan haji jangan sesekali pergi
untuk mendapatkan gelaran Haji…

Bermula dari situ juga tertanam semangat ma,
untuk mengerjakan haji dengan sempurna….
tersemat dalam fikiran…, nak buat umrah dulu
untuk mempermudahan ketika mengerjakan haji…
Dengan kata2 lain, pergi berkenal2an dululah maknanya….
Tapi duit yang ma menabung tidak mengizinkan
ma akan kandas untuk mengerjakan Haji jika ma gunakan untuk Umrah.
Maklum Umrah pun bukan kecik2 belanja….

Sebenarnya ma rasa kecewa juga bila hajat emak nak sponsor buat umrah tu, tak jadi…
Tapi kata orang…, kalau kita berhajat dengan Tuhan…, insya Allah Tuhan akan mendengar
dan memakbulkan….

Kerana ma nak sangat2 buat Umrah dulu sebelum Haji agaknya…
akhirnya Tuhan tunaikan jugak…. bila seorang sahabat baik ma
yang ma berkawan sejak dibangku sekolah di Singapura bernama Aisah
telah sponsor ma buat umrah dengan duit bonus pencennya pada Mei 2008.
Dan kerana keterujaan melihat Kaabah, pada tahun berikutnya November 2009 …
ma mohon untuk mengerjakan Haji …. Alhamdulillah…
Bersyukur sangat2….!

 

PERKONGSIAN 6:

SELERAKU…..

DAH banyak ma bercerita tapi jarang2 sekali ma memasukkan bab2 makanan
kegemaran ma dalam n3…
Kadang2 terasa jugak bila  buat n3 tentang jamuan atau majlis keramaian,
ma asyik lupa aje nak snap gambar juadah.
Mungkin… pertamanya ma tak kesahkan apa juadahnya.
Dan mungkin kedua… ma dah lapar sangat kot, sampai tak sempat2 nak snap pic!
Huh, buruk bebenor kelaku… Hihihi…..

Tapi yang sebenarnya…. yang pertama tulah, ma tak kesahkan apa juadahnya!

Sebenarnya selera ma mudah sangat2….
Ma tak cerewet tentang makan. Tapi ma sukakan masakan yang berempah.

Meh nak bisik… ~Off record~  Makanan kegemaran ma ialah KARIPAP!
Ma boleh makan karipap sampai kenyang.
Asal ada karipap ma tak kesah kalau takde nasi!
Tapi mesti karipap yang sedap tau!

Kalau di Singapura karipap Old Chang Kee yang harganya sebiji SGD 1.20
~lebih kurang RM2.70, saiznya besar sikit dari karipap biasa~
memang sedap betul! Kena betullah dengan selera dan kehendak ma!

Ada jugak kenangan dengan emak pasal karipap ni…
Kalau dia pesan ma suruh beli kueh untuk minum petang,
nanti dia akan menggeleng kepala bila ma bawak balik karipap kat rumah.
Dailognya..: ‘aku dah kata… kalau suruh kau beli kueh, tak ada lain lah…
mesti karipap…!’

~Patut pun sekarang ni awak jadi supplier karipap, Cik Kamariah!~ Hehe…

 

PERKONGSIAN 7:

KERJAYA…..

DARI segi kerjaya…, hai dah veteren gini masih tergamak sebut hal kerjaya ke?

Ketika remaja, ma yang minat dalam penulisan ni ada jugak dapat offer
dari BERITA HARIAN Singapura dulu, jadi wartawan.
Ma suka jadi wartawan, tapi yang tak sukanya bila kena keluar, kesana sini.
Reject.

Pernah jugak orang offer jadi wartawan hiburan pada sebuah majalah pop.
Siap dia berkempen lagi kononnya nanti dapat jumpa dan interviu
Jefrydin, Sanisah Huri… blablabla pop yeh2laaaah era tuuu…
Tapi bila ditanya berapa gajinya? $80….
Ketika tu dah hujung2 tahun 1970an… Gaji kerani ketika tu <200
Cukup tak agak2 $80?
Makan minum, tambang bas, blablabla…
Ah, tak pasal2 pulak Jefrydin dengan Sanisah Huri  kena belanja ma makan nanti…
Hehe Smile?

Pernah suatu ketika….
Seorang kenalan dari JB pelawa ma jadi ejen insuren. ~konsultan sebenarnya~
Kononnya kerana ma ni pandai bercakap, ada tarikan.
Komisennya pun hebat, berlanjutan sampai 6 tahun.
Dia sendiri dapat 20k sebulan. Pakai Merc lagi….
Apa lagi, ma pun setuju.

Amek periksa, pas pulak tu! 
Dapat lesen, jadilah jugak konsultan kononnya sekejap.
Umur masa tu?  Hehe.. off record!
Tapi bila jumpa orang aje, jadi kecik… semakin kecik, kecik…
Tak boleh jadi, apa halnya aku nak jadi penakut depan orang?
Kerja tu elok sebenarnya, tapi tak sesuai sangat2 dengan jiwa ma….
Nak menyakinkan orang, bercakap yang sedap2 semuanya..
Akibatnya kerja tak jalan, kes tak dapat, ma di terminatekan!
~Innalillah…. kerjaku yang gah itu….~

Akhirnya ma jadilah seperti apa yang ada pada hari ini…
Walaupun cuma peniaga IKS, tapi dibelakang tabir…
Orang tak kenal pun siapa ma…. tapi kerja inilah yang menyara ma dan anak2…

 

HUH ! Dah selesaipun bab penceritaan perkongsian ma.
’Aiman’ tak kesaaaah, suka aje bab bercerita niii….
Awak semua camane? Baca sampai habis tak?
Kalau tak sempat baca habis, buat macam bersiri…
sambung besok2 yeeer…!

Ma pun mungkin lama jugak ‘sadaikan’ entry ni, kot
Besok SD nak balik… dah tentu cucu2 yang 2 tu banyak cakapnya
nak melayanlah jugak sikit2…
Jawabnya tak jadi lagilah balik Singapura….
ZO, maafkan Kama yer…

Tak dapatlah, nak ber ‘hu hah’dengan kakak2 dan adik….!
~terkenang arwah suamiku. ‘Hu hah’ adalah istilahnya bila kami
adik beradik dapat berkumpul didepan ‘tv yang tengok tuan’!~

 

Okey, ma akan berikan award ini pulak kepada 15 blogger.
Inilah syarat2 yang sangat mencabar bagi ma.
Apa taknya kena linkkan ke bloger2 pilihan ma…
Nak kena belajar IT lagi niii….
Mira…. Maya…. mane korang????
Korang kena tolong niii…! Smile

 
Dah tentulah ma pilih blogger yang rajin dan sering jengah
ke blog ma…..
Harap2 mana yang ma pilih tu, respondlah yeeerr..!

 

Calon2nya ialah….
Mereka2 itu ialah……

1) SD

2)Dee

3)Rasp

4) Makcik Rehan

5) Wida

6) Wahida

7)Acik Erna

8) arel_121205

9) bila jemari menari

10)hani@debumelukut

11) WuMing

12)Greenjade

13) PCL

14) Kehidupanku

15) Yang terakhir ni, ma bukakan kepada sesiapa saje  yang
       mungkin ma terlepas pandang ada antara kalian yang sering
       berkunjung ke laman ma, samada secara langsung atau berselindung. 
      Jangan malu, jangan segan  award ini untuk ada jugak, tau!

DAN insya Allah, ma akan hubungi kalian yang tertera ini yeeer…!