Tuesday, November 1, 2011

SINOPSIS BADAI SEMALAM

MA ambil masa 3 hari jugak untuk menyudahkan
membaca novel Badai Semalam untuk refresh isi cerita
dan perwatakannya walaupun novel tu
cuma 198 muka surat ajee….

Kalau tak silap ini kali yang ke 9 ma membacanya sejak
remaja, setelah lebih kurang 30 tahun lebih meninggalkan
keseronokan dunia membaca novel….

Tengok apa yang terjadi pada novel ni….
Novel pun pandai merajuk….

 

DSC02821

~Sekali dibelek, sekali terlepas dari ikatannya.. Hehe…~

Badai Semalam mengesahkan Mazni anak gadis Cik Bibah,
bekas orang gaji yang menumpang tinggal dirumah keluarga
Cik Rohana dan Encik Haris…  bercita2 tinggi ingin melanjutkan
pelajaran hingga ke Universiti.

Keperitan hidup membuatkan Mazni terpaksa berhenti dari
tingkatan 6nya  dan mencari pekerjaan untuk menampung
kehidupan ibunya yang sedang sakit…. tapi tetap
meneruskan persekolahan disebelah malamnya.

Walaupun Mazni telah terpaut hati pada Zaki
penuntut bidang kedoktoran yang banyak membantunya
memberi semangat agar dia terus belajar…., 
tapi kerana terlalu menghormati
dan sering terikat dengan pesanan ibunya
bahawa ‘hidup mesti tau menghargai budi baik orang’,
menyebabkannya tidak berdaya menolak cinta dan lamaran Karim
anak bujang tuan rumah yang ditumpanginya itu,
seorang jurutera muda yang kehidupan asalnya sering berpoya2….
Cinta Zaki terpaksa diketepi……

Apatah lagi Karim berjanji tidak menghalang untuk dia terus belajar
bagi mencapai cita2nya ke Univesiti.

Perkahwinan mereka telah mendapat tentangan hebat
dan dihalang keras oleh Cik Rohana kerana darjat.

Apa kesudahan ceritanya….?
Agak2 bahagia tak Mazni dengan perkahwinannya itu?
Tercapai tak cita2nya untuk melanjutkan pelajaran?
Tentulah tak seronok kalau ma bercerita sampai kesudah
Kata SINOPSIS…. kan?!

~Terangkatnya kehebatan novel ini kerana ciri2 sastera moden
dengan gaya bahasa yang lancar dan mesra
membangkitkan seorang gadis Melayu  yang
bersemangat dan bercita2 tinggi.~ 

Bagi sesiapa yang berpeluang menyaksikan teater Badai Semalam nanti
yang bakal dipersembahkan di Istana Budaya mulai 11 November ini…,
mudah2an seronok hendaknya...

Untuk diri ma, tak beranilah nak janji boleh menyaksikannya atau tidak….
Apapun perkara pertama yang menjadi soal
Bagaimanakah  Erra Fazira yang berusia 37 tahun ini
dimekapkan menjadi Mazni yang usianya 18 tahun (usia pelajar tingakatan 6)
seperti perwatakannya didalam novel tersebut….

10 comments:

Ros said...

Salam Kamariah,

Memang seronok baca novel ni ,Kak Ros pun dah lama tak baca novel..kadang kadang tumpang jugak baca buku vovel anak anak bila depa balek cuti..

wida said...

sape pulak yg jadi karim dan zaki yer?

erra tu jd nenek tua (dlm filem hingga hujung nyawa) pon boleh..ni budak sekolah pon mesti boleh.dia kan serba boleh.
tapi kalau tiz zakiah yg jadi mazni tu..mesti lagi best, hehe

sW33tdARLiNG said...

boleh jer datang sini hujubng minggu... teater ni tayang 2 minggu kot...

MulutPayau said...

seronoknya kalau dapat tengok teater tu...

Zaitun said...

Semalam anak baru aje cal mengajak saya pergi menonton, insyaAllah jika tak ada aral melintang.

attyfir said...

penah baca sekali dulu..tp lama dah

Dee said...

dia xyah kelihatan muda sgt ma..sebab org mcm dee akan tonton teater tp duduk di seat belakang skali..seat paling murah..hahaha..

Ms G said...

Erra memang sesuai memegang watak Mazni. Ternyata dia serba boleh selepas dia berlakon Cinta Kolestrol and Hingga hujung nyawa! Mantap. Can't wait to watch the theatre. Karim kalau tak silap Aaron Aziz.

Anonymous said...

sampai 200 lebih ms

Anonymous said...

akak..boleh jual novel badai semalam tu pada saya tak?? tolong hubungi saya, noor : 012-2466812..Saya teringin nak dapatkan novel ni