Tuesday, May 3, 2011

DEMI ALLAH.. TAK SUKA SANGAT2…

TAPI kenapa ia berlaku?

KETIKA bas yang ma naiki dari Melaka
sampai di Wakaf Tapai ~kira2 setengah jam aje lagi
akan sampai dilokasi perhentiannya,
ma menerima kol dari Yana menyatakan dia diganggu.

Dia diganggu kerana dia minta kereta jiran yang selalu blok
dibelakang kereta kami mengalihkan keretanya,
kerana dia akan menjemput ma balik.

Tapi cerdiknya anak2 jiran ma tu…
si A yang tua setahun dari SD (Maya),
telah menjerit2kan Yana dengan
ejekan dan panggilan ‘anak raja’ nak lalu…

~Sebenarnya inilah ‘hasil’nya dari ketegasan Hakim
anak sulong ma yang selama ni
bersabar dengan telatah jiran kami
Klik DISINI dan DISINI
memohon agar mereka
tidak lagi meletakkan kereta mereka
di tepi rumah ma.
Hakim dikatakan bercakap kasar dan sombong.

Dah hampir 3 tahun meletak kereta ditepi rumah ma
~selepas kemasukan menantu baru si B
yang pakai kereta baru~
tak kira siang dan malam
~paling sakit hati apabila kita nak keluar
si B ni @ isterinya sekalipun
dengan sengaja melambat2kan
macam lagak kura2 nak mengalih keretanya~
sekarang ni baru nampak kami sombong yeee?!~

Anak lelaki bungsunya yang berusia 20an J,
juga telah mengungut untuk ajak ber’gomo’ ~@ bergasak~
dengan Yana
menakala menantu lelakinya yang berusia lewat 30an L,
mengugut untuk menampar Yana
kerana Yana dikatakan
menjawab ejekan isterinya A….

~Subhanallah… Semangat ma terus melayang!~                                         

~Yana yang ketika itu kesorangan kerana ketiadaan ma
(perjalanan balik dari Melaka)
menakala Hakim ke Kuantan… kerumah keluarga mertua
dan Mira ke jemputan pertunangan kawan baiknya…..~

Dengan perasaan takut berlaku sesuatu
untuk mempertahankan dirinya,
Yana  turun dengan memegang
sebilah pisau ditangannya
menuju ke kereta untuk menjemput ma balik di lokasi bas.

J ‘bujang tak bertamadun’ itu
dengan pantasnya telah snap gambar Yana…!

Apa tujuannya?
Biasalah,
tujuannya dah semestinya
untuk memusing cerita sebenar!

Bila mendengar keadaan begitu,
ma tak terus balik ke rumah
sebaliknya ma terus ajak Yana ke balai
demi melindungi anak2 ma dari diugut atau diapa2kan.   
Apatah lagi sememangnya ma ni selalu meninggalkan rumah…

~5hb-7hb mei ni… ma terpaksa ke Besut pulak kerana tugasan
dan malamnya jika sempat balik awal, ma akan terus ke JB
untuk hadir di majlis perkahwinan anak saudara ma.~

Anak sulong ma si Hakim telah menghubungi
jiran ma di talipon untuk mengetahui kejadian sebenar,
tapi telah dimarah dengan berbagai kata2 ‘jahat’ menakala
dihujung taliannya terdengar ejekan dan di’hu hu’kan si A 
siap mencabar suruh Hakim balik
kalau betul dia ada ……. ~faham2 sendirilah.~

Anak ketiga ma si Hizaq yang di Paka,
baru aje balik dari kerja
bergegas balik ke K.Trg untuk melindungi
bimbang kalau2 adiknya diapa2kan.
~ Sebenarnya kalau ma ada di rumah,
rasanya mereka takkan seberani itu…
Kerana dia tau, Yana tinggal sendirian
dan mereka tu kebetulannya ramai
kerana serentak bercuti 1 mei!~

Apa yang terjadi sebenarnya ialah kerana salah faham dari
-anak2 menantu yang baru menjadi anggota rumah
-anak2 yang membesar,  tidak diberi kefahaman ‘sejarah’
-dan mungkin juga tanaman PHD
(Perasaan Hasad Dengki) dari naluri semula jadi…

Dari sms yang dihantar pada Hakim berbunyi… ~dalam loghat T’ganu~ 
"Mu jahat… ingat orang tak tahu… mu sekeluarga tukar pelan lain.
Jangan nak berlagak bodo.."

Alhamdulillah… dengan sms ni, sohehlah segala telahan ma
bahawa mereka sentiasa mencari pasal dengan kami kerana
menyangka hak mereka pada tanah sekangkang kera ni!…

Alangkah bodohnya
Kata orang, kalaupun nak menuduh 
biarlah berilmu…. Biar kena dengan prosedurnya…

Untuk info
tanah yang mereka diami itu…
dan tanah yang kami diami ini…
adalah tanah milik syarikat
dengan satu geran
5 pemilik @ penama
Tak mungkin dapat diapa2kan sewenang2nya
TANPA TANDA TANGAN KAMI BERLIMA!
ada faham?

~tak sekolah punya olang!~

Apa yang ma lakukan selepas beberapa bulan kematian suami
ma telah mengangkat tarikah
sebagaimana yang dituntut agama
menukar penama tanah ini dari nama arwah suami
kepada nama kesemua anak2 ma.
Itu aje…
Tidak kena mengena dengan menukar pelan
sebagaimana yang didakwa!

Hasil dari aduan ma, polis telah meminta
anak jiran ma yang mengugut untuk bergomo tu,
datang kebalai.
Amboi maaaak… dahlah tunggu lebih setengah jam
polis panggil sorang aje,
tapi sekaliiii yang datang, 4 orang!
Jantan2 semuanya
~tapi jantan pra matanglah!~

Siap menceritakan tentang pisau ditangan Yana
kepada Koperal tersebut
Betul tak tekaan ma???

Tak kesah…!
Sebelum dia cerita, ma dah cerita dulu!

Polis syorkan kami pagar jee untuk selesai masaalah..
~sebenarnya rumah ma memang pun dah berpagar!~
Tapi tau tak?
Rumah kami separuh berpagar separuh tidak
pernah tak tengok rumah berpagar separuh?
kalau ada puuuun…
… satu dalam seribu sebenarnyaa….!


Kerana arwah suami seorang yang prihatin
pagar kami terhenti sampai dihadapan rumahnya
tujuan suami kerana nak memberi laluan padanya
Ingat tu, LALUAN sahaja tau!
disebelah luar pagar tu pun
sebenarnya masih ada 3 kaki lagi luasnya
untuk pejalan kaki atau bermotor

Sekarang pandai2 pulak kata kita menukar pelan
dahlah gitu….
sokong  pulak cadangan polis
suruh kita pagar semua!

Bagi ma dah cukuplah apa yang arwah suami tetapkan
tak berniat pun sampai nak menutup jalan
biarlah pahala memberi laluan itu berterusan
dari arwah tok mertua,
arwah suami
dan seterusnya pada kami anak beranak…
kerana memberi jalan @ laluan ini
pahalanya tak bersempadan!

Awak2  yang syok sangat mencabar
nak suruh kami pagar semua tu
dah fikir panjang ke?
Tak terbayang ke,
kalau kami pagar semua nanti
nak buka pintu sendiri pun tak lepas!? 
Kan ke laluan korang tu
cuma lepas cucuran atap ajeeee!?

Jadi
fikir2kan
dan selamat beramal!

9 comments:

sW33tdARLiNG said...

pacak besi jer kat sepanjang sempadan... tak payah buat pagar...

Zaitun said...

Salam

Susah kan ma kalau ada jiran yang tak bertamadun.kak Zai pun ada sorang betul2 tak ada otak blok jalan kami dengan kereta sebab semua anak walaupun dah kahwin tinggal serumah.Bergaduh dibuatnya sampai anak dia nak pukul hubby,sampai sekarang tak tegur sapa.

Ahmad Loqman said...

buat aje pagar ucu.. biar dia tak boleh park kereta dia di sana... kesian sunggug si Yana kena buat gini.. geram bila kita membaca cerita ni.

rasp said...

susah bila ada jiran gini ma...
ntah apa yg dikejarnya...
balik2 akan menyusahkan diri sendiri...
tapi tu lah, tak fikir panjang....

Kamariah Awang said...

SD @: Mak terfikir juga nak pacak tiang gitu... tapi bimbang kalau2 orang menumpang lalu malam2 terlanggar tiang, tak pasal2 masuk hospital...

Zaiton @: Sebenarnya ma memang mengelak sangat2 kejadian gini.. tapi apa nak buat perbuatannya mencabar sangat kesabaran kita...

Ahmad Loqman @: Dia berani masa kitorang tak ada aje, Man Kalau dengan Hakim, tak berani nak angkat muka... Masa Hakim sampai dari Kuantan tu aje, dia duk senyap dalam rumah, padahal dia juga cabar
Hakim balik.

Rasp @: Sebenarnya Rasp, sifat manusia gini dinamakan tamak... Tapi dia tak tau yang dia tamakkan tu hak orang!

Yatie said...

susah kalau ada jiran macam ni.. patutnya kena ada sikap tolong menolong, saling memahami dan bertoleransi ...baru aman damai..

Dee said...

susah betul kalo dpt jiran yg mcm ni ye..jiran ada sangkut paut ke ma?

Kamariah Awang said...

Yatie @: Kalau dapat jiran yang bertolaransi, dah tentu bahagianya hidup ni kan, Yatie...

Dee @: Amboi mak, rindunya ma pada Dee... Ihik... Sebenarnya adalah sikit2 pertalian kot, tapi ma tak pasti salasilah. Kena sebelah tok mertua.

Mak Izz said...

astaghfirullah.. ada juga jiran macam ni ye? x sangka. takut pn ader (sbb x pernah berhadapan lg) utk ma, tabahlah menghadapi dugaan. cmne nk ajar jejiran PHD ni ye?