SEMALAM sempat juga ziarah Taman Shah Bandar di bandar Kuala Terengganu bagi melihat lebih dekat JOM HEBOH.
Setelah 9 tahun… dari zaman Datuk Yeh (Idris Jusoh) sampai ke era Datuk Mat Saik (Ahmad Said) akhirnya JOM HEBOH dapat juga tembus ke Terengganu.
Masya Allah…. punyalah ramainya orang….!
~Kalaulah yang ramai2 ni semuanya penyokong Barisan Nasional, nampaknya menang hebatlah Parlimen K.Trg pada PRU 13 nanti! Hihihi..~
Ma katakan begini kerana dah ada tuduhan2 liar di FB mengatakan hanya orang2 BN saja yang sukakan temasya…
Apapun alhamdulillah… ketika ma nak solat maghrib di sebuah surau yang berhampiran, orang ramai berasak2 bagaikan nak pecah surau yang sederhana besar tu dek kerana terjahan mereka2 nak tumpang bersolat!
~Temasya…. temasya jugak, namun kewajiban pada Allah jangan dilupakan!~
Jalan sesak dari Bulatan Ladang, terus ke Tanjung. Kereta yang dipandu oleh Che Bunga ~ sememangnya kalau tidak kerana kesanggupan Che Bunga, ma tak kuasa ke tempat2 begini~
Sepatah kata orang2 Singapura ~memang jem rabak!~!
Sekatan jalan disana sini, dan kami terpaksa berpatah balik lebih kurang 1 km, untuk mendapatkan parking.
~Ambik kau! Padan muka, nak sangat! Hehehe….~
4 comments:
ma jumpa sape gi jom heboh tu?
mana gambar artis...?? hehehe
Tak jumpa sorang... tapi jumpa sana sini orang orang orang... Hihihi...
ma...sekali pun dee x penah jejak JOM HEBOH..walau di KL leh naik lrt je..huhuhu..x sanggup..
Post a Comment