BILA tibanya musim buah, tak sah rasanya kalau kita tak sebut perihal durian.
Ma minat juga dengan raja buah ni, tapi bukanlah peminat tegar. Tapi kalau dah mula mengadapnya, memang susah nak berhenti. Jadi, jangan cuba2 pelawa kalau sekadar ala kadar…
Pernah semasa muda2 dulu… ada seorang kawan mempelawa ma bersama suami dan 3 anak (masa tu), makan durian dikebun katanya... Tapi bila tiba di rumahnya, ayahnya cuma bawak keluar 2 biji dan makan di anjung rumahnya.
Akibatnya… sebelum balik, kami terpaksa mencarinya dipasar kerana tak puas makan dikebun!
Masaalah ma dengan durian…. ialah ketika mengopeknya… (kalau ada orang Terengganu membaca entry ni, jangan tergelak!) Maksud ma ketika nak mengeluarkan isinya…. Ma takut betul dengan duri2 tu… Tak pandai langsung nak memegangnya!
Ma ada mengadu hal pada arwah mak, kalau ditakdirkan suami mati dulu, mungkin ma tak merasalah makan durian lagi. Sebab tak pandai kopek! Arwah mak cuma tergelak…
Tapi alhamdulillah… anggapan ma ternyata meleset!
Selepas ketiadaan arwah suami, tiap2 tahun aktiviti makan durian berjalan dengan hebatnya….
Tahun lepas si Mira dan Mat sambut bufday ma dengan menghadiahkan ma parti makan durian! Siap melayan mengopek lagi si Mat…!
Tahun ni, baru semalam… anak sulong ma si Hakim… menjamu durian di rumah. Ma nampak cucu ma si Khairunnisa, 6 tahun… makan dengan seleranya. Dia memasukkan dengan biji2nya sekali kedalam mulut. Kerana giginya rongak didepan, buat dia begitu senang memasukkan dan mengeluarkannya berkali2 sebelum isinya licin dikulum.
Ma jadi ngeri dan menegur…. Takut tercekek biji…
Sebenarnya masa ma kecik2 dulu ma pernah tercekek biji durian. Ketika sedang sedap makan, ma dan arwah emak berseloroh macam tak pandai nak berhenti!
Tiba2 ma tersedut biji durian tu, terus tersengkang dalam mulut. Ma dah tak boleh bercakap apa, cuma menunjuk2 mulut ma pada emak. Hahaha…
Secepat kilat, arwah mak pun tepok belakang ma dengan kuatnya. Maka tersemburlah biji durian bertuah tu. Senyap sekejap bila dah dapat nyawa balik. Kalau tidak, mungkin dah arwahlah ma agaknya…. Tak adalah hakim, maya, hizaq, mira dan yana…! Hahaha….
Kalau ada yang ketawakan ma semasa membaca entry ni, baik istighfar banyak2…. Kahkahkah…
2 comments:
oooo patutlah mak suka cari durian biji kelepet (biji cacat yang seco'et ataupun langsung takde biji)...
baru tauuuu rupanya...?
indahnya blogging ni, dapat tahu kisah mak kecik2.. hahahaha
ma..smpi skrg dee tengok anak2 mkn buah durian atau rambutan..takut tercekik biji..sbb arwah sepupu meninggal tercekik biji mangga..
Post a Comment