Sunday, July 11, 2010

12.7

SEBENARNYA dah  siap pun  entry yang ma janjikan… Janji nak cerita hal balik kampong kan?

Tiba2 teringat hari ni 11 haribulan. Besok 12 haribulan… 12 hb Julai…  12.7…!

7 lagi….?

Ya.. terpaksa cakap juga. 7 lagi…. 12.7 adalah tarikh lahir ma… Happy Birthday to me….! Janggalnya orang ucap gitu kan? Biasa2kanlaah, okey…! Tak salah, tak dosa puun… Hehehe…

Yang ke berapa agaknya? Tak mainlah rahsia2…. Merahsiakan pun bukan dapat mengubah nasib kita. Silap2 menyuruh orang meneka, ditekanya umur kita 70… ! Tak rela rasanya.. Kikiki…

Happy Birthday to me…! Yang ke 5…

7 lagi!

Seperti komen anak2 ma dalam entry yang lepas..

Dee:  katanya dia pun suka no 7. Norasikin pulak  kata: Pasti ada hikmah no 7 suatu hari nanti…. Insya Allah….!

Sebenarnya…, ma tak kesah sangat tang menyambut hari lahir ni. Tapi kalau tiba masanya mesti ma ingat… Anak2 ma pun, alhamdulillah  ingat sangat tarikh lahir ma… Iyelah tuu… Terima kasih…!

Apa yang penting… kesihatan. Alhamdulillah, ma diberi Allah kesihatan yang sangat baik. Di usia yang hampir meniti usia emas ni, ma masih boleh bergerak kesana kemari…,  dan ma tidak mengidap apa2 pun penyakit. Syukuuuur…!

Mudah2an Allah s.w.t. terus memberi ma kesihatan, kerana kesihatan adalah kunci kebahagian!

2 comments:

Dee said...

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan ma kamariah..
Allah selamatkan kamu..

teng..teng..teng..selamat menyambut ulangtahun yg ke 57 ma..

moga berbahagia selalu..

sWeEtDaRLinG said...

selamat harijadi maaak...! (ucapan yang ke-?)

tunggu surprise malam ni yaaa!