Wednesday, July 14, 2010

KEMBANGNYA HATIKUUUU

Assalamualaikum…!

Projek tertunda lagi… Biasalah kan! Kata orang seelok-eloknya setiap isu itu biarlah sesuai  mengikut masa dan tarikhnya…

Maksud ma… Ma ada satu lagi entri hal ma balik kampung, tapi asyik tertunda2 aje….  Tertunda disebabkan isu2 semasa yang perlu didulukan…

12hb kan bufday ma… Tak sangka pulak  budak2 kat rumah ni buat plan nak sambut birthday ma...  Nak suruh ma merasa jadi ‘birthday girl’laa tuuu….! Hehehe…  Sebut ‘bityhday girl’ si Mira berdekah2 ketawa… Hahaha….

Mula2 tu dia sebok suruh ma buat Mee Siam Singapura, katanya teringin nak makan Mee Siam. Ma pulak teringin nak makan Mee Hong Kong. Disebabkan udang, daging dan sotong dan siap tersedia didalam peti ais, jadi komfem ma buat Mee Hongkong ajelah.

Hajat dihati memang nak ajak  Che Bunga, tapi takut pulak dia sedar  birthday ma,  nanti… dia mula nak beli2 hadiah… ah menyusahkan dia aje…

Kebetulan pulak seorang kawan dari JB datang ke KT, kol nak jumpa. Jadi, ma jemput dia datang sekali dirumah ma pada 12hb tu, selepas isyak…. 

Ma bagitau pada  Che Bunga, Cik Zaiton dari MAA Johor nak jumpa. Maka datanglah Che Bunga atas sebab nak jumpa Cik Zaiton…! Okey tak?

Si Myra dengan Mat beli kek….Aduh bukan main lagi. Ma rasa budak2 ni dah ‘insaf’ kot! Kikiki…!

DSC04225

Ma bukan penggemar kek, tapi ma suka betul kek ni. Sedap betul rasanya! 

DSC04230

DSC04229Si Mira menumpang glamour!

Si Bungsu Yana yang tak bekerja tu pun bagi hadiah jugak. Patutlah dia pinjam duit ma RM10!

Nak tengok apa hadiahnya? 

DSC01219Sorry pic tak jelas. Brooch berwarna pink, berbentok dolphin.. Berkenan ma…. 

DSC01221Haa …. yang ni hadiah dari SD. Warranty setahun tau! Cantik kan?

DSC04224Menu utama ma… Mee Hong Kong. Sedia untuk anak2, tak sangka jadi rezeki orang jauh. Asalkan ikhlas, jadilah yerk!? 

  DSC04242

Yang berbaju putih itulah Cik Zaiton… Che Bunga.. dan yang lain2 tu anak2 cucu2 dan anak angkat ma.

Zaiton Nawawi… Kalau  dalam MAA Assurance namanya memang tak asing lagi… Sebagai ejen insuren pendapatannya melebihi RM2o,ooo. Datangnya berjumpa ma pun, nak memujuk merayu nak minta ma buat insuren semula... Hehehe… Lemah lesu rasanya….  Memang ma tak boleh buat insuren ni…  Memang ma  tak ada rezeki pun dalam insuren ni. Lagi pun ma dah kena terminate sebab tak buat kes....!

Dan lagi  tabiat ma,  bila dah tinggalkan sesuatu bidang tu, payah rasanya nak menoleh kebelakang semula… Berkawan ajelah kita ni yee, Cik Zaiton…!

Kepada anak2 ma dan Mat… Che Bunga, Cik Zaiton dan suaminya.. ma ucap terima kasih kerana memberi ma peluang berkongsi kegembiraan ma pada malam itu.

Dan kepada semua yang ramai mengucapkan ucap selamat pada ma didalam facebook…. terima kasih, sayang…. Ma mohon agar Allah s.w.t. mendengar akan doa2 kalian untuk ma dan memakbulkan doa2 kalian itu dalam masa terdekat ni… Amiin…..

3 comments:

Dee said...

gembira kan rasa bila anak2 ingat birthday kita..n disambut bersama teman2 rapat..walaupun simple..tp hati ma mesti berbunga-bunga kan..

selamat hari lahir ma..muah..muah..

sWeEtDaRLinG said...

TERbekenan sendiri ngan jam tuu... rasa nak beli laa tuk diri sendiri satu....

tunggu bulan depan dapat duit lagi... atau next nuffnang punya duit..

Qaseh said...

Ma happy belated birthday maaf lambat ucap...sy doakan semoga ma sentiasa sihat dan ceria bersama2 dgn anak2 yg tersayang