Assalamualaikum w.b.t….
Untuk makluman… sekadar ingat dan mengingatkan….!
Malam Nisfu Sya’ban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb. Julai 2010) malam Selasa (sebaik saja masuk maghrib)… dimana bermulanya 15 Sya’aban 1431H.
Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya’aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat…..
Rakaat 1: baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2: baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Magrib (15 Sya’aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama: Mohon dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah.
ii) Selepas Yasin kedua: Mohon rezeki yang halal untuk beribadah kepada Allah.
iii) Selepas Yasin yang ketiga: mohon ditetapkan iman dalam Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat untuk kehidupan dunia dan akhirat.
Kemudian baca istighfar 11x & salawat 11x. Baca doa Nisfu Sya’aban (terdapat didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah Al-Ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya.
Abul Khair Al-Talazaani r.a. mengira2 nama2 malam Nisfu Sya’aban sebanyak 22….
Antaranya yang termasyhur adalah:
1. Malam yang dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10.Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya’aban: Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman pada Nabi AllahYusof di dalam syurga.
Sekian, sedikit perkongsian…….
4 comments:
tq mama berkongsi info... mudah2an amalan kite diberkati oleh-Nya.. insyaallah...... :)
t.kaseh untuk info nie..
bgus utk rujukn..
salam nisfu syaaban ye ma..
salam pagi syaaban angah singgah sini tukar link jom kalau rajin kita tukar2 link
i follow uuu
Post a Comment