Maaflah kalau pagi2 Jumaat yang mulia ni ma mulakan dengan bersayu2. Dah veteren gitulah. Bila sebut hal kematian, tetiba terfikirkan hal diri. Segala angan2 terhenti seketika dibuatnya. Terlupa selagi ada nyawa, hidup harus diteruskan!
Begitulah perasaan ma bila perginya seorang rakan baik.. Boleh dikatakan teman yang boleh diajak kesana kemari. Seronoknya berkawan dengan dia, dia tahan bergurau. Puas kami mengusik, dan akhirnya pecah berderai ketawa. Dia tak pernah marah pun!
Tapi kuasa Tuhan… diberinya penyakit darah tinggi pada orang yang penyabar ni… Selalu dia sebut kepalanya sakit. Bila ditanya dah makan obat? Dah katanya. Ma pun satu hal tak pernah tanya dah pergi check up?
Tak sangkalah sebenarnya dia tak pernah check up! Kalau katanya dah makan obat, dia hanya makan paracetamol! Rupa2nya…!
Ah.. panjang lebar pulak mukadimah ma.. Apa yang ma nak lahirkan dalam entry ma kali ni ialah… Akibat kesedihan ma atas pemerigan seorang rakan baik, terciptanya sebuah puisi.
Sebenarnya dunia ma dalam penulisan puisi ni agak pelik sikit. Ma takkan dapat melahirkannya kalau sesuatu peristiwa itu tidak meruntun hati sanubari ma. Sebab itulah kalau didalam sesuatu majlis umpamanya, kalau ada kawan2 yang meminta ma menulis secara spontan untuk memeriahkan majlis, jawab nya TIDAK.
Puisi ma sederhana.. Tidak simbolik dan tidaklah sepuitis mana … Bukan mengada2 nak merendah diri… Memang betul, ma sendiri kurang bijak memahami puisi yang terlalu puitis.
Besok aje yeer …. Tak kesah mane kamariah…! Hehehe
1 comment:
wow..ma kena dpt ilham baru leh berpuisi ye..rasanya ramai yg mcm tu...
moga roh kwn Ma ditempatkan bersama2 org yg beriman..amin..
Post a Comment