Friday, January 29, 2010

TERUJA DALAM IBADAH

DSC00853

Pemandangan dari tingkat 3, Mesjidil Haram. Indahnya…!

SIAPALAH yang tak teruja..?

Sebenarnya ma tidaklah keseorangan di Kota Suci Mekah Al-Mukarramah itu. Selain dari sahabat baik ma Che Bunga yang diundang Allah untuk menemani ma, kakak ma suami isteri dan adik ma juga menerima undangan. Mereka menerima panggilan dalam masa yang terlalu singkat, hanya beberapa hari sebelum berangkat….

Apapun disegi fizikal dan mental mereka sudah bersedia…

DSC00041 Ani (adik) dan Kak Peah (kakak)

DSC00844 Kak Peah dan suaminya Abang Bakar

DSC00837

Sempat juga memberi makan pada burung-burung yang ramai ini. Ma membelinya atas nama menantu ma si Lan yang memesan. Sempat jugalah ma mendoakan agar rezekinya bertambah….

Tapi burung-burung itu nampaknya kekenyangan dengan tembolok yang besar dan bulat. Apa taknya, padi yang dicampakkan tak habis dimakan… sehingga tukang sapu jalan terpaksa menyapu dan membuangnya. Tapi ma ada juga ternampak orang awam mengautnya, tak pastilah pulak dijual semula atau untuk apa…..

DSC00856

Pemandangan senja menara Mesjidil Haram dari tingkat 3. Cantik sekali!

Jemaah sedang berasak-asak mencari tempat, Beginilah keadaannya. Kalau lambat susah nak dapat saf!

DSC00860

Sempat berkenalan dengan jemaah warga Indonesia, Wati bermastautin di Jakarta.

DSC00862

Dan ibunya Kakak Manek dari Surabaya. Kedua beranak ini sangat baik dan ikhlas… Kami telah memperpanjangkan persahabatan dengan berbalas- balas sms. Alhamdulillah….

DSC00834

Ini Nani, juga dari Jakarta. Menurut katanya dia seorang pengusaha butik. Tapi terputus hubungan kerana kedua-dua nombor telepon yang ditulisnya sendiri kurang 1 digit. Kenapa begituu, dong…. ?

DSC00892

Di pejabat RAYHAR… Dikanan tu Ustaz Majid orang kuat Rayhar. (Duapupu ma. Kami memanggilnya Pok Ya… Orang Kemaman.)…. Terima kasih, kerana membuka pintu untuk kami. “Bila-bila pun kalau rasa nak makan selera Malaysia, marilah sini!” begitulah pelawanya.

Hah, apa lagi…! Dapatlah melepas rindu masakan pedas-pedas selera Malaysia.


No comments: