Friday, January 22, 2010

SELIPAR KETIGA

SDC13686

Selipar putih ni ma beli ketika di Mekah. Harganya baru SR10 SEPASANG. Tapi ketahanannya, sampai sekarang masih ma gunakan untuk kemana-mana. (Maklumlah taste ma taklah tinggi macam sesetengah orang. Ma pun tak berapa kesah kalau orang ada taste tinggi berkawan dengan ma. Ma tak mudah terpengaruh dan ma tak boleh dipengaruhi untuk ikut rentak orang. Insya Allah, ma cuba sesuaikan diri seadanya).

Kalau nak tau, selipar ni adalah selipar ketiga ma gunakan di Mekah. Dari Malaysia ma memakai sepasang kasut yang dihadiahkan oleh kakak ma yang tinggal di Singapura.

Kakak ma yang sorang ni memang taste tinggi. Tengoklah… kasut ni…

SDC13687

Scholl tuu… Taste kakak ma laa niii…

Sebenarnya ma beli selipar puih tu pun bukan sengaja suka-suka. Kalau tak kerana selipar kesayangan ma yang ma bawa dari Malaysia tu hilang, mungkin ma tak beli pun yang lain.

Selipar tu hilang ketika ma meninggalkannya ditepi dinding dalam mesjid untuk tawaf.

Biasanya kalau masuk kedalam mesjid, kita akan memasukkan selipar kita ke dalam beg selipar, dan membawanya bersama, bagi memudahkan kita untuk keluar jika kita berpindah kesudut-sudut lain. Tetapi kalau kita nak tawaf, seelok-eloknya janganlah dibawa selipar itu bersama. Dikhuatiri selipar itu terkena najis.

Ma pun tinggalkan di sudut dinding. Bukan selipar ma dan Che Bunga saja yang ada disitu, pendeknya banyak pasang jugalah…

Selesai tawaf, selesai saie, dah tentulah kami berdua kepenatan... Nak balik ke hotel pulak ni… 800 meter lagi ni…

Tengok-tengok beg selipar kami tak ada. Tunggu juga lebih kurang 20 minit, kalau-kalau ada orang tersalah ambil memulangkannya semula, sebab ada satu lagi beg yang serupa... Tup-tup ada tuannya yang datang ambil...!

Apa lagi? Nak tunggu apa lagi? Balik jalan dengan setokinlaaa..

Sampai dikedai, bila dengar harga selipar cuma SR10, oklaa cepat-cepatlah ma setuju nak beli. Tapi si Arab tu kata SR10 tu untuk SEBELAH aje!

Kalau sepasang SR20. Laa hai kelakar juga dengar, ada ke harga selipar main sebelah-sebelah pulak? Tapi tak jadi ketawa! Sebab tengah penat! Tak sampai hati nak gelakkan diri sendiri kena main dengan Pak Arab ni…

Mana ada orang jual kasut atau selipar sebelah-sebelah? Oklah terimalah hakikat Pak Arab gurau…

……….Teringat dalam hati…..

Itulah… Masa seorang kenalan berpangkat To’ Puan (kalau orang KL panggil Datin) datang ziarah ma sebelum ma berangkat… Dia menceritakan suaminya (bergelar Dato’) balik berkaki ayam dari mesjid ke hotel kerana tak jumpa kasutnya. Dalam hati nakal ni, rasa nak tergelak sangat-sangat…

Kahkahkah… Kan Tuhan dah balas kau kamariah!

Selipar yang baru ma beli dengan harga SR10 SEB ELAH (dah tentu ma tak beli sebelah!) pun hilang selepas beberapa hari ma gunakan. Hilangnya pun masa ma pergi tawaf jugak!

Kali ni ma dan Che Bunga hati-hati. Hilang yang pertama mungkin disebabkan kami tak berdisiplin. Beg kasut main campak-campak sembarangan aje di ceruk dinding mesjid. Kali ini, tengok betul- betul, rak-rak no 14. Ingat tu, 14, 14,14…

Selesai tawaf, selesai saie, tengok-tengok… hilang lagi! Kali ini bukan selipar kami dua pasang ni aje hilang, tapi dengan rak-raknya sekali tak ada!

Hai kamariah… Tuhan balas bukan sekali, tapi dua kali kamariah...! Tulaa.. gelakkan orang lagi.. Tak minta maaf pulak tu…!


No comments: