Bismillahirrahmanirrahiim…Assalamualaikum w.t.b.
Dipintu 94 inilah tempat ma selalu gunakan untuk masuk ke Masjidil Haram. Pintu ini boleh dikatakan sederet dengan pintu no 1, King Abdul Aziz. Dengan menggunakan eskelator ma akan duduk di tingkat dua untuk solat subuh dan zuhur. Dan kalau asar ma akan duduk hingga ke isya’. Persekitarannya berhawa dingin. (Kebanyakan tempat berkipas angin. Dan kalau ditingkat tiga kita akan merasa nyamannya udara bebas yang tidak tertakluk kepada kedua-duanya).
Dengan kedudukan sejauh kira-kira 800 meter dari Hotel Burj Abbas, ma sudah tentu tidak berdaya untuk pergi dan balik setiap waktu. Jadi pada waktu selepas solat subuh ma akan balik untuk berehat menggantikan tidur. Maklumlah ma bangun untuk subuh lebih kurang jam 2.30 pagi. Masa untuk perjalanan dari kediaman ma memakan lebih kurang 20 minit dengan perjalanan laju. Tapi perjalanan balik ….? Masyaallah…! Paling membosankan.
Kesesakan laluan dengan para jemaah dari pelbagai negara yang penginapan mereka sehaluan dengan kami, begitu padat. Biasanya bila tiba disatu-satu tempat, perjalanan bukan sahaja kena diperlahankan, malah terpaksa berhenti berkali-kali, sehingga separuh dari laluan kami. Himpit menghimpit, diasak dan ditolak adalah biasa bagi kami. Ada juga kenalan dipenginapan yang sama dengan ma ditoreh kocek bajunya, sehingga dia kehilangan wang yang agak banyak juga. Keadaan inilah yang membuatkan perjalanan balik kami memakan masa lebih dari setengah jam..
Jadi, ma dan sahabat mengambil inisiatif, kami pergi untuk subuh, kemudian balik untuk sarapan dan berehat. Untuk zohor, kami juga balik untuk makan tengahari. Masa zohor ini agak singkat, lebih kurang setengah jam sahaja selepas makan, kami keluar semula untuk ‘asar. Dari ‘asar kami terus bawa ke isya’.
Alhamdulillah… disana tiada apa yang nak difikirkan. Bolehlah kita mengambil masa yang ada untuk peluan g kita beribadah sepenuhnya.
Ada juga ketikanya ma pindah ke pintu-pintu lain untuk mengenali Masjidil Haram dari pelbagai sudut. Maklumlah kita bukan boleh selalu kesana. Ada juga ketikanya ma sesat untuk mencari jalan keluar. Biasanya kalau terjadi begitu, ma akan kembali ke kaabah, dan dari situ kita akan nampak laluan pintu keluar kita.
Agak banyak juga cerita yang ma nak catatkan, tapi cukuplah dulu buat kali ini ye dan diakhiri dengan gambar ma buat tatapan semua…
5 comments:
bestnya mak buat entry macam ni...
sWeEtdARLiNG :
Ada lagi.... tungguuu...
salam kenal,
suka baca cerita2 ma..dh abis khatam bc blog ma dr 1st entry..org sastera penulisan dia lain sket..sy pun minat sastera tp xde kerajinan nk menulis puisi atau cerpen dsb sbb dh bz ngan anak2..
sy ni kwn amy..hehehe..
Terima kasih, Dee.. Penulisan sastera ma biasanya terhenti juga kerana kesuntukan masa. Tapi untuk blog, Insya Allah kot.. yang rengan-rengan.. Terus membaca ye Dee...Slm syg.
apa yang saya cari, terima kasih
Post a Comment