Tuesday, June 29, 2010

PERHIMPUNAN MELAYU BANGKIT

MINGGU lepas, semasa ma ronda2 ke Mydin Mall, Kuala Terengganu bersama dengan sahabat Che’ Bunga, ma dikejutkan oleh pembesar suara yang kedengaran dari sebuah kenderaan bergerak, menjemput orang ramai bersama mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke4, Tun Mahathir Mohamad. Beliau akan memberi ceramah di Stadium Negeri Kuala Terengganu berhubung “ PERHIMPUNAN  MELAYU BANGKIT”.

Belum apa2  lagi hati ma dah tersentuh. Apakah yang akan diperkatakan oleh mantan PM kita tu?

Sebagaimana yang kita maklum, hubungan Melayu kita agak kritikal. Tiada persefahaman, kata  mengata  dan  jika lambat disedarkan  dikhuatiri Melayu hanya akan tinggal nama sahaja di Tanah Melayu ini!  Yang paling jelas keTUANan Melayu kita sedang  tergugat! Tergugat kerana ada yang mengcungkil kedudukan Melayu kerana nak  mengecek      undi bukan Melayu!

Ma dengan  Che’ Bunga berpakat untuk pergi… Apalagi dah lama tidak melihat mantan PM kita yang penuh wawasan tu.

Majlis dikendalikan  oleh pertubuhan NGO  – GERTAK.  Baru pertama kali ma mendengar nama GERTAK ni, tapi betul2 nampak semangat ketuanan Melayunya bukan boleh dipersendakan. Syabas!

 DSC01138

Anak2 muda sebagai  benteng  barisan tempat2 duduk tetamu yang hadir.

Tiba aje ke dalam stadium, berdiri bulu roma ma melihat anak2 muda berbaju hitam, berlilit kepala dengan kain merah sebagai penyambut tamu dipintu  masuk. Kalaulah ma tak yakin dengan kawalan keselamatan disitu, dah  tentu ma akan keluar dari dewan ini, kerana gerun kalau2 terjadi sesuatu yang kurang menyenangkan.  Semangat keberanian yang ditunjukkan  mereka, nampak bukan calang2….

 

DSC01131

Acara pencak silat yang dipersembahkan sebelum kehadiran Tun.  Nampak hebat sekali dengan menggunakan senjata  tajam  hingga         mengeluarkan percikan api bila bertembung dengan senjata lawan.

 

DSC01141

  Ketibaan Tun dikerumuni para jurugambar. Tak  terkecuali ma, MENYELIT antara mereka.    Hehehe.. Tak kesahlah apa orang nak kata, asal dapat snap sendiri!

 

DSC01142

Persembahan seterusnya didepan Tun.

 Persembahan yang sangat menarik hati ma…. Dahsyat kesungguhan anak2 gadis ni..! Anak dara sapa agaknya yer!?

 

DSC01155 Lebih kurang sejam setengah Tun berdiri.  Intipatinya,  Tun banyak memberi kesedaran dan memperingatkan betapa pentingnya Melayu bersatu jika masih terus mau kekal ketuanan Melayu dan diperintah oleh orang Melayu.

Ma jadi mengerti mengapa acara ini tidak dikendalikan oleh Parti Politik.  Disebabkan  Tun adalah bekas PM Malaysia yang pernah  tidak disenangi oleh musuh2 politiknya, memang kenalah pada tempatnya acara ini dikendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan, supaya orang ramai boleh hadir tanpa mengira parti.

Demi bangsa, agama dan negara…. sasarannya sudah semestinya seluruh bangsa Melayu. Alhamdulillah… ma anggap ia berjaya kerana yang hadir memenuhi tempat rata2 kelihatannya   ialah kakitangan awam dari pelbagai sektor.  

Saturday, June 26, 2010

KHAZANAH PENGANTIN

  DSC01166

Inilah  ‘ sebahagian’  daripada  HASIL2 jamuan2 perkahwinan sepanjang cuti persekolahan baru2 ini. Tak tau mana nak disimpan.  Dah jadi macam khazanah!  Nak dibuang…..  mustahil…! Sayang kan? Cantik2 pulak tu!

Ma sebut sebahagian kerana setiap satunya, digandingkan dengan beberapa barangan lain, seperti telur, gula2, tuala saputangan, kueh2 manisan – dodol,  wajik, baulu dan sebagainya. Semuanya diisi dalam sebuah beg yang memuatkan sekurang2nya 3  barangan didalamnya.

Cubalah bayangkan, berapakah harganya setiap satu  barangan yang cantik buatannya  ini,  tapi….   kurang penggunaanya itu…?

 DSC01165

Dalam botol inilah ma isikan gula2 dari setiap sampul yang ma dapat.   Dirumah ma     tak ada sesiapa yang nak makan…  Kecuali…..

DSC01167

            Kalau budak nakal ni… dengan   kakak2nya berkunjung kerumah ma.      Tuu laa…    Makan banyak sangat gula2…. Kaaan…, dah terkinja2 dia!

Tuesday, June 22, 2010

BERKONGSI TARIKH LAHIR

BUKAN dirancang, bukan disengajakan… Ini benar2 kejadian!

Ada beberapa orang dalam keluarga ma yang berkongsi tarikh lahir @ Birthday.

Semalam anak ke4 ma, Azmira 23 tahun    menyambut birthdaynya pada 21hb Jun… Berkongsi tarikh yang sama dengan cucu ma yang ke4, Eizzeddin Afkar, 5 tahun… Cahaya mata  sulung Azil Hizaq anak ke3 ma.

Happy Birthday untuk kedua2 SuriaKu….

 

21 Jun

9229_1262551881685_1166366183_806717_6517861_n

30703_115631561812711_100000976033666_82975_4681001_n

Mira dan Eizz @ Along

 

   15 Mac

23436_102302726479520_100000993796571_14900_4936043_n30729_111900008851410_100000942338993_61747_5830319_n

Ismail Talib – abang ipar-   15 mac 1940 dan Muhammad Zikri Afkar – cucu sulung – 15 Mac 1998

 

4 Dec

31072_1205533996848_1783609335_413092_1536226_n5128_1161751451846_1469615516_30431983_1944137_n

Kamarudin Awang – abang- 4 Dec 1949 dan Isfarizal Ismail, duduk sebelah kiri berbaju  biru- anak saudara – 4 Dec 1968.

 

6 Dec

Dan yang paling istimewa  tarikh  6 Dec  bagi kakak ma, Hjh.Ramla Awang apabila dia dilahirkan pada    6   Dec  1946, bernikah  ketika usianya 19 tahun pada   6 Dec 1965, dan tepat pada tarikh yang sama 6 Dec 1966 beliau melahirkan baby sulongnya, Afandi Ishak.

36429_401040872647_553442647_4360903_3592348_n

 

 

 

n1089639004_172318_2352

 

 

 

 

 

Hjj. Ramlah bersama suaminya  Hj. Ishak dan anak sulungnya Afandi Ishak.

Bulan Julai depan, tibalah tarikh lahir ma pulak… Tak ada rasa keistimewaan apa2 kecuali semakin berusia dan menghampiri senja.  Tapi… angka 7 merupakan angka yang memang begitu hampir dengan diri ma…. nanti ma ceritakan….

Thursday, June 17, 2010

ALAHAI AGHEH….

MALAM semalam, sekitar jam 4 pagi ma dikejutkan dengan suatu suara nyanyian yang disumbangkan oleh si Agheh. Sebut pun sumbang…, memang sumbang bebenor…! Lagu ada…, tapi  lagu yang tak pernah dengar milik penyanyi mane… Senikata pun ada…, tapi tak tau apa kebendanya… Hahaha…

Rasanya macam dekat benar dengan telinga ni! Bunyi air paip di tepi bilik tidur ma yang  ma guna untuk membasuh kereta sekali2,  pun bukan main bersembur lagi.  Ma pun buka tingkap bilik tidur. Tengok2 si Agheh  tengah  mandi,  syoknya dia  sambil  menyanyi2 lagi….!

Si Agheh ni… mungkin nama sebenarnya Haris kot, bila kena dengan loghat Terengganu jadilah Agheh…Dia ni  75 sen! Tak cukup seringgit!

 

DSC01159  Ketika ma snap pic ni dia sedang berpekek terlolong nyanyi lagu hindustan. Bila dia nampak ma snap, dia kata ‘bagi saya kamera awak tu!’

Dah lebih kurang 10 tahun tangga dapur rumah ma jadi penginapan kedua dia. Kadang2 tu…  bangun pagi2 terkejut tengok dia tengah tergolek tidur disitu. Kadang2 dia  berehat tengahari tah dari mane2  dia merayap. Dah tak terlarat nak suruh pergi..

Masa arwah tu ada, biasa juga arwah tu bagi makan.  Tapi bila  dia tabur nasi lemak tu dan daun pisang dibuang merata kami tak pernah lagi nak bagi makan kat dia.  Sungguh pun gitu, dia  dengar sangat apa kata arwah. Kalau arwah yang suruh pergi, dia akan cepat2 pergi.

Sekarang kami2 yang perempuan ni tak usah nak suruhlah. Dia jadi degil. Pernah tu ma gertak dia nak panggil polis. Bukan dia takut pun! Lagilah dia buat gaya mengada2 dia, dengan muka dan badan dia  mengenjut macam perempuan merajuk…!

Anak cucu takut juga. Maklum orang giler… Kalau buat apa2 kan buang kes aje?! Tapi selalu dimotivasikan oleh arwah… Agheh tu kalau tolak dengan jari telunjuk sebatang pun jatuh, nak takut apa!? Betul juga… jalannya pun sentiasa terhoyong hayang.. tak seimbang…! 

Kalau nak bercakap dengan dia kena baik2…, lembut2..   Kalau tak, dia akan jadi degil, tak mengikut kata.

Jadi ma pun gunakan suara bangun tidur ma… Gheh… sudah mandi nanti, tutup air tu semula heh! Dia yang sedang mandi menyangkong, mengangguk2 dengan mata  melenggak pandang ma yang di tingkap bilik tidur.

Kejap lagi, dengar air pelahan2 ditutup. Ma pun jenguk lagi… Tengok2 dia dah berdiri. Telanjang bulat rupanya. Ma ingatkan dia pakailah kain pelikat ke apa2.

Agheh2… Rumah ni tepi jalan… Lampu jalan pun betul2 depan tangga rumah…!

Bila pagi.. si Tijah yang lalu, baru balik dari membungkus nasi lemak di gerai belakang rumah menyapa…

Kak… kak sedar tak si Agheh mandi telanjang bulat  kat tepi rumah kak malam tadi?

Hahaha ma ketawa besar…  Sedar.. Jah…!

Ada orang yang nampak rupanya kau Agheh!  Kena loterilah orang tu…!

Sunday, June 13, 2010

PUKULAN GULA

 

DSC01069

Mulanya tu, ingatkan   kenapalah  orang beratur memanjang macam nak amek teket wayang dalam supermarket ni…

  DSC01071Bila ke depan, barulah nampak…! Rupanya orang beratur untuk mendapatkan gula….! Setiap seorang hanya dapat sebungkus 2 kg aje…  Gula akan dibahagi  setiap satu jam sekali. Sesiapa yang nak, sila beratur…. dan tunggu sampai gula dibawa keluar dari store.

 

Alhamdulillah, ma tak terlibat. Dirumah ma cuma ada 3 orang. Dan ma akan beli gula kalau kebetulan ada kesempatan tak kira musim susah atau senang. Dan kami pun bukannya peminat makanan2 manis… cuma kegunaan untuk minum aje…

Kecuali si Mamat… kawan si Mira. Baru2 ni buka gerai jus jambu. Ada beberapa hari kebelakangan ni tak boleh berniaga kerana tak ada gula. Diajaknya Mira bertunggu tangga di supermarket untuk mendapatkan 2 kg gula seorang.

Jadi ma tolong belikan dia gula di sebuah kedai China. Tauke tu memang baik dengan ma. Begitu mudahnya dia memberi ma seguni gula 50kg dengan  harga RM82.50.

DSC01117

Tapi…! Alangkah susahnya ma, Mira dan Yana nak membawa keluar gula 50 kg tu dari boot kereta …. Puas diheret, di golek..! Si Mamat sampai ke hari ni, ‘relek’  aje…! Kalau dia kata taknak senang pulak, boleh ma jual   aje pada jiran2…! Hehehe…

Lain kali pegi beli sendirilah, Mat!