Saturday, December 31, 2011

MELEPAS RINDU VS LISA ~BOTAK~NABILA

KITA ke kisah MELEPAS RINDU dulu yeeeer….
LISA~BOTAK~NABILA tunggu selepas  ni…

BOLEH dikatakan percutian ma balik kampung
amat menggembirakan.
Bermula pada Isnin malam 19hb Disember ma sampai di JB subuh,
tengaharinya ma terus masuk ke Singapura.
Jumaat 23hb, ma ke KL melayani kerinduan Zikri pada adik2nya…

Jom layan ajelah gambar2 yang sempat diambil.
Jangan lupa… ada lagi, layan sampai n3 akan datang tau,
kalau nak tau apa tu, Lisa~Botak~Nabila…..


 

Sampai aje diSingapura,
ma ziarah kakak ma yang sulong di Woodland,
kemudian kami ke rumah anak saudara ma si Loqman dan Amelia .
Rupanya dia membaca entry ma The Versatile Blogger tu…
dah terbukalah rahsia apa makanan kegemaran ma.
Dihidangkannya Karipap (Singapura).
Karipap jenis ni memang ma tak pernah jumpa di Terengganu
Kalau di KL, kurang pastilah pulak….,
mungkin ada kot….!
Syukur Alhamdulillah…Terima kasih Man, kerana melepaskan rindu ucu…

 

 

DSC03032

Inilah ‘currypuff’ yang menjadi kegemaran ma sejak kecik…..
~Tengoklah ma…. kalau pasal gambar makanan selalu aje lupa…
Dah makan baru teringat nak ambil gambar…
Okeylah jugak tu kaaaan…~

 

Hmm…Kalau dah sampai di Singapura takkan tak jumpa sahabat baik ma, Aisah.
Seharian dihabiskan bersamanya…. Dah tentulah dia akan ajak ma keluar makan
Apa lagi… Mira, Yana dan Zikri yang ada sama
menumpang tuahlah. Hihi…

 

Hari berikutnya ma ke Geolab Techonology
Syarikat kajibumi milik adik bungsu ma Norhani dan suaminya Syed Ahmad.
Layan gambar2 kami disana yer….

DSC03052

Adik bungsu ma Norhani dan Kak Ros, kakak angkatnya yang setia.

 

DSC03046DSC03045

Kalau tak ada  pemandu pelancung, tak berjalanlah ma…. Hehehe…
Bersama Haida (Kakak Loqman)
~Anak saudara yang gila2… sentiasa riang gembira dan gelak bersamanya~

 

DSC03041

~ Bergambar dengan ucunya…..~

 

DSC03044DSC03039

~Mira dan Yana pun tak ketinggalan nak tumpang glamer disamping Hazirah,
anak boss tuu… Hmmm!~

 

DSC03035DSC03048

~Gambar kiri…Yang disebelah kiri sekali tu, satu2nya anak bujang Haida.
Gambar kanan…Hahaha….
Ada kesah? Mencari keselesaan….
Duduk dilantai lagi santai!~

 

DSC03056DSC03057

~Lepas tu.., apa lagi? Acara makan2lah…
Mira dengan Nasi Ayam Penyetnya..
Ma..? Lagi satu feberet ma… Rojak Mamak!
Syyt…, off the record… Hehe…
Inilah makanan yang ma tak pernah ketinggalan kalau balik ke Singapura!

DiTerengganu MEMANG TAK ADA sama sekali rojak ni… Uhuk-uhuk..Cian ma..!
Yang ada Rojak Ayam….
~Syyt…Tolong baca dalam loghat mamak!~
’Dia punya rupaa ada sikit sama… Tapi dia punya rasaaa, baanyak ada beza…’
Hehehe…..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012
SEMOGA BERTAMBAH CEMERLANG DALAM KERJAYA…, AMIIIN…

3 comments:

wida said...

wah...terliur pulak tgk rojak mamak tu.

cepat cite ma...

Kamariah Awang said...

@Wida : Tahun depan publish.. hihihi...

MulutPayau said...

Assalamualaikum ma...
Wahhhh...seronoknya dapat jumpa sedara mara...
Selamat tahun baru 2012....