Friday, May 20, 2011

TAHUN2 TERAKHIRKU BERSAMA CIKGU

CIKGU ZAIN YANG KASAR DAN LASER

~Eh, apa nama kau?
aku tengok kau ni  asyik termenung aje
macam orang mati laki!~

Tersentak kita awak…
sampai ati cikgu..!
dia tak tau
orang sebenarnya tak suka sekolah petang
dah 2 tahun sekolah petang
tahun ni kena petang lagi…!

~Ma lah yang ‘kena’ tuuu! Hihihi…~

Ditakdirkan Allah…
2 minggu selepas tu
tah berkat doa ke apa
satu kelas kami ditukarkan kesebelah pagi.

Ma tak jumpa lagi cikgu Zain tu dalam kelas2 biasa
tapi kerana dia guru Kelab Fotografi
ma tetap masih muridnya…

Sekasar2 dia tu,
kami sering tak kering gusi…
memang kelakar habis!

 

CIKGU BAKAR RAIS, MAAFKAN SAYA

Cikgu Bakar Rais ni guru BM
Pernah satu ketika tu 
semasa dia mengajar bab puisi 
ma secara berseloroh dan bergurau
mengaku Usman Awang tu abang ma.

~info: Allahyarham USMAN AWANG @ Tongkat Warrant
seorang penulis dan penyair tersohor~


Ketika Esah dapat jadi kerani  Sek Men MAJU
beberapa tahun kemudiannya
cikgu Bakar ditukarkan ke sekolah yang sama
Bertemulah guru dan murid lamanya ni
tak ketinggalan bertanya2 kabar…

~Apa cerita kawan baik awak, si Kamariah? ~
~Ketika tu, kerana tak rela jadi penganggur terhormat,
ma jadi minah kilang sekejap
waktu2 terluang ma buat skrip, 
jadi penulis sambilan
.~
~Kamariah  sekarang dah jadi penulis, cikgu
dia menulis skrip drama radio
Cerpen2 dia pun selalu tersiar dalam akhbar…. ~

~ Eh.. tak heranlah
kan abangnya pun penulis
dah mesti dia pun  ada bakat! ~

Esah yang kenal sangat2 abang ma jadi blur…
~ Abang Kamariah penulis?    
siapa abang dia, cikgu? ~

~Kan  Usman Awang tu abang dia?~

Ma tak pasti macamana perasaannya
ketika Esah menceritakan perkara sebenar..!

Maafkan saya, cikgu yeeer..!

 

CIKGU SURADI, KEPANASAN?

~Eh, tolong… tolong..
saya panas niii… panaaaassss…!~

Ma yang tak tau apa2
tiba2 nak pi jengoklah
apa hal cikgu terpekek minta tolong

Kawan2 pun ramai berkerumun dimejanya
Tapi lepas tu
satu demi satu bersurai…

Oooo
ni mesti kes
cikgu ‘kepanasan’ diapet murid perempuan niii…!


Kalau diingat2kan memang best kenangan semasa bersekolah dulu, kan?
Kalau ada yang tak merasa seronok mengenang zaman persekolahannya
mestilah ada sesuatu yang tak kena tuuu..! 

Sebenarnya banyak lagi kenang2an yang mencuit hati
bersama guru yang hendak ma ceritakan…
tapi cukuplah setakat ni ajee yeer.. 
Mudah2an semua cikgu2 yang jadi sasaran ma dalam  entry ni atau sebelumnya
masih sihat wal afiat…


Yang pasti cikgu Zain dah lama meninggal dunia..
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman 
Al Fatihah untuknya….
Amiiin..!

5 comments:

sW33tdARLiNG said...

kesian cikgu tu tertipu....

Mak Izz said...

usman awang = kamariah awang. lucu2!

Mak Izz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Obek Jambu said...

Di manakah CG Bakar Rais skrg.

Obek Jambu said...

Di manakah CG Bakar Rais skrg.