Friday, March 11, 2011

SUDAH SURATAN

DSC01889Macam apple…..

KETIKA menghantar Zikri ke stesen bas nak keKL sempena  cuti persekolahan malam semalam, si Bungsu tersilap langkah…. kakinya terperosok kedalam lobang di tepi jalan.  
Dia terduduk, dan serta merta kakinya membengkak. 
Sakit bebenor  nampaknya….

Sedang ma kebingungan, ramai juga yang baik hati membantu memapahnya ke pondok meletak kereta.

Mereka menasihatkan Yana dibawa ke hospital, kerana ada luka yang berdarah sekaligus boleh x-ray kalau2 ada kecederaan dalaman.

Tak banyak kira, ma terus ke unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
 

DSC01888Dibilik x-ray
Alhamdulillah… tak ada kecederaan dalaman semasa x-ray.

Nurul kawan baik Yana yang suka sangat menyakat, terus aje  meletakkan wheelchair Yana bersebelahan dengan Mat Salleh ni…
Kami  sama2 tergelak… 
Dengan muka peramah dan selamba ‘kawanbaru’ yang duk ditengah tu  spontan snap pic mereka berdua.

Tak mau ketinggalan agaknya, dia pulak suruh Nurul snap pic mereka bertiga.
~Dari Cabas, Italy katanya… Gianluca Luca Damiani. Begitulah namanya didalam fb, sebagaimana yang ditaip pada hp ma. Menemani sahabatnya yang mengalami kecederaan ketika bermain volleyball.~

~ Takpe…  ma nak serahkan pada  sepupu ma  si Haj B--  yang berhijrah di Canada tu, add padanya.  Jangan lupa kirim salam pada mereka berdua tu tauuuu!  Hihihi…

Ma tak sesuai berkawan dengan mereka berdua tu sebab ma guna bahasa itik, mereka guna bahasa ayam… Hahaha… ~

15935_1265909081724_1049691826_1983168_5292891_nPasangan  bahagia…. di Canada.

Tapi awal2 lagi si Gianluca tu dah minta maaf kerana profile pic nya… ~Tau tak pe!~
Kalau nak tau, cuba buka! Kalau berminat, bolehlah juga add,  sebagai kawan apa salahnya, kaaan…?!

DSC01890_thumb[4] (1)Terkecok2 dipimpin Nurul…

Pagi tadi walaupun cuti persekolahan dah bermula, tapi Yana ada kelas tambahan…  Kerana sayang nak tinggalkan kelas, dengan kaki yang terkecok2, ma menghantarnya ke sekolah.
Tak taulah camane cara dia naik ke aras 3 kelasnya tu…

~Bagi sesesiapa yang belum tau, Yana sekarang ni meneruskan persekolahan di Tingkatan 6 Atas di Sek. Men. Keb. Tengku Bariah, lebih kurang selang beberapa meter aje dari rumah ma.
Ma tak keluarkan entry dia  meninggalkan Kolej MARA Kuala Nerang yang sempat dia duduk selama 10 hari aje tu, kerana agak terkilan dengan keputusannya ‘balik kampong'.  
Apa pun ma bersyukur kerana dia masih minat belajar, cuma belum mau berjauhan.~

DSC01891

Sedar ma snap gambarnya dari dalam kereta….   Terus cover line! Hahaha….

5 comments:

wida said...

cam teruk jer..kesian

sW33tdARLiNG said...

mcm kena sengat binatang. X logik takat jatuh jd bgkak mcm 2

GREENJADE said...

uikh teruk gak nih maa..hope yana cpt2 sembuh yea


btw.comel jek poto sbelah mat saleh tuh..sempat lg tuh hehehe

rasp said...

aduhhhh tengok pada pics sakit bebenor rasanya tapi steady je dia tersenyum ya ma :)

Dee said...

mcm kaki dee je ni ma..terencot gak sket2..moga yana cepat sembuh ye..