Sunday, March 6, 2011

SORI.. SAYA ter BZ BODY..

BERITA dari seorang kawan yang periang…

Umurnya lebih kurang sebaya dengan ma.
Suaminya berasal dari barat semenanjung.
Maka berhijrahlah kawan tu mengikut suami sekian lamanya.

Walaupun duduk jauh diperantauan, dia tetap kerap balik ke Terengganu, bersama2 suami dan anak2nya.

Sehinggalah beberapa tahun lamanya, setelah ramai anak2 dah berkahwin dan mempunyai ramai cucu… mereka sudah jarang2 balik. 
Jadi ma pun lamalah tak berjumpa dengannya… @ putus perkhabaran! 

Suatu hari ma ternampak dia datang ke rumah kakaknya, jiran terdekat ma…, lalu bertanya khabar.  Macam biasalah,  dia yang periang, menjawab dengan riuh… 
Sempat juga ma bertanya mengapa suaminya tak nampak bersama..
~Kebetulan ma memang baik jugak dengan suaminya yang peramah dan kelakar orangnya tu~

Sambil ketawa dia berkata: ‘Dia dah mati kan?’

Ma betul2 terkejut, sebab memang benar2 ma tak dapat berita tu.  Kalau ada pun takkan kakaknya sebagai jiran terdekat tak beritau sepatah?!

Berkali2 dia kata, suaminya dah mati.  Sambil2 tu,  dia ketawa…
Biar betul dia ni! 
~Aku taulah kau tu periang… kalau bercakap bersulam ketawa berderai2… takkan berita kematian suami pun nak cerita macam cerita kelakar pulak!~
Ma mengutuk dalam hati aje…

Dia terus berlalu…..

Melihat ma kebingungan, kakaknya yang menjadi jiran terdekat ma, keluar. Ini membuka peluang ma bertanya keadaan sebenar.
~Sori… Ma bukan bz body… Ma sebenarnya tak pandai pun mengorek rahsia orang. Tapi ma pelik dengan cara dia bercerita. Macam cerita komedi romantik  pulak!~

‘Betul ke? Sungguh ma tak tau kalau MZ dah meninggal! Bile tu?’

Bertalu2 ma bertanya….

‘Doook… (Taaaak…)’ jelas si kakak dalam ‘ayat’ Terengganu,  sedikit berbisik, tapi  ikhlas. 

Kan ke MZ  ‘nikoh’  (kawin) lain?!"’

‘Eeeh, ye ke? Dengan sape?’
~manalah tau kan…, kalau2 ma kenal…?!
Kot dengan artis mane2 ke…?!'~

~Dengan nada sinis~ …
Sape lagi… dengan orang Indonlah!’

 Ya Allaaaaah…!

~Sebenarnya.. Indon ke, Bangla ke, Malaysia ke, sama aje… Ada orang Indon tu dah 10 tahun kerja dengan anak saudara ma di Singapura ‘nun’, tak de pun buat kacau! 
Jangan2 ‘orang lelaki kita’  yang tak kuat iman tak?!~

Hmmm….. Tengok tu….
Ma bukan terkejut kalau suaminya berkahwin lain. Biasalah orang lelaki…,  kaaaaaaan! Asal dia nak!

Sebenarnya…  Jarang2 aje orang lelaki ni ‘taknak’ @ tak sukakan poligami  ….
Bukan kerana takut, tau!  Cuma tak berani aje..!! 
~off record nii, takut kena saman!~ Hihihi…

Dan lagi,  bukan tak ada orang lelaki..,  bila dah jadi duda maintain setia… tapi …  
JAGHANG2….

Yang sedihnya ….
Sampai macam tu sekali fikiran seorang isteri bila disakiti hati dan perasaannya….!

Aduuuiii…. tiba2 teringatkan arwah…!  
Senangnya jaga dia dulu…!

9 comments:

wida said...

isterinya mesti terasa kecewa sgt..tu smpai kata lakinya dah mati.

attyfir said...

Dia tengah marah tu ..
lagipun dalam hati dia kot je..maksud cenggitu..

Ahmad Loqman said...

kelakar betul cerita Ucu ni... tapi tak baik dia cakap suaminya dah mati kan...
anyway, hari Ahad ni, Siti maid Haida dah nak balik kampung.. dia dah nak kahwin selepas keje 10 tahun kat S'pore.. ada maid baru name Piah ganti Siti..

Dee said...

rasanya sbb hatinya sakit..tu dia anggap suaminya dah mati..huhuhu..

love said...

orang tengah marah kan..semua pun boleh je nak cakap.

Kamariah Awang said...

Wida,atty, dee n love...@ Mungkin betul kot, hati tengah marah..! hihihi...

Man :@ Mudah2an Piah sebaik Siti... Iyalah dah 10 tahun, dia pun nak bena rumah tangga jugak kan?!

Mama Zharfan said...

mcm2 hal..tp siyes sakit ati kalau jd gitu..

jom join Heartbeat!

rasp said...

rasanya hati dia terluka/terguris/terkilan sgt2 tu Ma sampai sanggup ckp gitu.....
tu dia ketawa dlm tangisan...

Kamariah Awang said...

Mama Zharfan @ Iyelah tu, siapa yang terkena, dialah yang merasa ye tak?
Rasp @ Kesian kan Rasp? Memang sikit pun tak sangkalah..!