SEMALAM dapat undangan ke program
INSPIRASIKU…MERIALISASIKAN SEJUTA IMPIAN
tajaan YPK, Kuala Terengganu.
TERUJA…, rupanya jemputan khas ialah IBU HALIMAH,
Pengasas Jamu Mak Dara.
IBU HALIMAH… tinggi lampai dan langsing.
Berusia 67 tahun, berbadan langsing ~berbaju merah menyala lagi~
Menjadi ikon Datuk Siti Nurhaliza, rupanya….
Kelihatan sangat santai ketika berucap
Dengan 6 orang anak….
dan pernah ditinggalkan suami semasa anak2 masih kecil.
Tidak pernah memilih jenis pekerjaan demi sesuap nasi
sehingga akhirnya terdorong ~dengan pertolongan Allah jua sebenarnya~
menjadi seorang usahawan berjaya…
Syed Ghadaffi
Dengan sokongan kuat dari anak lelakinya, Syed Ghadaffi…
menempa kejayaan dengan resepi asal Ibu Halimah, bermodalkan hanya RM500.
Aku kah itu? Aduuuuuh…
takkan sekerat telinga Ibu Halimah aje…?!
Rasanya tak mau lagilah bergambar dengan orang tinggi lampai ni…
Nampak sangat kecacatan diri!
Tengok tu, Mak Dara!
Kalah anak dara!!
Oooo… tak heran!
Bertumit tinggi 4 inci rupanya…
Dengan usia 67 tahun… belum lagi mau mengalah pada gadis usia 20an.
Boleh percayalah niii!
Jom mari kita makan jamu MAK DARA ramai2…
Demonstrasi
Menurunkan pelbagai petua dari mula bangun tidor…..
Bersalawat keatas nabi… 3x dan raupkan ke muka.
JANGAN MENGGELIAT!
Sehinggalah kepada
Petua mengempiskan perut
Dan amalan untuk menaikkan peranakan yang jatuh.
Kenapa Ghadaffi menutup telinga?
Aksi Ghadaffi ketika sessi Ibu Halimah
menceritakan perihal k….t…g..n payudaranya
Sangat terhibur dan nampak ikhlas.
Dewan gegak gempita dengan cerita Ibu Halimah…
Walaupun rasa agak keterlaluan
Tapi kerana Ibu Halimah nampak humble dan ikhlas…
Ma boleh mempercayainya apabila dia menyatakan
Sampai ada hamba Allah tu minta untuk melihat payudaranya!
~Huhu..kami SEMUA dah tengok tau…
Tapi dari luar aje …!~
7 comments:
respek tul bila tengok dia Ma...
bukan takat respek pasal tubuh langsingnya...
tapi dari segi semangatnya sampai berjaya tu....
Iyelah tu, Rasp. Bila lagi kita nak berjaya cam dia yerk?! Mudah2an Allah s.w.t. mengizinkan, amiiin..!
tingginya dia. umur dia nearly 70? wowww!
wah bestnya...
msti dpt byk petua kan
LL: Memang tinggi lampai orangnya..
Wida: Macam2 petua dapat.. Hahaha..!
kalau tak kerana dia pakai kasut tinggi, nak jer hantar maktok teh, kurus gak... hahahaha
kasut tinggi, rambut pun tinggi gak :)
Post a Comment