Friday, January 29, 2010

TERUJA DALAM IBADAH

DSC00853

Pemandangan dari tingkat 3, Mesjidil Haram. Indahnya…!

SIAPALAH yang tak teruja..?

Sebenarnya ma tidaklah keseorangan di Kota Suci Mekah Al-Mukarramah itu. Selain dari sahabat baik ma Che Bunga yang diundang Allah untuk menemani ma, kakak ma suami isteri dan adik ma juga menerima undangan. Mereka menerima panggilan dalam masa yang terlalu singkat, hanya beberapa hari sebelum berangkat….

Apapun disegi fizikal dan mental mereka sudah bersedia…

DSC00041 Ani (adik) dan Kak Peah (kakak)

DSC00844 Kak Peah dan suaminya Abang Bakar

DSC00837

Sempat juga memberi makan pada burung-burung yang ramai ini. Ma membelinya atas nama menantu ma si Lan yang memesan. Sempat jugalah ma mendoakan agar rezekinya bertambah….

Tapi burung-burung itu nampaknya kekenyangan dengan tembolok yang besar dan bulat. Apa taknya, padi yang dicampakkan tak habis dimakan… sehingga tukang sapu jalan terpaksa menyapu dan membuangnya. Tapi ma ada juga ternampak orang awam mengautnya, tak pastilah pulak dijual semula atau untuk apa…..

DSC00856

Pemandangan senja menara Mesjidil Haram dari tingkat 3. Cantik sekali!

Jemaah sedang berasak-asak mencari tempat, Beginilah keadaannya. Kalau lambat susah nak dapat saf!

DSC00860

Sempat berkenalan dengan jemaah warga Indonesia, Wati bermastautin di Jakarta.

DSC00862

Dan ibunya Kakak Manek dari Surabaya. Kedua beranak ini sangat baik dan ikhlas… Kami telah memperpanjangkan persahabatan dengan berbalas- balas sms. Alhamdulillah….

DSC00834

Ini Nani, juga dari Jakarta. Menurut katanya dia seorang pengusaha butik. Tapi terputus hubungan kerana kedua-dua nombor telepon yang ditulisnya sendiri kurang 1 digit. Kenapa begituu, dong…. ?

DSC00892

Di pejabat RAYHAR… Dikanan tu Ustaz Majid orang kuat Rayhar. (Duapupu ma. Kami memanggilnya Pok Ya… Orang Kemaman.)…. Terima kasih, kerana membuka pintu untuk kami. “Bila-bila pun kalau rasa nak makan selera Malaysia, marilah sini!” begitulah pelawanya.

Hah, apa lagi…! Dapatlah melepas rindu masakan pedas-pedas selera Malaysia.


Tuesday, January 26, 2010

PEMINTA SEDEKAH

DSC00835

Beginilah pemandangan laluan ma dari hotel ke Mesjidil Haram. (Ma snap gambar ni sebelum subuh). Boleh dikatakan disetengah-setengah tempat kelihatan ramai peminta sedekah, seolah-olah mereka berpakat untuk duduk berkelumpuk. Mereka akan beratur ditengah-tengah jalan, macam devider jalan.

Apa yang ma nampak, walaupun ramai peminta sedekah, tapi tidak ramai yang menghulurkan sedekah mereka. Tabiat peminta sedekah ini pulak, kalau ada seorang yang memberi, dia akan mengerumuni orang itu sampai payah nak melepaskan diri. Apatah lagi kalau yang bersedekah itu baru nak mengeluarkan duit dari begnya... Kadang-kadang sampai mengundang kemarahan orang!

Masa baru-baru ma sampai perasaan ma agak tersentuh juga. Ada dikalangan mereka bukan saja meminta dengan menadah kedua tangan. Tapi ramai diantara mereka terutamanya kanak-kanak menggunakan kantung atau beg yang disangkutkan dileher mereka kerana kedua-dua belah tangan mereka kodong!

Kecacatan mereka membuat ma terfikir, ini mungkin perbuatan sindiket. Sebab bukan seorang dua malah boleh dikatakan lebih ramai yang kudung dari yang sempurna.

Perhati punya perhati, rupanya TIPAH TERTIPU! Ada diantaranya mengeluarkan siku pada lengan baju mereka dengan memautkan tangannya kebelakang tengkuk. Memang nampak teballah dibelakang tengkuk mereka! Bayangkan berapa punya seksa selama mereka duduk dijalan dengan tangannya sentiasa ditengkuk untuk menampakkan mereka kodong ?

Seorang jemaah perempuan telah menarik keluar tangan budak perempuan yang disembunyikannya ditengkuk. Budak perempuan itu dengan marahnya telah memukul tangan perempuan tersebut dengan seliper beberapa kali, sampailah ibunya datang dan memarahi jemaah itu...

Hahaha.........Kelakar kan?!

DSC00875 DI MINA. Perjalanan untuk melontar jamrah.

Dibangunan inilah terletaknya ketiga-tiga jamrah tersebut.


DSC00870 Tiang-tiang yang disebelah kiri itulah terletaknya ketiga-tiga jamrah.


KETIKA di Mina, tidak kurang juga ramainya peminta-peminta sedekah. Rupa mereka pun nampak lebih kurang sama aje… Orang-orang yang sama kot…?


Sunday, January 24, 2010

LESEN P

DSC00947 Si Bongsu dengan skuter manjanya.

Inilah si Bongsu ma… Senggang menunggu keputusan SPMnya, si Bongsu tak mau membuang masa, cari punya cari dapat kerja sementara. Ma tak kesah, walaupun kerja dirumah ni sentiasa ada untuknya, tapi dia nak merasa kerja diluar, ok laa.

Ma bekalkan sebuah sekuter separuh umur padanya. Sebenarnya skuter tu ma beli first hand dari kedai 5 tahun lalu, beli untuk kegunaan sendiri konon, … tapi tak diguna sebab takut nak naik. Biasalah, bila barang tersadai tak diguna, supaya dia tidak nampak barang tak berguna, ada sesiapa yang nak guna, gunalah…!

Si Bongsu ma ni, pengguna yang kedua setelah diguna abangnya yang melandi skuter ni habis-habisan sampai nampak uzur walaupun usianya baru lima tahun …

Masa baru-baru si Bongsu gunakan skuter ni, dah tentulah dia tak berapa cekap. Ma pun ada pesan kat dia jangan laju-laju, apatah lagi skuter ni banyak manjanya. Baru-baru ni repair aje dah makan RM1000+. Cakap pun tak guna.. kocek dah tembus. Kalau ikut hati nak jual aje, tapi siapalah nak... Nak tak nak pakai ajelah, Su…

Tapi bukan hal skuter yang ma nak cakapkan. Ma nak cerita hal si Bongsu ni beriringan dengan seorang polis yang juga bermotor ketika dia balik dari kerja satu hari itu.

Polis tu bawa motornya pun slow juga. (Kutnya mak dia pun ada pesan jangan bawa laju-laju… tak taulah… Kahkahkah) Si Bungsu ma, bila tengok polis slow, dia pun makinla slow. Konon nya takut nak memotong. Laa haai… mentang-mentanglah polis, takkan tak boleh potong, sampai nak jatoh dibuatnya…

Yang syoknya,bila polis tu bersuara dengan selamba, mengusik… ”Muka macam tak de lesen je …“

Kaan!?

Moral ceritanya disini… Kalau tak salah, kenapa mesti takut?

Sampai jumpa lagi… Salam sayang…

SDC13187Sekadar hiasan…

Sahabat-sahabat ma Ani (berbaju biru), dan Esah (berbaju hijau) yang banyak memantau anak-anak ma ketika ma tiada ditanah air. Terima kasih sayang-sayangku….

Friday, January 22, 2010

SELIPAR KETIGA

SDC13686

Selipar putih ni ma beli ketika di Mekah. Harganya baru SR10 SEPASANG. Tapi ketahanannya, sampai sekarang masih ma gunakan untuk kemana-mana. (Maklumlah taste ma taklah tinggi macam sesetengah orang. Ma pun tak berapa kesah kalau orang ada taste tinggi berkawan dengan ma. Ma tak mudah terpengaruh dan ma tak boleh dipengaruhi untuk ikut rentak orang. Insya Allah, ma cuba sesuaikan diri seadanya).

Kalau nak tau, selipar ni adalah selipar ketiga ma gunakan di Mekah. Dari Malaysia ma memakai sepasang kasut yang dihadiahkan oleh kakak ma yang tinggal di Singapura.

Kakak ma yang sorang ni memang taste tinggi. Tengoklah… kasut ni…

SDC13687

Scholl tuu… Taste kakak ma laa niii…

Sebenarnya ma beli selipar puih tu pun bukan sengaja suka-suka. Kalau tak kerana selipar kesayangan ma yang ma bawa dari Malaysia tu hilang, mungkin ma tak beli pun yang lain.

Selipar tu hilang ketika ma meninggalkannya ditepi dinding dalam mesjid untuk tawaf.

Biasanya kalau masuk kedalam mesjid, kita akan memasukkan selipar kita ke dalam beg selipar, dan membawanya bersama, bagi memudahkan kita untuk keluar jika kita berpindah kesudut-sudut lain. Tetapi kalau kita nak tawaf, seelok-eloknya janganlah dibawa selipar itu bersama. Dikhuatiri selipar itu terkena najis.

Ma pun tinggalkan di sudut dinding. Bukan selipar ma dan Che Bunga saja yang ada disitu, pendeknya banyak pasang jugalah…

Selesai tawaf, selesai saie, dah tentulah kami berdua kepenatan... Nak balik ke hotel pulak ni… 800 meter lagi ni…

Tengok-tengok beg selipar kami tak ada. Tunggu juga lebih kurang 20 minit, kalau-kalau ada orang tersalah ambil memulangkannya semula, sebab ada satu lagi beg yang serupa... Tup-tup ada tuannya yang datang ambil...!

Apa lagi? Nak tunggu apa lagi? Balik jalan dengan setokinlaaa..

Sampai dikedai, bila dengar harga selipar cuma SR10, oklaa cepat-cepatlah ma setuju nak beli. Tapi si Arab tu kata SR10 tu untuk SEBELAH aje!

Kalau sepasang SR20. Laa hai kelakar juga dengar, ada ke harga selipar main sebelah-sebelah pulak? Tapi tak jadi ketawa! Sebab tengah penat! Tak sampai hati nak gelakkan diri sendiri kena main dengan Pak Arab ni…

Mana ada orang jual kasut atau selipar sebelah-sebelah? Oklah terimalah hakikat Pak Arab gurau…

……….Teringat dalam hati…..

Itulah… Masa seorang kenalan berpangkat To’ Puan (kalau orang KL panggil Datin) datang ziarah ma sebelum ma berangkat… Dia menceritakan suaminya (bergelar Dato’) balik berkaki ayam dari mesjid ke hotel kerana tak jumpa kasutnya. Dalam hati nakal ni, rasa nak tergelak sangat-sangat…

Kahkahkah… Kan Tuhan dah balas kau kamariah!

Selipar yang baru ma beli dengan harga SR10 SEB ELAH (dah tentu ma tak beli sebelah!) pun hilang selepas beberapa hari ma gunakan. Hilangnya pun masa ma pergi tawaf jugak!

Kali ni ma dan Che Bunga hati-hati. Hilang yang pertama mungkin disebabkan kami tak berdisiplin. Beg kasut main campak-campak sembarangan aje di ceruk dinding mesjid. Kali ini, tengok betul- betul, rak-rak no 14. Ingat tu, 14, 14,14…

Selesai tawaf, selesai saie, tengok-tengok… hilang lagi! Kali ini bukan selipar kami dua pasang ni aje hilang, tapi dengan rak-raknya sekali tak ada!

Hai kamariah… Tuhan balas bukan sekali, tapi dua kali kamariah...! Tulaa.. gelakkan orang lagi.. Tak minta maaf pulak tu…!


Wednesday, January 20, 2010

PINTU MASUK NO 94

Bismillahirrahmanirrahiim…Assalamualaikum w.t.b.

DSC00858 DSC00859

Dipintu 94 inilah tempat ma selalu gunakan untuk masuk ke Masjidil Haram. Pintu ini boleh dikatakan sederet dengan pintu no 1, King Abdul Aziz. Dengan menggunakan eskelator ma akan duduk di tingkat dua untuk solat subuh dan zuhur. Dan kalau asar ma akan duduk hingga ke isya’. Persekitarannya berhawa dingin. (Kebanyakan tempat berkipas angin. Dan kalau ditingkat tiga kita akan merasa nyamannya udara bebas yang tidak tertakluk kepada kedua-duanya).

Dengan kedudukan sejauh kira-kira 800 meter dari Hotel Burj Abbas, ma sudah tentu tidak berdaya untuk pergi dan balik setiap waktu. Jadi pada waktu selepas solat subuh ma akan balik untuk berehat menggantikan tidur. Maklumlah ma bangun untuk subuh lebih kurang jam 2.30 pagi. Masa untuk perjalanan dari kediaman ma memakan lebih kurang 20 minit dengan perjalanan laju. Tapi perjalanan balik ….? Masyaallah…! Paling membosankan.

Kesesakan laluan dengan para jemaah dari pelbagai negara yang penginapan mereka sehaluan dengan kami, begitu padat. Biasanya bila tiba disatu-satu tempat, perjalanan bukan sahaja kena diperlahankan, malah terpaksa berhenti berkali-kali, sehingga separuh dari laluan kami. Himpit menghimpit, diasak dan ditolak adalah biasa bagi kami. Ada juga kenalan dipenginapan yang sama dengan ma ditoreh kocek bajunya, sehingga dia kehilangan wang yang agak banyak juga. Keadaan inilah yang membuatkan perjalanan balik kami memakan masa lebih dari setengah jam..

Jadi, ma dan sahabat mengambil inisiatif, kami pergi untuk subuh, kemudian balik untuk sarapan dan berehat. Untuk zohor, kami juga balik untuk makan tengahari. Masa zohor ini agak singkat, lebih kurang setengah jam sahaja selepas makan, kami keluar semula untuk ‘asar. Dari ‘asar kami terus bawa ke isya’.

Alhamdulillah… disana tiada apa yang nak difikirkan. Bolehlah kita mengambil masa yang ada untuk peluan g kita beribadah sepenuhnya.

Ada juga ketikanya ma pindah ke pintu-pintu lain untuk mengenali Masjidil Haram dari pelbagai sudut. Maklumlah kita bukan boleh selalu kesana. Ada juga ketikanya ma sesat untuk mencari jalan keluar. Biasanya kalau terjadi begitu, ma akan kembali ke kaabah, dan dari situ kita akan nampak laluan pintu keluar kita.

DSC00891

Agak banyak juga cerita yang ma nak catatkan, tapi cukuplah dulu buat kali ini ye dan diakhiri dengan gambar ma buat tatapan semua…

DSC00833


Sunday, January 17, 2010

ZIARAH Di ladang kurma.

ZIARAH di ladang kurma. Sempat juga bergambar dengan seekor unta walaupun tak nampak ekornya.

Saturday, January 16, 2010

Kenangan d Jabal Rahmah

Kenangan d Jabal Rahmah bsama sahabat Che Bunga

**tak boleh nak rotate laa gambar ni.. Live Blogging ~ from anakanda

Monday, January 11, 2010

airmata 11 januari

Bismillahhirahmanirrahim……

Salam…

11 Januari mempunyai sejarah tersendiri buat keluarga ma. Hari ini 11 Januari 2010 genaplah 3 tahun ma kehilangan orang yang melindungi dan memberi kasih sayang pada ma selama ini, yang menjadi ketua dalam keluarga kami.

Dalam usianya 64 tahun, dan menderita sakit selama 5 bulan, dia pergi meninggalkan kami dalam keadaan yang masih banyak perkara-perkara dalam kehidupannya yang tinggal tergantung, belum selesai.

Yang paling diharapkannya ialah selesainya kes perbicaraan novel karya beliau “HARTINI'’ yang telah diadaptasi secara rompak oleh penerbitan BNE milik Erma Fatima ke media elektronik TV3.

Sepotong Al-fatihah buat allahyarham Abdul Aziz Bin Ismail atau dikenali juga sebagai Aziz Afkar……….

Disini ma turunkan sepotong puisi karya ma yang pernah diterbitkan di Dewan Sastera keluaran September 2008, khas untuknya. Puisi ini ma tulis setelah 3 bulan pemergiannya. Ma tak tahu kenapa ma mengambil masa lama untuk menghasilkan, tapi apa yang ma sedar, setelah ma selesai menulis puisi itu, jiwa ma rasa puas dan tenteram dan tiada apa lagi yang patut ma meluahkannya.

salam sayang...

arwah dh0spital


SEKALUNG KASIH BUAT SUAMIKU


Rindu yang tak terlafaz oleh kata-kata

tak terlukis di alam nyata

tiada lagi gelak tawa dan bual bicara

dunia ini menjadi sunyi

meskipun siang belum berhenti.


Aku kehilangan

bukan sahaja kehilangan seorang yang kukasihi

malah aku kehilangan

seseorang yang kuyakini

amat mengasihiku.


Apabila saat kau mampir dalam sepiku

setiap itu sebak hadir di dadaku

dan aku tiada sesiapa lagi

untuk direbahkan esakanku.


Aku melihat saat-saat kau mengenakan pakaian di badanmu

aku melihat saat-saat kau bertenang ketika aku dalam kemarahan

masih terdengar ucapan syukurmu ketika aku membawa secangkir teh buatmu…


Betapa ada suara-suara simpati

…jangan lagi diingat

…jangan lagi dikenanag orang yang sudah pergi

tapi apa yang nyata

aku bahagia.


Mengenangmu adalah kewajipanku

merinduimu adalah kebajikan buatku

antara kita kalis sengketa.


Biarkan….

biarkan saja masa yang mengambil alih kedukaanku…

Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun..

semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa selama hayatnya

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya

dan menempatkannya bersama orang-orang yang solihin.



Al-Fatihah.


 

mAk n aBaH

Sunday, January 10, 2010

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah…

terima kasih atas segala doa yang diiringkan semasa mengiringi pemergian ma keTanah Suci. Kini ma telah selamat berada kembali ditanah air, sekali gus terlepaslah perasaan rindu kepada rumah dan keluarga khasnya anak-anak dan cucu-cucu ma yang 8 orang itu.

Selama 40 hari ketiadaan ma, ma berserah kepada Allah menjaga dan melindungi anakdara ma yang 2 orang itu. Yang lagi 3 tu, dah berumah tangga, tak kesah sangatlah. Namun syukur alhamdulillah ada juga hamba Allah yang berhati mulia menolong menjenguk dan memantau. Yang jauh bertanya khabar melalui talipon, yang dekat menghantar apa yang ada bernama budi... Nampaknya tidaklah anak-anak ma ‘kehilangan’ sangat ketiadaan ma diisisi mereka. Terima kasih sahabat-sahabatku, Ani dan Aisah……… Allah sahaja membalas budi baik kalian…!

Ma berangkat pada 9hb nov 2009, dengan KT54, di KLIA. Mendaftar diri di Kelana Jaya pada jam 3.30 pagi. Tarikh awal yang diberikan terdahulu kepada ma ialah pada 4hb, dengan KT42, bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Tetapi oleh kerana visa Che’ Bunga, teman-thiqah ma dikhuatiri tidak dapat disiapkan pada tarikh tersebut, kami telah dialihkan kepenerbangan lain, dengan KT54. Tak tau nak kata macamana, memang gawat dibuatnya apabila tarikh keberangkatan itu ditukar semula kepada KT42 dalamasa tidak sampai 12 jam, kemudian sekejap pula ditukar kembali KT54.

09112009182

09112009183

SEDANG MENANTI PANGGILAN MASUK KE DEWAN TAKLIMAT DI KELANA JAYA

09112009178

09112009180

SEDANG MENANTI UNTUK MENDAPATKAN BEG SANDANG

09112009190

09112009187 09112009184 09112009185

SAMPAI MASA UNTUK BERLEPAS

Untuk pengetahuan kalian dan untuk peringatan ma sendiri (maklumlah ma menulis ini umpama mencatat diari sendiri. Harap-harap adalah orang sudi memb acanya, dan sekaligus meyukainya tulisan tulisan ma). Penerbangan ma terus memasuki ke Kota Mekah. Walaupun hasrat ma hendak menunaikan Haji Ifrat, tetapi oleh kerana masa untuk wukuf masih panjang, ma menukar hasrat itu ke Haji Tamatuk bagi membolehkan ma mengerjakan umrah dalam kadar yang ma hajatkan.

Insya Allah, ma akan menceritakan pahit manis suka duka ma dilain kali.