Thursday, December 23, 2010

SERONOK MANDI HUJAN…!

DSC01473

BUDAK2 kalau dapat izin main hujan, bukan main seronok lagi kan?

Kadang2 ada yang sampai menangis.., sama lebat airmatanya dengan air hujan kalau tak dapat bermain  dengan kawan2 dalam hujan…  

 

 

 DSC01474

DSC01478

 

Tengok tu, siap main bola lagi….. Nak tau akalan sapa ni? Akalan ni datangnya dari bapak budak..! 

Tiba2 aje dalam2 hujan si Hizaq anak ketiga ma, keluar ke kedai dan balik dengn sebiji bola….

Terus dipanggilnya anak2nya Eizzedin (berseluar biru) dan Eizfirdina (yang perempuan sorang tu)… disuruhnya bermain bola dalam hujan.

Zikri (anak SD) pun menumpang semangkok…  Tapi sebenarnya dia memang pandai melayan adik2 sepupunya tuuu…

Alasan yang diberi Hizaq… anak2nya terlalu sensetif dengan hujan.  Kalau kena hujan sikit pun, mudah jadi demam atau selsema.

Ada nasihat dari seseorang, katanya… cuba biarkan dia mandi hujan.  Insya Allah, mereka takkan kalah lagi dengan hujan….

Boleh percaya ke?

 

DSC01479

Tengok tu… Si Angah (Eizfirdina) dah nampak kesejukan… menggigil..! Tapi dipanggil naik, masih tak rela….

Sehingga  semasa ma menulis pada malam ni… budak berdua tu masih sihat.. Mungkin benar kata ‘Tuan Penasihat’ tu kot…

3 comments:

sw33tdarling.com said...

teringat masa kecik2 dulu.. kat depan umah ni jugak laa kami 3 beradik berkubang...
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

lily lotus said...

zaman kekanaklah yang paling saya rindui :(

rasp said...

teringat zaman Rasp kecik2 dulu...
mmg sronok main hujan nie :)

oooo gitu ke petuanya Ma...
sebab anak Rasp, Sapphire tu memang alah sangat2 dengan hujan...
kena hujan walopun sikit,
paling kurangkan pun mesti selsema...