Wednesday, December 1, 2010

AMPUN MAK…, NAK TARIK BALIK PENGAKUAN!

DALAM entry ma yang baru lepas, ma ada mengatakan ma pernah berlakun drama berjudul BILIK 13, yang mana satu2nya drama yang pertama dan terakhir..!

Tiba2 ma teringat satu rakaman video yang masih tersimpan didalam hp ma.

Belek punya belek… rasa nak tergelak pun ada.

Tah apa program ma dah tak ingat… mungkin sambutan raya Wanita, kot… Ah, tak kesahlah… Orang bz begitulah..! Uuuuiih mengada2 benar dengar bunyinya kan?!

Sinopsis: Perjuangan kaum ibu untuk menubuhkan Persatuan Wanita sanggup berkorban harta demi agama, bangsa, dan negara. Begitulah sedikit lebih kurangnya….

Kalau kalian nak berkongsi, jom ikuti sketsa ni…

Tapi…, pertamanya ma nak minta maaf… “RTM, pinjam jap slogan, boleh?” Bunyi permintaan maaf ma begini…

HARAP MAAF. JANGAN BETULKAN TV ANDA…. VISUAL KURANG MEMUASKAN.

“Mekacih, RTM! Lain kali nak pinjam lagi tau…!”

Sedikit pesanan dari penaja

Kalau anda sayangkan mata anda, tak payahlah tengok vedio ni sampai abis yerk…

Tengok setakat2, babak2 yang ~ma~ ada dah leeee….

Ini  bukan slot JANGAN KETAWA tapi BOLEH KETAWA…

Alahai… bukan setakat kurang memuaskan macam RTM kata tu…, tapi memang tak memuaskan langsung!

Apa pun kredit tetap diberi kepada si Bungsu yang sukarela menjadi cameraman tahap M ~alas~ sebab ‘bertugas’ sambil duduk dikerusi penonton… Hahaha…..

Kerana persatuan kami ini wanita… maka kami tidak menggunakan tenaga lelaki… Maka terhasillah seorang ‘suami’ berjantina wanita. Namanya G.

Yang agak kelakar, ma terpaksa begitu berhati2 apabila menyentuh ‘suami’ ma tu… Pernah ketika membuat latihan, ma agak kasar sikit memegangnya, tiba2 dia MELATAH! Akhirnya ma tak berani langsung nak pegang dia!

Reaksi kawan2 apabila ma turun dari pentas….

‘Dok jjadi.., dok soh nok ikuuk aaa loghat Gganu..’

Maksud dia ma tak pandai ikut loghat Terengganu, tak berapa betul! Kahkahkah….

59349_1614880689685_1166366183_1725305_3250123_n

Tak sangka, G yang menjadi ‘suami’ ma ni kini jadi kawan baik Mira pulak!

Bukan syok sendiri…. Cuma ingin nak bergurau ….

1 comment:

rasp said...

ma memang berbakat lah utk berlakon...
tapikan ma, tak leh dibayangkang kalo 'suami' ma tu asyik melatah je kan...mesti kelakar..mau lupa abis script...jadik crite lain...