Wednesday, December 8, 2010

PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA INSAN DI MELAKA.

 

DSC01424

KALAU dah berlatar belakangkan kereta lembu tu, takkan tak tau dimana ma berada ketika itu, kan…?

Sudah semestinya di Melaka…. Melaka Maju 2010.

DSC01423

Pada 5-7hb Dis yang baru lalu ni, ma telah mengikuti Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) anjuran Persatuan Ibu Tunggal Seri Mastana Melaka (PITSM) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, bertempat di Bangunan Pusat Gunasama PITSM,  Masjid Tanah, Melaka.

DSC01415

Rombongan kami dari K.Trg dengan peserta seramai lebih 60 orang terdiri dari ibu2 tunggal menaiki 2 buah bas, sampai ke Seri Mastana, kira2 pukul 7.00 malam 5hb. Langsung diserahkan kepada keluarga angkat. 4 orang kepada sebuah keluarga.

Berkebetulan ma dan Che Bunga, dapat menginap dirumah yang sama…

Bertempat di Kampung Seri Tanjung sebuah perkampungan contoh. Keindahan kampong ini dapat dilihat dari jalannya yang diturap dengan tar sampai kemuka pintu rumah…

 

DSC01391Inilah rumah keluarga angkat ma… Cantik kan?

DSC01405

 

DSC01394

Pandangan dari sisi dan depan… Nampak tak alas2 pasu bunga tu?  Tidak perlu berbelanja mahal…, hanya dengan batubata sahaja, tapi dek kerana kereatif kelihatannya begitu menarik sekali… Ditambah dengan kebersihan yang dijaga rapi,….

DSC01417

Indok Sauyah, begitulah panggilan mesra sekampung atau nama sebenarnya Hjh Munah bt Kassim, membahasakan dirinya Mak pada kami….

DSC01392

Disebelah belakang rumahnya, yang nampak tinggi sedikit  diatas bukit, adalah rumah anak sulongnya…

Dan disebelah kanannya…

DSC01390

    ….. adalah rumah pusaka peninggalan arwah ibunya. Berusia hampir 100 tahun…

DSC01404

Pandangan dari sisi rumah Mak…. Kata Mak, stesen tv selalu  membuat rakaman rumah pusaka ni terutama pada program2 hariraya…  Memang sesuai pun, cantiiiikkk…! 

 

DSC01396 
Teringatlah rumah orang tua ma di Kampong Siglap di Singapura…. Tingkapnya lebih kurang macam nilah… Bezanya tingkap dirumah orang tua ma, besar dan tinggi sikit, tapi tingkap ni comel sangat2lah…

 

DSC01401 Rumah ni pulak…, ma tertarik sangat dengan warnanya yang garang…

Tapi satu perkara yang tidak kelihatan di perkampungan ini ialah… tangga tradisionalnya.  Mungkin perubahan masa sudah tidak menampakkan tangga batu yang besar, yang melebihi pada atap rumah ibu sebagai suatu identiti yang cantik dan menarik lagi….

 

DSC01399 Encik Muzaini Muhammad salah seorang  penal mengemukakan ceramah motivasi : “Ciri2 Insan Cemerlang”.

Menurut sepatah katanya buat isteri2 yang ditinggalkan….

“Biarkan jantan yang tak setia tu pergi. Dan kita ucapkan terima kasih kepada isteri barunya itu kerana ‘sudi menyimpan’  lelaki  yang tak setia itu. Orang lelaki yang tak setia, dia akan tetap menjadi tidak setia selama2nya…”

Kelakar kan? 

……disamping memotivasikan insan2 yang patah sayap itu,  menjadi insan yang cemerlang.

DSC01411

 Sebagai wakil dari salah satu  4 DUN yang terlibat, menerima cenderahati…

DSC01419

Kenang2an bersama Mak, ketika nak berangkat pulang… 

Rasa nak abadikanlah pulak… pantun spontan ma, ketika sessi memperkenalkan diri…! Al-maklum Melaka terkenal dengan pantun maka ma pun ‘memerah otak bagai nak rak’ nak dapatkan serangkap pantun ni….

“Kamariah Awang nama diberi,
Dikurnia zuriat 5 semuanya,
3 perempuan, 2 lelaki,
Cucu ada 8, coming soon lagi dua!”

(Dah tentulah pantun ni tak menepati ciri2 serangkap pantun yang asli      kerana tiada pembayang maksud…    Tapi gasak ajeee leee Kamariah…!)

DSC01422

Nampak tak siapa yang berdiri dipokok kelapa nan sebatang tu?  Kelihatan sedih… Mak sedang    menunggu untuk lambaian perpisahan ketika bas hampir  berlepas…

Kepada Mak…, Insya Allah, mohon izin Allah, panjang umur kita jumpa lagi yeerk…

Sebelum balik ke Terengganu kami dibawa singgah dulu ke Nilai dan KL untuk ‘sessi berbelanja sakan’…

5 comments:

wida said...

suka tgk rumah org melaka..bersih je lamannya

sw33tdarling.com said...

tambah lagi 1 sedara kat melaka... yeayyyy!

Wahidah said...

cantek2..rindu kg halaman pulak jdnyaa

Dee said...

cantik betul rumah org melaka kan mak..

GREENJADE said...

mmg perasan rumah mak angkat ma slalu dlm program2 hari raya..bersih je rumah dia yea :)

sy pun suke design rumah2 di Melaka..tambah2 lg bahagian tangga mmg unik & menarik..kebetulan hubby saye pun org Melaka :)